Categories : Berita HPA
Comments (1)

Dimaklumkan bahawa MEGA PBC KPU yang sepatutnya diadakan pada 20 dan 21 OGOS ditunda pada 24 dan 25 SEPTEMBER 2010 di Hotel Sungai Petani Inn. Semua KOMUNITI dilarang mengadakan sebarang aktiviti pada tarikh tersebut. Pastikan semua KOMUNITI menghantar peserta ke MEGA PBC bagi mencapai sasaran 200 peserta. Yuran penyertaan RM160.00 seorang.

Pengarah MEGA PBC : PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali. Pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang kepada KOMUNITI dan semua PJS KPU. Antara yang akan hadir mengisi slot ialah Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad, GM HPA, Mohd Faisol Abd Rahman, Pengerusi Panel Syariah, Ustaz Ahmad Ali dan PJS Puan Sharifah Sulaiman (Saraf Tapak Tangan)…

Pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang…Tarikh akhir penyertaan ialah pada atau sebelum 15 SEPTEMBER 2010. Sila berikan nama peserta bersama DEPOSIT RM100 kepada Pengarah MEGA PBC. Hanya 200 peserta terdahulu sahaja akan diterima..PJS yang bercadang hadir ke MEGA PBC, sila daftar dengan PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali untuk pengesahan..

Peserta tidak boleh diganti dan tidak dibenarkan ada proksi….Sekiranya ada peserta gantian, maka statusnya sebagai peserta akan dibatalkan….

Comments (0)
Aug
06

SENERGI HERBA

By Ridzuan · Comments (3)

Bagi memudahkan para perawat memahami sinergy herba yang baik, disini disediakan satu senarai asas panduan lengkap untuk kegunaan anda.
Adalah dinasihatkan semua perawat membuat pemeriksaan tekanan darah tinggi, jantung, gula dalam darah, urid asid dan membuat diagnos serta merekodkan segala permasalahan pesakit sebelum memberi herba dan rawatan.
Sinergy ini hanya sebagai asas permasalahan sahaja, Sinergy yang sebaiknya adalah setelah membuat diagnosis pada pesakit dan mengambil ukur tahap permasalahan sakit yang di hadapinya ketika ini. keseimbangan unsur tanah,air,api dan angin haruslah di ambil kira untuk menentukan sinergy herba yang sesuai.

3 bulan pertama adalah pembersihan biasanya pesakit akan mengalami DOC(direction of cure) sementara 3 bulan kedua adalah pemulihan dan 3 bulan berikutnya bermulanya kesembuhan biiznillah insyaallah.

3 D adalah sinergy yang seimbang untuk di jadikan asas perawatan dengan pengambilan dos yang rendah iaitu 1 biji D’Deu pagi,1 biji D’Karm pagi atau t/hari dan 1 biji D’Det malam selama satu tahun.

Anemia(Kurang Darah): Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji sebelum sarapan, Omega 3 softgel 3 biji pagi sebelum sarapan, HB 3 biji malam lepas makan petang/malam. Biasakan penggunaan gula perang dan kayu manis.

Artherisclerosis(Kesumbatan Jantung): Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Omega 3 softgel 3 biji pagi lepas sarapan, minuman Teh Herba 1 jag(3 uncang)-minuman harian, Lohard 1 cawan tea cina pagi lepas sarapan & malam lepas makan malam.

Kesihatan Anak-Anak: Mega 3 kapsul 3 biji pagi boleh dicampur dalam bubur nasi, spirulina 1 biji pagi lepas sarapan, EQ Minda 1 sudu plastik sebelum pergi ke sekolah.

Asam Urat(Ghout): Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Ardisia 3 biji malam, Mengkudu 3 biji pagi selepas sarapan, minum Kopi Radix setiap pagi 1 paket 1 cawan, Jangan ditambah gula atau susu hanya tuang air panas.

Melancarkan Air Kencing: Minuman Teh Herba 1 jag(3 uncang) dengan air panas biarkan sejuk buat minuman harian sampai malam kalau habis hanya tambah air panas, Malac 3 biji pagi minum dengan 1 gelas minuman Teh Herba + Madu HPA 1 sudu sup plastik.

Asma/Resdung/Paru-Paru: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Coscinium Plus 3 biji pagi, Roselle 3 biji pagi, minuman Teh Herba 1 jag(3 uncang)-minuman harian, minuman Kopi Radix setiap pagi 1 paket 1 cawan Jangan ditambah gula atau susu hanya tuang air panas.

Batuk Biasa: Madulia 1 sudu sup plastik pagi lepas sarapan & malam, Kordial Asiatica 1 sudu sup plastik lepas sarapan pagi. Tambahan kiranya dalam 6 hari tidak reda boleh minum Minyak But-But 1 sudu pagi/t.hari/malam.

Buasir: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Teh Herba 1 jag(3 uncang)-minuman harian, Ficus 3 biji pagi dan malam, Coscinium 3 biji pagi, Malac 3 biji pagi, Pelawas 3 biji malam.

Batu Karang: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Alac herba rebusan 3 cawan teh cina pagi/t.hari/malam, Madu Asli + Malac(Buka 3 biji kapsul mendapkan) + minuman Teh Herba(1 uncang) masuk dalam botol goncang 313 kali buat 2 kali pagi dan malam.

Belum dapat zuriat (Lelaki): Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur,Kopi Radix pagi, Kapsul Radix 3 biji malam,Herba tuju angin 3 biji malam,Omega 3 softgel 3 biji pagi,Spirulina 3 biji pagi.

Belum dapat zuriat ( perempuan ): Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur,Kopi Radix pagi, Paramaria plus 3 biji malam,Herba tuju angin 3 biji malam,Omega 3 softgel 3 biji pagi,Spirulina 3 biji pagi.

Bronchitis TBC: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Serai 2 uncang 1 gelas minum pagi + Garlic Softgel 3 biji, Shark Cartilage 3 biji malam, Spirulina 3 biji malam.

Batu Hempedu: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Malac(3 biji buka kapsul mendapkan) + madu masuk dalam botol goncang 313 kali.

Lepas Pembedahan: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Mengkudu 3 biji malam.

Cerdas Minda: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, EQ Minda 1 sudu sup pagi dan malam, Mega 3 kapsul 3 biji pagi.

Cegukan / Sedu-Sedu: Minyak But But dicampur air suam lalu diminum.

Congek Kuping / Sakit Telinga: Coscinium Plus 3-5 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian.

Cuci Darah: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Malac / Alac 3 biji pagi rebusan 1 cawan teh cina + Madu pagi/ tengahari/ malam.

Cacar Air / Kudis Air: Shark Cartilage 3 biji pagi, Coscinium Plus 3 biji pagi dan buka 1 biji + Bedak Delima untuk sapuan ke kudis.

Darah Rendah: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Health B 3 biji malam, Malac 3 biji pagi , Omega 3 3 biji malam.

Darah Tinggi: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Teh Asiatica 3 uncang 1 jag minuman harian, Omega 3 3 biji malam, Mengkudu / Vitex 3 biji pagi. Tambahan: Malac 3 biji malam, Spirulina 3 biji pagi, Minyak But But.

Darah Tinggi / Kencing Manis: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Rebusan Plantisol 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam atau Plantisol kapsul 3 biji pagi, Malac 3 biji pagi, Omega 3 3 biji malam, Spirulina 3 biji pagi. Tambahan: Mengkudu 3 biji pagi.

Demam Berdarah / Denggi: D Det 3 biji malam, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Shark Cartilage 3 biji pagi dan malam, Roselle/Spirulina 3-5 biji pagi.

Demam Panas: Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian + Madu Asli, Malac 3 biji pagi, Spirulina 3-5 biji pagi.

Diabetes Melitus: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Plantisol / Rebusan 3-5 biji malam atau Rebusan 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Malac 3 biji pagi, Spirulina/ D Det 3 biji pagi. Tambahan: Pelawas 3 biji malam + Madu Asli.

Epilepsi/Gila Babi: Minyak Zaiton 1 tutup pagi pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, D Det 3 3 biji malam, Malac 3 biji pagi.

Flex Paru Anak: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji pagi, Coscinium Plus 3 biji pagi, Minuman Serai 2 uncang tuang air panas 1 gelas pagi, Omega 3 3 biji malam.
# Dos ikut berat anak 1 kapsul 10kg berat.

Flex Paru Dewasa: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Morin A 3 biji pagi, Spirulina 3 biji pagi, Minuman Serai 2 uncang tuang air panas 1 gelas pagi.

Gondok/Begok: Shark Cartilage 3-5 biji pagi, Herba Sengugut 3 biji malm, sapu dengan Bedak Delima/Serbuk Tanah Liat.

Gastrik: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, HTA 3-5 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Spirulina 3 biji pagi.

Gigi & Gusi: Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Minyak But But/ Ubat Gigi sapukan.

Ghout: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Teh Herba/ Teh Asiatica 3 uncang 1 jag minuman harian, Ardisia 3 biji pagi/ Madu Ardisia 1 sudu makan pagi dan malam, Palm Honey campur dengan 1 gelas air suam secukup rasa tidak terlampau manis atau tawar buat pagi dan malam, Malac 3 biji malam/ Rebusan Alac 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam. Tambahan: Spirulina 3 biji pagi, Mengkudu 3 biji malam.

Sakit Haid: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Paramaria Plus 3 biji malam, Herba Sengugut 3 biji malam.

Nutrisi Hamil: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji pagi, Kopi Radix pagi, Omega 3 3 biji malam.

Hepatitis: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Curcumin 3 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Health B 3 biji pagi, Omega 3 3 biji malam, D Det 3 biji malam, IMT 3 biji pagi.

Insomnia: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Evergreen Centella + Madu Asli( 1 sudu sup + setitik Madu), Mengkudu 2 biji buka kapsul + Air Suam + madu Asli mendapkan, Roselle/ Spirulina 3 biji pagi.

Jantung Lemah: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, D Det 3 biji malam , Omega 3 Softgel 3 biji malam. Tambahan: HTA 3 biji pagi, Spirulina 3 biji pagi.

Jerawat: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Coscinium Plus 3 biji pagi, Roselle Kapsul 3 biji, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Bedak Jasmin.

Jantung Berlubang: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Air Gamat pagi dan malam, Curcumin 3 biji pagi.

Kaki Pecah-Pecah: Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Hampas dijemur + Minyak But But disapu pada kaki yang pecah, Omega 3 Softgel 3 biji malam.

Kanser Limpa: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Rebusan Fisalin B 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi.

Kanser Otak: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Rebusan Fisalin B 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi.

Kanser Rahim: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Rebusan Fisalin B 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi, Herba Sengugut 3 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian.

Kanser Payudara: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Rebusan Fisalin B 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian. Cendawan Susu Harimau - digosok + air ditutup Claypot airnya diminum sebahagiannya di sapu pada payudara.

Keputihan: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Herba Keputihan 3 biji pagi, Paramaria 3 biji malam, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian.

Kurus Anak Anak/Kecacingan: Mengkudu 3 biji pagi buka kapsul + air suam + Madu Asli mendapkan minum, Spirulina 3 biji pagi, Mega 3 3 biji malam.

Lupus(SLE): Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Malac 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Minuman Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian, Shark Cartilage 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Omega 3 Softgel 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Minyak But But lumuri badan sentiasa.

Malaria: Minuman Teh Herba 10 uncang 1 jag sebagai minuman harian, Kapsul Radix 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi.

Masuk Angin: Herba Tuju Angin 3 biji buka kapsul + air panas kacau dah suam minum pagi dan malam, Kapsul Radix 3 biji malam, minum Kopi Radix pagi, sapu Minyak Sahara di pusat.

Mencret/Cirit Birit: 2 sudu Minyak But But diminum + Spirulina 3 biji pagi + banyak minum air mineral.

Migrain: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, HTA 3 biji pagi dan malam, Omega 3 Softgel 3 biji malam, Minuman Teh Herba/Teh Asiatica 5 uncang 1 jag minuman harian, Evergreen Centella 1 sudu sup pagi dan malam.

Nafas Bau: Herba Tuju Angin 3 biji pagi, Coscinium Plus 3 biji pagi buka kapsul + Madu Asli.

Narkoba/Ketagihan: D’Det 3 biji malam selama 6 bulan + Kopi Radix 1 cawan 2 sachet pagi dan petang.

Obesitas/Kegemukan: Teh Asiatica 5 uncang 1 jag minuman harian + Stoma K 5 biji pagi + Kopi Diet pagi tengahari petang + kurangkan makanan berminyak.

Osteoporosis/Keropos Tulang: Radix Kapsul 3 biji malam + HTA 3 biji pagi dan malam + Spirulina 3 biji pagi/HB 3 biji pagi.

Patah Tulang: Mega 3 kapsul + Radix Kapsul 3 biji pagi dan malam + HTA 3 biji pagi dan malam + Kopi Radix 1 cawan pagi + Mengkudu.

Penyakit Hati Sirosis/Hepatitis/Demam Kuning: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelm sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Omega 3 Softgel 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Habbatus Sawda 1 biji pagi/ tengahari/ malam, Curcumin 3 biji pagi dan malam. Tambahan: Hati Lembu sebesar 3 jari pesakit dibakar sampai betul-betul masak makan pagi/ tengahari/ malam.

Prostat Kalenjar: Shark Cartilage 3 biji malam + Herba Sengugut 3 biji malam + Fisalin B 1 cawan teh cina pagi dan malam.

Pneumonia: Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian + HTA 3 biji pagi dan malam + Malac 3 biji malam + Shark Cartilage 3 biji malam.

Radang Tenggorokan: Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman seharian + Malac 3 biji malam+ RTD Asam Jawa.

Rahim Turun: Paramaria Plus 3 biji malam.

Rheumatik: Teh Asiatica 5 uncang 1 jag minuman harian + HTA 3 biji pagi dan malam + Omega 3 Softgel 3 biji malam + Palm Honey bercampur air suam pagi dan malam.

Set Lengkap(L): D Det, D Karm, D Deu, Evergreen Centella, Kopi Radix, Minyak But But, Mega-3, Madu Asli.

Set Lengkap(P): D Det, D Karm, D Deu, Evergreen Centella, Madu Asli, Paramaria Plus, Kopi Radix, Spirulina, Lady Cheer.

Sakit Gigi: Coscinium Plus 3 biji pagi + Roselle 3 biji pagi + Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian.

Seriawan/Panas Dalam: Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian, Kordial Roselle, Minuman IMT 1 botol sehari.

Pasca/Lepas Bersalin: Set Bersalin, Paramaria Plus 3 biji pagi dan malam, Omega 3 3 biji malam.

Sembelit: Pelawas 3-5 biji malam + D’Karm 1 biji pagi + Mengkudu 3 biji malam + HTA(Herba Tuju Angin) 3 biji pagi dan malam.

Sinus/Resdung: Coscinium Plus 3 biji pagi + Roselle 3 biji pagi + Teh Herba 1 uncang 1 gelas campur Madu Asli + Pelawas 3 biji malam.

Stroke: D’Deu 1 biji pagi + Omega 3 3 biji pagi dan malam + Mengkudu 3 biji malam + Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian + Alyxia 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam + HTA 3 biji pagi dan malam.

TBC: Shark Cartilage 5 biji malam + D’Det 1 biji malam + Morin A 3 biji malam + Mengkudu 3 biji pagi + Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian.

Typhus: Spirulina 3 biji pagi + Herba Tuju Angin(HTA) 3 biji pagi dan malam.

Tyroid: Shark Cartilage 3 biji malam + Herba Sengugut 3 biji pagi dan malam + Malac 3 biji malam + Omega 3 3 biji pagi dan malam + Roselle 3 biji pagi.

Tonsil: Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian + RTD Asam Jawa 1 botol pagi dan malam + Roselle 3 biji pagi + Malac 3 biji malam + Coscinium 3 biji pagi + Spirulina 3 biji pagi.

Usus Buntu: Pelawas 3 biji malam + Mengkudu/HTA 3 biji malam.

Stress: Mengkudu 3 biji malam.

Gloukoma: Omega 3 Softgel 3 biji malam + Mengkudu 3 biji malam + Teh Asiatica 5 uncang 1 jag minuman harian.

Pendarahan/Buasir: Kelapa Cengkir/Putik Kelapa di belah 4 dan direbus dan diminum airnya setengah gelas 3 kali sehari.

Mokus/ Lendir: Minuman Teh Hirta/Teh Serai 1 uncang 1 gelas air suam, Garlic Softgel 3 biji pagi.

Categories : Herbalis, Perubatan Jawi
Comments (3)
Aug
06

Suplemen beracun

By Ridzuan · Comments (0)

Kementerian Kesihatan isytihar perang

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan lebih 50 produk makanan dan minuman kesihatan tambahan serta ubat-ubatan tradisional mengandungi racun berjadual, termasuk bahan aktif perangsang seks yang turut menggunakan selebriti terkenal untuk mempromosikan produk berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang amat bimbang dengan keadaan ini berkata, setakat ini amaran dan tindakan tegas pihak berkuasa termasuk merampas ubat-ubatan dan makanan kesihatan itu tidak langsung memberi kesan.
Berikutan itu, kementerian akan memerangi habis-habisan penjualan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan serta kosmetik tidak berdaftar yang berselindung di sebalik nama herba atau bahan asli.

“Saya berasa sudah tiba masa kita menghentikan semua perkara mengarut dan penyalahgunaan (ubat) ini yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti minuman kopi dan ‘teh ais limau’.

“Saya memandang serius perkara ini. Jangan suka membeli produk sedemikian dan kementerian akan perangi habis-habisan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan dan kosmetik yang tidak berdaftar,” katanya pada sidang media selepas melawat Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Biro Pengawalan Farmaseutikal kementerian di Petaling Jaya di sini, semalam.

Katanya, bahan aktif perangsang seks seperti sildenafil, tadalafil dan verdanafil yang digunakan untuk rawatan ‘erectile dysfunction’ (mati pucuk) hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh seorang doktor atau ahli farmasi berlesen.
Ubat yang tidak berdaftar dengan kementerian ini selalunya dicampur dengan racun berjadual yang boleh memberi kesan berbahaya termasuk serangan jantung, strok, pendarahan otak dan kehilangan daya penglihatan dan pendengaran.

“Saya ingatkan orang ramai, tidak berbaloi mengambil ubat kuat kerana ia merosakkan badan dan kesihatan serta mendatangkan kemudaratan yang besar kepada tubuh badan,” katanya.

Liow berkata, apa yang membimbangkan ada pengilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) terbabit sama melakukan jenayah farmaseutikal melalui pembabitan kilang mereka atau bersekongkol dengan kilang yang diwujudkan secara haram mengeluarkan bahan makanan kesihatan atau kosmetik tidak berdaftar.

Kegiatan itu, katanya, walaupun dibuat secara bersembunyi namun dapat dikesan pegawai penguat kuasa farmasi dan sejak 2008 hingga kini terdapat 19 syarikat yang digantung lesen.

“Jumlah dan nilai rampasan produk ubat-ubatan tradisional, bahan makanan atau minuman kesihatan dan kosmetik setiap tahun juga tinggi membabitkan 4,617 produk bernilai RM5.7 juta pada 2007; 9,679 produk bernilai RM13.6 juta (2008); 10,458 produk bernilai RM6.7 juta (2009) dan dari Januari sehingga Jun tahun ini sebanyak 6,632 produk bernilai RM4.5 juta dirampas.

“Produk yang turut dieksport dengan penyamaran sebagai ubat tradisional, makanan kesihatan dan kosmetik ini juga akan menjejaskan hasrat negara untuk menjadi hub produk tradisional berasas herba,” katanya.

Sehubungan itu, Liow berkata, pihaknya kini menyemak lima akta sedia ada untuk digabungkan menjadi satu akta baru yang akan diperkenalkan tahun depan dengan hukuman lebih berat kepada individu dan syarikat terbabit.

Akta yang disemak itu ialah Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Ubat 1956 (Iklan dan Penjualan).

Ini perlu dilakukan kerana hukuman dalam akta sedia ada, misalnya denda RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu dan denda RM50,000 bagi syarikat mengikut Akta Jualan Dadah, adalah tidak mencukupi.

Liow menasihatkan orang ramai supaya melaporkan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi jika ada produk yang disyaki mengandungi bahan-bahan racun.

Mereka juga boleh melayari www.pharmacy.gov.my atau di laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my untuk mendapatkan kepastian status produk.

Categories : Artikel
Comments (0)
Aug
06

MEGA PBC KPU

By Ridzuan · Comments (0)

Kelab Pemimpin Utara (KPU) akan menganjurkan MEGA PBC pada 20 dan 21 OGOS 2010 (Jumaat dan Sabtu) di Hotel Sungai Petani Inn, Sg Petani.

Mega PBC akan disi slotnya oleh Pengarah Urusan HPA, Hj Ismail Ahmad dan Pengurus Besar HPA, Mohd Faisol Abd Rahman. Semua PJS dan Pengarah PBC perlu menghimpunkan seramai mungkin peserta untuk hadir ke MEGA PBC tersebut. Sasaran KPU adalah seramai 200 orang. Yuran sebanyak RM180 seorang.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi Presiden KPU (019-4715917) dan Setiausaha Tribunal KPU (019-4752134). Pendaftaran juga boleh dibuat melalui Pengerusi KOMUNITI masing-masing atau mana-mana PJS berdekatan. Tarikh akhir penyertaan adalah pada atau sebelum 15 OGOS 2010. Pendaftaran awal dialu-alukan bagi memudahkan urusan tempahan hotel dan makan minum. Kerjasama semua PJS dan KOMUNITI amatlah dihargai…

Comments (0)