Sep
10

Mesej Dari Ayam Kita Ayam HPA Membina Antibiotik Kejayaan

By HPA Online Network

Ayam KitaAlhamduliillah kerana diberi nikmat sihat. Dunia hari ini di serang dengan wabak penyakit yang menggemparkan. Ada yang punya nama pelik sehingga nak sebutkannya pun agak susah. Hampir ke semua binatang yang dekat dengan manusia dikatakan punca virus selsema. Dan yang akhirnya tak mampu bertahan dengan serangan virus ini ialah manusia.

Dalam sebahagian kuliah perubatan jawi hpa antara ilmu yang saya ingat ialah penyakit bukan disebabkan oleh virus tetapi penyakit menyerang manusia kerana sistem pertahanan badannya lemah. Atau bahasa lain antibiotiknya tak mampu membuat serangan dan memusnahkan serangan bakteria yang membawa masalah.

Marilah kita mencari apakah punca sistem antibodi menjadi lemah. Lihatlah apa yang kita makan. Lihatlah apa yang kita hidangkan setiap hari kepada anak-anak kita dan kepada orang yang kita sayangi. Keseimbangan sistem badan hilang berpunca dari makanan kita yang bermasalah, tekanan hidup tidak diuruskan dengan betul dan urusan manusia dengan penciptanya diabaikan.

Mari kita singgah sebentar ke ladang ayam kita, ayam hpa. Kenapa tanpa segala vitamin cucuk dan segala antibodi ciptaan dari makmal seekor ayam mampu sihat dan lebih berkhasiat. Belajarlah dari seekor ayam untuk membina antibodi kejayaan.

Sumber : Gen6kpu

Categories : Artikel

2 Comments

1

Alangkah sedihnya, terdapat pengusaha ayam di sik, kedah, mengaku memelihara ayam radix. Ayam-ayam ini dibekalkan oleh seorang pengusaha cina dan pekerjanya adalah india. Sila hantar pegawai yang berhampiran untuk mengatasi perbuatan merosakkan produk HPA. Bangsal ayam tersebut terletak di Jalan Melati, Kampung Dusun Sik, berhampiran Sekolah Kebangsaan Seri Dusun, Sik Kedah.

2

Msg ini telah diforwardkan kepada pihak HPA.

Terima kasih.

Leave a Comment