Mar
19

6 Produk Kosmetik Diharamkan

By HPA Online Network

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan golongan wanita tempatan tidak teraniaya, enam produk kosmetik import diharamkan serta-merta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikenal pasti boleh mencacatkan wajah selain turut mampu membawa maut.

Keenam-enam produk kosmetik import berkenaan dikenal pasti mengandungi racun berjadual iaitu kimia ‘hydroquinone’ dan ‘tretinoin’ yang ditakuti berikutan boleh membunuh sel kulit wajah selain meresap ke dalam saluran darah. Dalam beberapa kes dilaporkan sebelum ini, hydorquinone bertindak balas dalam aliran darah pengguna seterusnya menyebabkan barah, kemandulan, penyakit hati dan ginjal, sekali gus mengancam nyawa wanita yang memakainya.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman, berkata enam produk diharamkan berkenaan adalah Temulawak Whitening Pearl Creamv Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beuty Renewel Night Cream, Chantique Whitening Night Cream, Treatment No 1 dan Treatment No 2.

Menurutnya, penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor. “Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit. “Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Berita ini boleh dijadikan pedoman untuk kita agar tidak terburu-buru membeli produk-produk kosmetik yang sengaja dilambakkan di pasaran oleh pihak-pihak tertentu demi mengaut untung. HPA juga telah mengambil inisiatif memperkenalkan produk kosmetik yang bermutu dan halal untuk memenuhi permintaan para ahli dan pengedarnya.

Produk Kosmetik HPA

===> http://blog.hpa-online.net/category/produk-kosmetik/

Sumber : Harian Metro

Categories : Al-Wahida Marketing

14 Comments

1

salam..sy pengguna kosmetik natasya gold..
ingin nak tahu adakah produk ini selamat digunakan??

2

produk natasya gold juga merupakan salah satu produk yg telah disenaraihitamkan oleh kkm….sila rujuk senarai produk yg telah disenaraihitamkan oleh kkm….

3

bagaimana pula dengan tia amelia? i dah guna produk ni hampir setahun dan hasilnya memang ok la..

4

terima kasih..sangat membantu..ni senarai yang terbaru setakat 2011 ke?

5

Mary Kay jugalah yang paling selamat. Dah lah boleh try first before buying. Merupakan jenama import yg paling murah boleh didapati. Setelah 4 tahun menggunakannya langsung tiada masalah. Nak berkongsi pengalaman ini boleh hubungi saya melalui email atau ym di azwan_baharuddin@yahoo.com

6

kalau nak tahu pergi ke laman web biro kawalan farmaseutikal kebangsaan..ada senarai produk yg disenaraihitamkan kkm

7

slm….produk selamat…bukan ke hpa pnyer produk pn ada bahan merbahaya seperti paraben????paraben terbukti d jumpai pada penghidap breast canser,,,,boleh tolong jelaskan?????

8

Sy Sokong Kata2 9w6azz setakat ni produk Mary Kay Mmg x ada mslh…semua bahan dalam produk mary kay adalah bhn2 semula jadi…

9

betul kata 9w6azz dan Cik D. saya sebagai beauty consultant Mary Kay memang percayakan pada produk Mary Kay (MK). produknya merupakan produk botanical.100% daripada botanical. sebenarnya kita sendiri boleh membezakan mana produk yang mengandungi bahan kimia ataupun tidak.senang sahaja caranya. cth : sekiranya anda mempunyai toner / freshner, anda tuang sedikit ke atas kapas muka kemudian anda tengok sama ada toner / freshner tersebut berubah warna ataupun tidak. sekiranya toner / freshner anda berubah warna (biru, kuning / hijau) itu bermakna produk yang anda gunakan selama ini mengandungi bahan kimia. sekiranya tiada perubahan warna itu adalah produk dari botanical seperti MK.kepada kaum Hawa diluar sana. saya nasihatkan kepada anda semua pilihlah produk yang betul.kulit wajah kita mesti dijaga dengan elok.wahai kaum Hawa, kita mesti menjaga kulit wajah kita dari dicemari oleh bahan2 kimia yang membahayakan diri kita sendiri. kita jangan fikir inginkan kecantikan sahaja tapi kita kena fikir kesihatan kulit wajah kita. sekiranya anda ingin bantuan dari saya, anda bolehlah kemukakan emel kepada saya di :

nhbeautynskincarec@yahoo.co.uk

saya sedia membantu anda..

10

natasya biasa ok ker.adakah diharamkan jugak

11

Produk hpa ada x keluarkan produk kosmetik untuk remaja??

12

SALAM!saya nak tahu,adakah produk SRI MAWAR selamat digunakan???

13

senang je nak tau selamat ke tak….kalau ada ingredients (chemical names) yang anda berbelit lidah nak sebut, maka ia tak selamat…mostly kimia sume tu… boleh rujuk website: http://www.ewg.org (cosmetic database)

14

plz check this out

http://www.pharmacy.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=134&action=view&retrieveid=249&lang=EN

TQ..

Reiss Skincare is Herbal based and boleh didapati di Wangsa Walk KL

Visit http://www.reiss.com.my for more info or check it out on Reiss Skincare on FB for testimonials

Sekian

Selamat mencuba yerr

Leave a Comment