Kelebihan Dan Khasiat Herba Misai Kucing
By
Kalau dilihat dari peribahasa ataupun kiasan Melayu yang dituturkan oleh generasi lama, memang menakjubkan. Bukan sahaja tepat pada sasarannya bahkan penggunaan perkataannya cukup halus dan berpadanan antara satu sama lain.
Keindahan ini turut mempengaruhi panggilan mereka kepada pokok atau tumbuhan yang ada di sekeliling kita.
Ada yang melucukan bila mendengarnya. Ada juga nama panggilan seseorang agak pelik, tetapi bersesuaian dengan rupa bentuk dan habitat flora tersebut.
Antaranya ialah pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.
Walau bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar ’sembang-sembang di kedai kopi’.
Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.
“Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan,” katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.
Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.
Tambahnya lagi, tumpuan di dalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.
“Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,” ujarnya lagi.
Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.”Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis,” jelasnya.
Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok herba misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.
“Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampurkan dengan setengah air panas. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” ujarnya.
Sumber : gempurhpa

48 Comments
March 3rd, 2010 at 4:13 pm
boleh tak saya nak copy bawak masuk dalam blog saya?
March 4th, 2010 at 9:16 pm
Silakan. Semoga ilmu Allah berkembang.
June 20th, 2010 at 7:20 pm
Apakah dgn meminum air rebusan misai kuching dapat merawat kencing berkeladak?
June 21st, 2010 at 10:48 pm
Insyaallah boleh. Jgn lupa ambil bersama Herba MALAC dan MADU ASLI.
July 20th, 2010 at 3:49 pm
bleh sye copy??
July 23rd, 2010 at 10:59 pm
Dalam rencana diatas hanya menyatakan yang daun, batang dan akar sahaja di gunakan. Bagaimana pula mengenai bunga nya yang putih itu. Boleh kah ia digunakan juga?
September 22nd, 2010 at 9:35 am
SAYA SUKA MEREBUS BUNGANYA YANG BARU DIPETIK DAN KEMUDIAN MEMINUM AIR REBUSAN TERSEBUT. APAKAH BETUL APA YANG SAYA ITU?
October 27th, 2010 at 4:42 pm
saya suka cara bagaimane pemprosesan herba secara sebdiri kerana herba ini banyak terdapat di sekeliling kita. boleh tak dapatkan saya cara pemprosesan pegaga untuk mendapat khasiatnya.
November 9th, 2010 at 6:37 am
Apakah misai kucing boleh menghindari penyakit kencing manis dan lain-lain
November 9th, 2010 at 6:38 am
Saya tertarik dengan khasiat misai kucing ini, kat mana nak dapat
December 8th, 2010 at 12:55 pm
sy da try minum air rebusan misai kucing,ternyata mujarab…ia menurunkan tekanan darah tinggi,gula dalam darah dan menurunkan berat badan tanpa mengeluarkan ape2 kos pun..
December 9th, 2010 at 8:25 pm
orang mengandung boleh ke minum air rebusan daun misai kucing
January 18th, 2011 at 4:55 pm
salam..
daun misai kucing yg ditnm sndiri mmg kne jemur dlu ye?
kalu cuma basuh dan trus rendam dlm air panas,
ada efek x?
January 19th, 2011 at 12:51 pm
saya, saya pun selalu wat mcm tu gak…amik dr pokok dan basuh seta rendam dalam air panas….pastu minum…air kencing jd kuning…maybe pundi kencing dibersihkan kut…
February 14th, 2011 at 12:32 pm
Asalamualaikum
Saya tak jemur dulu sebaliknya Saya petik 4-5 helai daun misai kucing, basuh, lepas tu masukkan ke dalam cawana tau mug, curah air panas , tutup dan biarkan hingga sejuk baru minum lepas tu… Betul ke cara yang saya buat ni..? Harap rakan yang tahu dapat bantu..
March 3rd, 2011 at 5:42 pm
Bunganya ada khasiat ke..?
March 7th, 2011 at 12:46 am
ubat untuk penyakit hati ada x
March 24th, 2011 at 12:27 am
Daun misai kucing untuk menstabilkan atau menyembuhkan kencing manis…
April 2nd, 2011 at 11:09 pm
boleh kah daun misai kucing merawat migrin
April 20th, 2011 at 11:51 am
salam kenal kepada tuan tanah,
saya pernah dengar mengenai daun misai kucing ni dpt menyembuhkan kencing manis. kebetulan suami saya juga pengidap kencing manis. cuma saya nak beri pendapat sikit mengenai cara makannya. pada pendapat saya, lebih bagus sekiranya daun pokok ini dikisar bersama pegaga dan minum airnya. xperlu rebus/ letak air panas, memadai gunakan air sejuk yg telah dimasak sahaja. bukan apa, kalau difikirkan secara logik, sedangkan kita kalau terkena air panas pun melecur, inikan pula sel2 dalam daun tu. so,untuk lebih berkesan dan tidak menghilangka khasiatnya, cuma blend dgn air sejuk. ini cuma pendapat saya, terpulang kepada cara masing2.
April 21st, 2011 at 8:24 pm
to aidadewie.
Mungkin ada benarnya tak perlu rebus. tp alasan kerana sel2 pokok daun tu mati tak logik bg saya. Sedangkan kalau kita masak sayur, bukankah dalam suhu yg panas juga? huhuhuhu..
amalkan lah yg mana mudah dan sesuai bg anda.
emak sy penah try jugak untuk selsema. dulu dia kerap selsema, tp ble minum trus hilang. huhu…
kat sini sy nak syorkan pokok hempedu bumi jugak. banyak khasiatnya. malah telah diuji secara klinikal di eropah. cuma kat malaysia tak popular…
April 23rd, 2011 at 1:41 am
adakah ia suatu keperluan untuk dikeringkan terlebih dahulu sebelum boleh direbuskan? ada perbezaan khasiat atau tidak jika daun misai kucing itu direbus(dibersihkan terlebih dahulu) sejurus dipetik?
April 24th, 2011 at 11:06 pm
blh x misai kucing ni ubt demam n sakit2 badan?
April 28th, 2011 at 5:57 pm
saya tlh menggunakan misai kucing bagi rawatan penyakit batu karang, ternyata terbukti. TIDAK DIRAGAUI LAGI…… saya menggunakan samada dalam bentuk uncang teh maupun saya buat sendiri dipetik dari pokoknya…
May 11th, 2011 at 10:11 am
Semua jenis herba di Malaysia baik utk kita, try consume dalam apa2 bentuk skali pun..tak kisah…asalkan benda tu masuk dlm badan .insyaAllah..mentah ke ..kering ke… semua ada hasiat tersendiri … yg penting pastikan benda tu masuk dlm badan dgn kalimah Bismillah dan selawat… insyaAllah jadi penawar…
May 18th, 2011 at 3:08 pm
salam… rmh mk sy mmg ada tanam pokok misai kucing ni, dh jd mnmn harian kami trutama bapa yg ada mcm2 pnyakit…
May 18th, 2011 at 3:10 pm
emak saya pn ada tanam hempedu bumi, ada gak suruh mnm, pe khasiatnya ye??
May 23rd, 2011 at 5:38 pm
salam.. misai kucing memang berkesan untuk menurunkan darah tinggi dan juga kencing manis.Pernah kawan saya buat medical cx up dgan bacaan darahnya ditahap 162/90 pada waktu pagi.Kemudian beliau mendapar petua tentang khasiat misai kucing.Malam nya beliau minum satu gelas dan esok buat bp dah jadi 126/84.Walaupun misai kucing dapat menurunkan bp, tapi dosage yg disyorkan hanya 4 gram untuk sehari, jika diambil berlebihan bp akan menurun dan jadi plak low blood press.0195740235
May 23rd, 2011 at 5:47 pm
salam. misai kucing dipetik bersama rantingnya.ranting daun diikat/gugus dan digatung(upside down, supaya daunnya tak gugur ) seeloknya dalam rumah bagi mengekalkan khasiat daun.bila sudah kering racik halus daun dan rantingnya dan disimpan dalam bekas. bila perlu buat je macam kita menyediakan teh dan bleh masuk gula atau perisa lain.yang siap dalam sachet ada dijual kat tesco , sekotak 30 sachet rm 30 dan ada juga dijual pada papan gantung dikedai2 kopi.
May 23rd, 2011 at 5:54 pm
salam.. tentang hempedu bumi, nama lain dikenali juga sebagai akar cerita.rasanya pahit macam tongkat ali.khasiat yang diketahui adalah untuk kencing manis dan darah tinggi.
kadang heran juga tentang herba traditional kita ni , khasiat mesti untuk darah tinggi dan kencing manis.
saya ada herba penawar untuk penyakit hati/kuning dan juga untuk penawar kanser dan HIV
June 1st, 2011 at 3:04 pm
daun misai kucing atau apa-apa herba perlu direbus kerana bahan aktif dapat diekstrak dengan lebih sempurna melalui air panas. tambahan pula, bahan aktif secara semulajdinya sangat stabil terhadap haba. haba tidak memusnahkan bahan aktif tersebut. Dalam masa yg sama, haba panas dapat memusnahkan mikrob-mikrob yg tidak dikehendaki. Daun pegaga tidak boleh direbus tetapi perlu diambil mentah kerana tumbuhn ini byk vitamin dan mineraldanselalu diambil sebagai ulaman. haba panas akan memusnahkan sebahagian besar vitamin2 khususnya vit. B dan C. Namun begitu, jikahanya ingin mendapatkan bahan aktifnyasaja, bolehla direbus.
June 1st, 2011 at 3:07 pm
Tapi hati-hatinyabilamengambil air rebusan kisaran daun misai kucing. pastikan anda tidak meminum habuk/serbuk kerana ia akan menyebabkan kerosakan buah pinggang. Minum rebusan bahagian jernih sahaja
June 20th, 2011 at 10:19 pm
dulu sy ingatkan ambil bunga dia rendam dlm air panas, rupanya ambil daun. itu pun selepas tengok mak petik daun misai kucing ni. alhamdulillah, mak saya rajin amalkan minum air rendaman daun misai kucing ni, aras glukos dia pun dah mula menurun.
July 21st, 2011 at 1:02 pm
thanks , minta izin copy untuk bahan rujukan projek pharmacology saya.
July 23rd, 2011 at 5:42 pm
Pernah tengok ada Misai Kucing produk ada jual kat Penang General Hospital kedai serbaguna..
July 31st, 2011 at 6:09 pm
saya ade tanam daun misai kucing ni dan saya jadikan ulam tiap2 hari
sy petik daun misai kucing yg muda untuk dijadikan ulam khasiatnya
boleh mencegah dr terkena kencing manis jika diamalkan selalu tak perlu rebus
August 16th, 2011 at 8:17 pm
assalam en..produk ape yg patut saya ambil untuk penyakit batu dalam hempedu!terima kasih..
August 16th, 2011 at 9:59 pm
salam..sy xde sakit ape2..tp blh x amal kn minum air rebusan misai kucing…blh x terangkan khasiat nye selain drpd kencing manis dan darah tinggi..trima kasih
September 1st, 2011 at 11:21 am
kt umh mk sy pun ade tanam gak misai kuning ni..sy nk tau khasiat yg ade slain merawat kencng manis,cadangan sy kalau boleh dikomersilkan pon ok gak..boleh wat duit lbih…ape khasiat yg ade slain ubt kncg manis??
September 2nd, 2011 at 3:55 pm
Saya terkena sakit jantung 2 bulan lepas akibat kencing manis. Kat hospital, urologist kata kena inject insulin, makan ubat farmasi dll. Mula-mula susah sgt nak control blood sugar.
Skg hari2x ambil misai kuching (tanam sendiri), exercise dan control makan. Kencing manis pun dah dpt control, darah tinggi pun dah ok. Tak tau ler pasal ubat farmasi atau misai kuching.
Kalu tanya saya, semuanya ada kaitan. Semua pun penting.
September 21st, 2011 at 3:29 pm
kalau ibu mengandung, boleh x minum misai kuching ni?..
September 27th, 2011 at 10:47 am
Kalau tekanan darah rendah, boleh ke minum teh misai kuching niii…kalau tekanan darah tinggi boleh turun…kalau dah rendah, mau lagi turun.. ingin tahu!
September 28th, 2011 at 3:48 pm
org mengandung boleh ke minum teh misai kucing??? untuk turunkan darah tinggi???
November 24th, 2011 at 3:38 pm
produk yg murah dan berkesan….terbaikk
November 24th, 2011 at 6:06 pm
Salam.sya nk tnya selain dari ape yg tertera di ats tntng kelebihan misai kucing ade lgi tk khasiatnyer yg lain?contoh kpd remaja..
January 13th, 2012 at 3:40 pm
boleh sy copy ye…
January 13th, 2012 at 7:16 pm
nak tanya… agak2 teh misai kucing ni bole turunkan kadar kolesterol x? saya minum air ni sbb ia dpt kurangkan sakit kepala saya…. ade sesape leh tolong?
January 24th, 2012 at 4:13 pm
Jangan lupa juga khasiat pokok stevia. Semua yg Allah jadikan ada khasiatnya