Tarikh Lahir Dan Tandatangan
By
Pelbagai kursus tentang tarikh lahir kini muncul dalam pasaran. Mudah-mudahan ahli-ahli HPA mahupun pemimpin-pemimpinnya apatah lagi PJS tidak terlibat dalam program sedemikian. Menentukan seseorang (apa sahaja) berdasarkan tarikh lahir, sesuatu yang tidak ada dalam Islam. Apatah lagi jika kepercayaan ini menjadi aqidah atau sebagai pegangan, sudah tentulah akan menyebabkan berlakunya gejala syirik. Nauzubillah.
Jika anda dapat mengetahui nasib melalui tarikh lahir mahupun tandatangan sudah tentu anda dapat mengetahui perkara yang ghaib (akan datang ), sedangkan Rasulullah saw sendiri menyatakan baginda pun tidak mengetahui perkara akan datang kecuali sesudah mendapat wahyu. Ajaran menentukan nasib berdasarkan tarikh lahir benar-benar bidaah yang sesat lagi menyesatkan.
Sesuatu yang berunsur ibadah asalnya perbuatan itu diharamkan kecuali jika terdapat di dalam Al-Quran mahupun hadis. Oleh sebab itu, mengadakan kursus dengan tujuan memahami tarikh lahir merupakan ramalan dan takutlah dengan pesanan Rasullulah saw bahawa orang yang mendatangi peramal (tukang nujum) tertolak amal ibadatnya 40 hari dan dalam hadis yang lain menyebut jika ia percaya, dia telah kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi saw (Al-Quran).
Hanya masyarakat minda kelas kedua sahaja yang percaya hal ini, sedangkan mereka meninggalkan ilmu-ilmu yang wajib dituntuti dengan tarikh lahir dan tandatangan. Semoga Allah memberi taufik kepada golongan ini dan kembali kepada Islam yang syumul Amin.

6 Comments
March 15th, 2010 at 2:21 am
Dr. Fadzilah Kamsah pernah mendedahkan rahsia di sebalik tandatangan kita dlm slot rncgn Wanita Hari Ini(WHI)..menurut beliau,bukan shj jnis tndtgn bahkan jenis tulisan juga sdikit sbyk mmpengaruhi perlakuan kita slama ini.sy jd musykil. adkh ini jg termasuk dlm pkara syirik??? krn apa yg kt thu beliau mnyatakn smua ini bdasarkn kajian/penelitiannya slma bertahun.
March 27th, 2010 at 9:49 am
biasa la tu, bila dah bukan produk sendiri, semuanya kena kutuk, semuanya bidaah dan macam-macam lagi.
mmg la tak ada “sebijik” perkataan rahsia tarikh lahir dalam al quran tu….
bukankah Allah suruh kita kenal diri kita?
March 28th, 2010 at 1:57 pm
Allah suruh kenali diri melalui tarikh lahir ke?
April 13th, 2010 at 8:25 am
pembohongan rahsia tarikh lahir
http://www.youtube.com/watch?v=F8GGxtUAOI0
August 1st, 2010 at 2:42 pm
Salam…
Menarik ulasan artikel tersebut. Izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan.
Ada pelbagai cara untuk mengenal diri kita. Ilmu penomboran adalah satu cabang ilmu yang melalui kajian berterusan. Ia sama seperti ilmu sains yang lain seperti biologi, fizik dan kimia.
Apa yang dimaksudkan sebagai sains? Ia boleh dipelajari oleh sesiapa saja dan boleh dibuktikan di atas kertas, seperti juga ramalan cuaca, dan ia bukan satu tekaan/tilikan atau apa saja yang melalui deria ke 6. Bermakna satu analisis yang bersifat RAWAK
Nombor bukan satu bentuk kepercayaan, ia dijadikan sama seperti kejadian yang lain dan ia cuma satu petunjuk untuk memudahkan perjalanan. Nombor sama seperti kita, ada jasad (boleh ditulis), bergetar dan berterusan sehingga dunia tiada lagi.
Segala apa yang telah dijadikan itu ada ukurannya. Selagi duduk di atas muka bumi ini semua nya boleh dihitung kerana setiapnya mempunyai ukuran masing-masing.
Dalam ISLAM mudah saja… Sekiranya anda Was-Was dengan konsep atau penggunaan Ilmu Penomboran ini. Jangan guna.
Segalanya datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Wallahualam.
September 20th, 2011 at 7:53 pm
baguih sgt la tu… hpa hanya tau bila kutuk pengarah buang org terus…tu la pengarah urusan hpa tidak boleh terima pandangan org lain dia ja yang betul.. tapi bila di kaji balik, kata org ramai tu betul, cuma pengarah urusan hpa mail mana mail babi tu yg tidak boleh terima pandangan orang lain… huh betul la la ni bini bini dia la yang menguruskan hpa tu hahahaha ust samad pun sama… staf di pejabat urusan zon utara semua sama.. saya nasihatkan kepada semua rakyat malaysia mari kita semua boikot hpa sebab dia guna barang yang tidak hahlal ini terbukti melalui ayam organik tu. bukan organik pun hanya pada nama sahaja.