Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 520

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 535

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 542

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 578

Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 18
Gelatin Adalah Salah Satu Anugerah Tuhan Kepada Manusia
Jun
15

Gelatin Adalah Salah Satu Anugerah Tuhan Kepada Manusia

By HPA Online Network

Dengan gelatin, pelbagai perkara dapat diselesaikan dan ia menjadi pelengkap kepada sesuatu dalam pelbagai industri. Ia dihasilkan melalui proses hidrolisis daripada kulit, tulang dan usus haiwan mamalia seperti babi, lembu atau kerbau. Justeru, gelatin merupakan protein tulen yang dianggap sebagai bahan paling ajaib di dunia. Ini kerana, boleh dikatakan tanpa gelatin kehidupan kita tidak akan lengkap kerana bahan ini mempunyai pelbagai fungsi yang sukar dinafikan kehebatannya.

Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Makanan dan Teknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Jamilah Bakar, keunikan fungsi gelatin menyebabkan ia tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bahan lain di dunia. “Gelatin adalah salah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Dengan gelatin, pelbagai perkara dapat diselesaikan dan ia menjadi pelengkap kepada sesuatu dalam pelbagai industri. “Contohnya dalam industri makanan, gelatin digunakan untuk berfungsi sebagai penebal, pelekat, pengemulsi, egen pembuih, penahan lembapan, pembaik tekstur dan egen pengikat yang menjadikan sesuatu makanan kelihatan dan dilihat lebih baik.

“Oleh itu, tanpa gelatin sesetengah produk mungkin tidak dapat dihasilkan,” kata Jamilah mengenai kehebatan gelatin ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini. Beliau telah menjalankan kajian ke atas gelatin yang diekstrak daripada sisik ikan patin sejak sembilan tahun lalu dan masih meneruskannya sehingga hari ini. Berdasarkan sejarah, gelatin telah digunakan oleh manusia sejak beratus-ratus tahun lalu dalam aspek pemakanan di negara-negara Eropah.

Namun, seiring dengan peredaran zaman, kegunaan gelatin juga telah diperluaskan ke dalam industri tertentu seperti farmaseutikal, kosmetik, produk kesihatan dan sebagainya. “Ini kerana gelatin merupakan bahan semula jadi yang tidak terjejas dengan apa juga suhu. Sama ada dalam suhu yang paling sejuk di bawah paras negatif darjah celsius hinggalah pada suhu paling panas, ia langsung tidak terkesan. “Sebab itulah, jika sesuatu bahan dicampurkan gelatin, ia akan sentiasa kekal seperti sewaktu dibeli. Contoh paling mudah ialah aiskrim. Jika tiada gelatin, aiskrim tersebut akan mudah cair dan teksturnya bertukar menjadi kasar apabila melalui proses dikeluar dan dimasukkan ke dalam peti sejuk berulang kali.

“Dengan penggunaan gelatin di dalam aiskrim, ia akan menjadi agen pembaik tekstur dengan memekatkan aiskrim agar lebih tahan lama dan sedap dimakan,” ujar Jamilah sambil menambah gelatin mudah dihadam, rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol walaupun diambil dalam jumlah yang banyak. Selain daripada aiskrim, barang makanan yang biasa menggunakan campuran gelatin adalah jeli, coklat, gula-gula lembut, marshmallow, toffee, gula-gula getah, yogurt, keju, mentega dan produk daging.

Bagi industri farmaseutikal, gelatin digunakan dalam pembuatan kapsul keras, kapsul lembut, tablet, serum gantian dan suntikan manakala dalam industri kosmetik pula, ia termasuklah produk penjagaan kulit, alat solek, pengilat kuku dan krim muka. Tidak ketinggalan, industri fotografi turut menggunakan gelatin dalam menghasilkan filem gambar, kertas cetak, filem x-ray dan sebagainya. Sementara itu, penggunaan gelatin juga melibatkan industri teknikal dan sukan seperti pengeluaran kertas, pembuatan kotak, mancis dan paintball.

Sumber : Blog Herba Dunia

Categories : Artikel

1 Comments

1

Terima kasih atas maklumat yang dipaparkan^^

Leave a Comment