Author Archive
Produk Yang Diberhentikan Pengeluaran
Posted by: | CommentsBerikut adalah senarai produk HPA yang telah diberhentikan pengeluarannya. Harap maklum.
Boikottttttt Lagi
Posted by: | CommentsPersatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.
Minuman Coca-Cola itu sendiri sebenarnya tidak elok, ia tidak lebih daripada karbonat, pewarna, asid, perisa, air yang dimaniskan yang berbahaya kepada kesihatan. Syarikat Coca-Cola juga tidak dapat lari daripada kontroversi kerana didakwa mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara.
Tidak dapat dinafikan bahawa minuman ringan yang dipenuhi dengan gula seperti Coca-Cola mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia dengan purata 26 sudu teh gula sehari diambil oleh setiap rakyat Malaysia.
Ujian oleh CAP mendapati minuman ringan di dalam tin mempunyai kandungan gula antara 4 – 8 sudu teh dan Coca-Cola mengandungi 7 sudu teh gula. Apabila Syarikat Coca-Cola merancang untuk mensasarkan belia Malaysia, kami bimbang akan implikasi kesihatan yang akan dibawa olehnya.
Gula bukanlah sebahagian daripada diet semula jadi kita, jadi walaupun satu tin minuman ringan diambil sehari, ia adalah tidak sihat dan tidak perlu sama sekali. Malah pada hakikatnya terdapat lebih daripada 60 penyakit yang telah dikaitkan dengan pengambilan gula dalam dokumen perubatan. Kerajaan Malaysia melalui kementeriannya menjalankan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula. Adalah menjadi satu ironi untuk membenarkan pembinaan kilang Coca-Cola di Malaysia memandangkan ia jelas merendahkan usaha untuk mengurangkan pengambilan gula.
Kami amat bimbang bahawa lebih ramai orang yang akan dijangkiti dengan penyakit yang dikaitkan dengan gula dan obesiti dengan menjemput Syarikat Coca-Cola untuk membina kilang pembotolan di negara ini dan berdasarkan strategi pemasarannya. Adakah kerajaan melakukan penyelidikan yang sempurna sebelum meluluskan pelaburan ini, yang jelas diluluskan secara cepat sepertimana yang dilaporkan bahawa syarikat itu hanya mengambil masa empat bulan selepas perbincangan awal untuk menubuhkan kilang itu di sini.
Bagaimana dengan permintaan untuk air bagi kilang ini? Berapa banyakkah air yang akan digunakan oleh kilang ini dan dari mana sumber air ini akan diambil? Baru-baru ini terdapat laporan berhubung catuan air di Seremban akibat kemarau panjang dan kekurangan hujan di kawasan tadahan air. Kekurangan air ini akan kerap berlaku akibat kesan daripada perubahan iklim.
Selepas kilang Coca-Cola ini mula beroperasi, kami bimbang air yang amat diperlukan oleh orang ramai ini akan dialihkan kepada pihak industri. Perkara ini perlu diambil serius memandangkan Syarikat Coca-Cola mempunyai reputasi yang buruk dalam bentuk konflik dengan komuniti dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan air. Jawapan kepada kekurangan air bukanlah dengan membina lebih banyak empangan kerana empangan boleh menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar.
Perjuangan untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan kehilangan pendapatan daripada pertanian.
Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan Guatemala.
Kami berpendapat pembinaan kilang Syarikat Coca-Cola ini akan menjejaskan komuniti, kesihatan awam dan alam sekitar. Sehubungan itu, CAP menuntut agar kerajaan Malaysia membatalkan rancangan untuk membina kilang Coca-Cola di negara ini.
SM Mohamed Idris
6 Produk Kosmetik Diharamkan
Posted by: | CommentsKUALA LUMPUR: Bagi memastikan golongan wanita tempatan tidak teraniaya, enam produk kosmetik import diharamkan serta-merta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikenal pasti boleh mencacatkan wajah selain turut mampu membawa maut.
Keenam-enam produk kosmetik import berkenaan dikenal pasti mengandungi racun berjadual iaitu kimia ‘hydroquinone’ dan ‘tretinoin’ yang ditakuti berikutan boleh membunuh sel kulit wajah selain meresap ke dalam saluran darah. Dalam beberapa kes dilaporkan sebelum ini, hydorquinone bertindak balas dalam aliran darah pengguna seterusnya menyebabkan barah, kemandulan, penyakit hati dan ginjal, sekali gus mengancam nyawa wanita yang memakainya.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman, berkata enam produk diharamkan berkenaan adalah Temulawak Whitening Pearl Creamv Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beuty Renewel Night Cream, Chantique Whitening Night Cream, Treatment No 1 dan Treatment No 2.
Menurutnya, penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor. “Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit. “Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Berita ini boleh dijadikan pedoman untuk kita agar tidak terburu-buru membeli produk-produk kosmetik yang sengaja dilambakkan di pasaran oleh pihak-pihak tertentu demi mengaut untung. HPA juga telah mengambil inisiatif memperkenalkan produk kosmetik yang bermutu dan halal untuk memenuhi permintaan para ahli dan pengedarnya.

===> http://blog.hpa-online.net/category/produk-kosmetik/
Sumber : Harian Metro
7 Ciri Positif Orang Berjaya
Posted by: | Comments
1. Orang yang positif semakin tercabar, semakin kuat berusaha. Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin – apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran; berkecai.
Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam “exhaust pipe”, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YAB Dr. Mahathir. Semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi idea-idea beliau. Dunia amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir.
2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan. Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!
Aristotle Onassis, jutawan Greek, asalnya seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk mencari penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat bankrap. Tetapi Onassis telah nampak satu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang. Kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga murah.
Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu telah boleh digunakan. Ia telah gunakanya untuk mengangkut barang-barang dan minyak. Dari sinilah permulaan sebenar bagaimana Onassis menjadi seorang jutawan. Begitulah kelebihan Onassis. Sedang orang lain berada dalam keadaan negatif, beliau bertindak secara positif.
3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Pelbagai contoh kejayaan yang menjadi sejarah membuktikan bahawa sikap positiflah yang membawa kejayaan kepada mereka yang mencapai kejayaan besar dalam kehidupan. Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, “Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh”. Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi.
4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri. Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat”.
Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina. Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri – berdikari.
5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan. Seseorang yang bersikap positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.
Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar – sebab pendek. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.
Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada orang lain. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis – menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya tadilah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.
6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain. Orang-orang yang bersikap positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.
Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak. Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa battalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Lincoln yakin akan penerangan Stanton itu lalu terus menarik balik rancangannya tadi.
Sebaliknya, Presiden Suharto yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia akhirnya terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya teringat kata-kata Dr. Mahathir yang kira-kira bermaksud “Don’t overstay.” “Kalau nak berhenti makan, berhenti masa tengah sedap makan.”
7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh. “Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut.” Bidalan – Pepatah Melayu; Penjelasan: Penakut tidak dapat apa-apa.
Sumber : Blog abualghida
Tarikh Lahir Dan Tandatangan
Posted by: | Comments
Pelbagai kursus tentang tarikh lahir kini muncul dalam pasaran. Mudah-mudahan ahli-ahli HPA mahupun pemimpin-pemimpinnya apatah lagi PJS tidak terlibat dalam program sedemikian. Menentukan seseorang (apa sahaja) berdasarkan tarikh lahir, sesuatu yang tidak ada dalam Islam. Apatah lagi jika kepercayaan ini menjadi aqidah atau sebagai pegangan, sudah tentulah akan menyebabkan berlakunya gejala syirik. Nauzubillah.
Jika anda dapat mengetahui nasib melalui tarikh lahir mahupun tandatangan sudah tentu anda dapat mengetahui perkara yang ghaib (akan datang ), sedangkan Rasulullah saw sendiri menyatakan baginda pun tidak mengetahui perkara akan datang kecuali sesudah mendapat wahyu. Ajaran menentukan nasib berdasarkan tarikh lahir benar-benar bidaah yang sesat lagi menyesatkan.
Sesuatu yang berunsur ibadah asalnya perbuatan itu diharamkan kecuali jika terdapat di dalam Al-Quran mahupun hadis. Oleh sebab itu, mengadakan kursus dengan tujuan memahami tarikh lahir merupakan ramalan dan takutlah dengan pesanan Rasullulah saw bahawa orang yang mendatangi peramal (tukang nujum) tertolak amal ibadatnya 40 hari dan dalam hadis yang lain menyebut jika ia percaya, dia telah kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi saw (Al-Quran).
Hanya masyarakat minda kelas kedua sahaja yang percaya hal ini, sedangkan mereka meninggalkan ilmu-ilmu yang wajib dituntuti dengan tarikh lahir dan tandatangan. Semoga Allah memberi taufik kepada golongan ini dan kembali kepada Islam yang syumul Amin.

