Jul
24

Kerana Udang Geragau Umat Islam Terus Dirundung Malang

By HPA Online Network

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.

Udang Geragau

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Udang Geragau

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang Geragau

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

Udang Geragau

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Udang Geragau

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Udang Geragau

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Udang GeragauAku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Udang Geragau

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

Sebuah catatan pengalaman RUDY

Categories : Artikel

21 Comments

1

salam..
saya minta izin copy paste artikel ni untuk makluman rakan2 saya. Harap tidak menjadi masalah.

Masyarakat umum patut tahu.

2

Silakan…. Amatlah dialu-alukan.

3

Patut ditangkap dan diharamkan berniaga ni. Saya akan maklumkan pada masyarakat setempat saya. Terima kasih atas info berguna

4

Erm camnelah benda2 gini selalu terlepas pandang oleh kita. Bagus ko share kat sini bg pengetahuan pada org lain.

5

Memang betul tu. Jadi cat sebarkanlah kepada orang ramai yang berdekatan dengan kita. Ingatkan mereka.

Itulah jadinya kita makanan kita org Islam disediakan oleh orang bukan Islam. Jadi, marilah kita berhijrah…

6

Teman pun pernah tengok bende ni di Sungau Tiang, Bagan Datoh tapi tak sempat ambik gambo.

Teman nak tampe gambo ni kat blog teman ye..

7

Saya cadangkan agar beberapa keping gambar ini diserahkan kpd Harian Sinar bersama maklumatnya. Sudah jatuh wajib utk perkara ini dihebahkan kerana jika tidak, umat Islam akan berterusan makan makanan bukan lagi syubhat tetapi jelas haram. Dan semoga akan terbuka mata org Islam yg masih “istiqamah” membeli di kedai runcit dan pasar milik bangsa bukan Melayu, bahkan makan di restoran mereka..??

8

saya minta izin copy paste gambar2 ini utk makluman kepd kawan2 saya. harap diizinkan. ucapan terima kasih didahulukan.

9

klu x tau sebat aje lah beb Geragau itu halal

10

saya minta izin copy & paste & email kepad kawan2 saya. Terima kasih.

11

memang rase loye bila ygk artikel di atas. so saya harap HPA boleh keluarkan produk udang geragau yang bersih dan halas sebagai alternatif kepada kami pengguna muslim di malaysia

12

Mungkin ini adalah salah satu jawapan kenapa kita semakin buas dan ganas. Lupa pada agama dan budaya sendiri . Makanan yang dimakan adalah tidak halal walaupun ia nampak halal. Halal pada zahir tapi batin siapa yang tahu.

13

artikel ni menarik tapi saya kempunan sebab tak dapat tengok gambar pun.

14
FORMULA TERBAIK!!!
March 24th, 2010 at 1:23 am

assalamualaikum. Artikel saudara amat menarik dan info yang diberikan sangat berguna untuk semua, terima kasih dan tahniah saya ucapkan. Berdasarkan tarikh lawatan saudara (10-12julai 2009) dan dari tarikh itu juga saya tidak mendengar sebarang aduan atau pembangkitan isu tentang perkara ini melalui media cetak dan media elektronik (SEHINGGA KINI). Di sini ingin saya mengajukan soalan…. Adakah pihak saudara sudah melaporkan kejadian ini pada pihak berkuasa? Saya rasa lebih ramai lagi yang berhak untuk tahu tentang kejadian ini. Untuk makluman saudara bukan semua rakyat Malaysia tahu menggunakan komputer dan internet (kebanyakannya beragama islam tinggal di luar bandar). Ingin saya bertanya berapa ramaikah rakyat Malaysia penduduk luar bandar terutamanya yang tahu tentang kewujudan blog ini? Jadi adilkah untuk mereka tidak mendapat info di dalam blog ini? Bukan semua orang mempunyai peluang seperti saudara untuk dibukakan mata dan diperlihatkan perkara-perkara seperti ini. Ingat setiap kejadian itu ada hikmahnya. Jika benar saudara mempunyai bukti yang kukuh (gambar), ingin saya bertanya adakah isu ini hanya layak disiarkan di blog seperti ini sahaja? Bagaimanakah dengan masyarakat umum (yang kebanyakannya masih buta it) yang lain? Adakah saudara ingin menanggung dosa mereka makan makanan yang haram dan kotor? Selebihnya saya rasa saudara cukup bijak untuk menilaikannya. Begitu juga dengan pembaca yang lain. Bukan pengalaman saudara yang kami mahukan, Rudy!Kami mahu kebenaran. Saya merayu agar saudara cepat bertindak. BUKTI SUDAH DI TANGAN, APALAGI YANG HENDAK DITUNGGU. KALAU SAUDARA MASIH BERDIAM DIRI, TIADA BEZA ANTARA SAUDARA DENGAN PENGUSAHA UDANG GERAGAU TERSEBUT. SILA RENUNGKAN FORMULA INI:

PENGUSAHA UDANG GERAGAU = RUDY
UDANG KOTOR = LAPORAN YANG TIDAK DIBUAT
TIDAK MENGIKUT PROSEDUR = TIDAK MENGIKUT PROSEDUR

KESIMPULAN : PENGUSAHA UDANG GERAGAU = RUDY!

15

Waalaikumsalam.
Terima kasih atas komen anda. Sebenarnya kami di hpa-online.net hanya menyampaikan apa yg dilaporkan oleh RUDY.

16

Assalamualaikum !!!

Saya baru sahaj menjadi ahli kepada HPA, terima kasih kepada semua pengurusan HPA.
Oleh kerana saya suka melayari internet maka saya terbca artikel ini. ianya sungguh teruja dan memberikan keinsafan kepada saya dan keluarga yang sama-sama melihatnya. Jijik sungguh.

Tuan, boleh atau tidak saya copy artikal di atas untuk dimasukan dalam blog saya untuk disebarkan kepada pengetahuan umum terutama kepada pengunjung blog yang saya uruskan.

Semoga artikel ini dapat di maklumkan kepada semua penguna islam di negara ini.

Sekian terima kasih. Wassalamualaikum .

17

salam..saya pernah ke kuala gula pd 2003..kem SPM..tu baru anjing kencing..sy tgk dorg jemur tepi jalan je udang tu..siap atas kanvas tu ade najis anjing lg..huhu..terkejut btul..kwsn kuala gula dah semakin popular sbb persinggahan burung..so, kalo x di banteras sekarang perkara ni..malaysia dan kementerian pelancongan jugak yg rugi..org islam lagi la..sian mkn udang geragau ‘berperisa’…wallahualam

18

Assalammualaikum,

Adakah mereka ni menjadi pengedar untuk jenama tertentu? Maksud saya, jika perlu mengelak produk mana?

19

Ya, saya setuju dgn ina. Senaraikan nama produk tersebut agar dpt dijauhi/ dielakkan.

20

nak minta izin copy artikel ini.. sy nak sebarkn pd kwn2 dan umat islam kita..
tima kaseh bg info penting ini..

21

Orang yang x tahu patut d beritahu. .
kalau lah dr dulu tahu,x ingin nk beli udang tu.haram. . .

Leave a Comment