Seribu Satu Misteri Tumbuhan Menjadi Penawar Pelbagai Penyakit
ByAl-Quranul karim adalah perbendaharaan yang penuh dengan ilmu pengetahuan. Ianya mengandungi seribu satu misteri yang perlu dicungkil dan dikaji oleh manusia. Salah satu keistimewaan Al-Quran ialah keterangan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi tanda tanya para saintis mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun demikian terdapat juga Hadis Rasulullah yang menyokong serta memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut walaupun pada masa itu tidak terdapat kajian saintifik mengenainya. Kebanyakan tumbuhan tersebut adalah penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat untuk manusia.
Di antara tumbuhan yang terdapat dalam Al-quran ialah:
- 1. Madu
- 2. Tin dan Zaitun
- 3. Kurma
- 4. Habbah as-sauda
ANTARA KHASIAT MADU
Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.
- Madu dapat menyegarkan tubuh;
- Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatannya dan ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya;
- Madu boleh mengeluarkan racun;
- Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya;
- Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak berbau busuk;
- Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang memudaratkan tubuh atau menyebabkan penyakit;
- Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati;
- Senang dihadamkan
ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN
- Penyakit kulit
- Terbakar
- Jerawat
- Gatal-gatal
- Luka
- Kanak-kanak lumpuh
- Kurap
- Sakit gigi
- Sakit mata
- Sakit jantung
- Selesema
BUAH TIN DAN ZAITUN
Selain daripada madu, terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dam zaitun sehinggakan Allah bersumpah di atasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah ini.
Antaranya:
i)Riwayat dari Abu Zar r.a.
Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda : ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
ii) Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.
KHASIAT BUAH TIN
Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit, antaranya ialah:
- Penyakit Buasir
- Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
- Batuk yang berpanjangan
- Melawas kencing
RAHSIA BUAH ZAITUN
Ianya dijadikan kayu sugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW
sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbumyi:
“sebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat. Ia
membersihkan mulut dan menghilangkan kuning-kuningan gigi. Ia adalah
kayu sugiku dan kayu sugi para nabi sebelumku.”
Rasulullah juga bersabda yang berbunyi : “Gunakanlah minyak Zaitun
untuk masak makanan, berminyaklah dengannya untuk rambut, badan dan
seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang
berkat.”
Dalam masyarakat moden hari ini, minyak zaitun digunakan dalam
berbagai-bagai kegunaan termasuklah dijadikan sabun mandi untuk
melembutkan kulit dan sebagai minyak rambut untuk melebatkan rambut.
KHASIAT BUAH ZAITUN
Antara khasiat buah zaitun ialah:
* Membaik pulihkan perut
* Mengeluarkan cacing
* Menjadi penawar racun
* Minyaknya menghaluskan kulit
* Minyaknya melambatkan tumbuh uban
* Menghilangkan melecur kena api
KURMA/TAMAR
Walaupun tiada surah khusus untuk buah kurma tetapi Allah menerangkan
tentang kegunaan buah kurma dalam surah Maryam iaitu dimana Maryam
sakit ketika hendak bersalin, Allah memerintahkan Maryam dalam ayat
ke-25 supaya makan buah kurma yang masak. Di sini ianya berfungsi
sebagai analgesik (tahan sakit) dan sekaligus dapat memberikan Maryam
tenaga untuk melahirkan anak.
Menurut pandangan Islam, apabila ibu yang hamil diberikan tamar, Insyaallah anak yang dilahirkan seorang yang penyabar dan bersopan
santun. Buah tamar juga disunatkan makan ketika berbuka puasa. Rasulullah juga suka makan tamar bersama timun. Ini kerana kedua-dua dapat mengimbangkan kedua-dua sifat tersebut iaitu di mana buah timun
sejuk dan tawar, manakala buah tamar panas dan manis.
HABBAH AS-SAUDA
Hadis Rasulullah mengenai Habbah as-sauda : Daripada Buraidah, katanya; Rasulullah SAW bersabda; `Pada habbah as-sauda terdapat ubat segala
penyakit, kecuali maut.’ Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam
kitad “al-tibb”, dalam himpunan hadis-hadis sahih.
Habbah as-sauda adalah sejenis rumput, warnanya hitam dan bermusim
tahunan. Ianya tumbuh di negara-negara sekitar laut tengah dan di India. Daun-daunnya kecil serta halus, bunganya bewarna biru, buahnya
berbungkus dan didalamnya terdapat biji kecil bewarna hitam yang boleh
dijadikan ubat. Bijinya keras dan rasanya pedas. Biji ini juga boleh dijadikan minyak. Apabila bijinya ditumbuk ianya mengeluarkan bau yang harum.
Penyelidikan moden tentang khasiat Habbah as-sauda telah mendapati bahawa pada biji ini terdapat ubat yang boleh mengubati sesetengah penyakit. Antaranya ialah:
* Sepahnya boleh meringankan beban orang yang sesak nafas
* Dapat mengubati penyakit lelah dan batuk berterusan
* Mengeluarkan angin dalam perut
* Menambah ghairah seks
* Melancarkan pengeluaran darah haid ,air besar dan air kencing
* Dapat melangsingkan badan ibu-ibu dan dapat menambah air susu
bagi para ibu
Selain daripada khasiat yang di sebut di atas, masih terdapat banyak
lagi keistimewaan yang belum kita ketahui mengenai Madu, buah Tin, Zaitun, Kurma dan Habbah as-sauda. Islam menggalakkan umatnya menggunakan keempat-empat tumbuh-tumbuhan di atas agar kita dapat manfaat dari penggunaannya.

3 Comments
January 31st, 2011 at 7:03 am
slm..ayh sy tlah djangkiti pnyakit msteri.lumpuh, daging mengecut.bmula 2005 bhgian kaki hgga tgn skg 2011.perot pula brisi.punca xdpt dksan pakar doktor dan pelbagai rawatan telah digunakn tmasuklah rawatan islam.
ade ubatnye ke? tlg eemail sy.tkasih
May 14th, 2011 at 3:34 pm
kepada tuafiq : ada penawar ambil air meneral baca surat sejadah, surah yaseen, surat dhuhon, suarh arrahman, surah al waqiah, surat mulk dan minum air nya amal kan selalu insallah akan sembuh
September 27th, 2011 at 3:37 am
salammullah,saudara taufiq yang di kasihi Allah sesungguhnya tanda orang beriman adalah datangnya satu ujian yang amat besar yang tidak tertanggung oleh kita,kehilangan jiwa harta bende kelaparan maupun penyakit yang memeritkan.adalah ujian bagi kita samada kita bersyukur atau bertambah lalai.kembalilah kepada tanah adalah kunci penyembuhan saudara.asal kita dari tanah liat yang kering serta lumpur yang hitam.oleh itu saudar perlu memakan tanah ynag dibuat seperti panadol yang boleh di telan se kali telan 3 biji waktu pagi sebelum makan ,tengahari sebelum makan dan malam sebelum tidur amalkan selama 40 hari, insyaallah,tanah liat di jemur kering kemudian di tumbok dan diayak ,sehalusnya.tanah liat yang halus tadi ditambah sedikit air bentukan sebesar yang mampu ditelan.kemudian di jemur kembali.maka jadilah ia pil-pil untuk pengubatan saudara.syaratnya jangan di bakar.lakukan seperti diterangkan diatas.mulakan dengan bismilah ataupon dengan nama Allah yang maha berkasih sayang.insyaallah.