Author Archive

Mar
19

7 Ciri Positif Orang Berjaya

Posted by: HPA Online Network | Comments (0)

7 Ciri Positif Orang Berjaya1. Orang yang positif semakin tercabar, semakin kuat berusaha. Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin – apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran; berkecai.

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam “exhaust pipe”, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YAB Dr. Mahathir. Semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi idea-idea beliau. Dunia amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir.

2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan. Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!

Aristotle Onassis, jutawan Greek, asalnya seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk mencari penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat bankrap. Tetapi Onassis telah nampak satu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang. Kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga murah.

Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu telah boleh digunakan. Ia telah gunakanya untuk mengangkut barang-barang dan minyak. Dari sinilah permulaan sebenar bagaimana Onassis menjadi seorang jutawan. Begitulah kelebihan Onassis. Sedang orang lain berada dalam keadaan negatif, beliau bertindak secara positif.

3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Pelbagai contoh kejayaan yang menjadi sejarah membuktikan bahawa sikap positiflah yang membawa kejayaan kepada mereka yang mencapai kejayaan besar dalam kehidupan. Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, “Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh”. Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi.

4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri. Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat”.

Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina. Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri – berdikari.

5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan. Seseorang yang bersikap positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar – sebab pendek. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.

Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada orang lain. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis – menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya tadilah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain. Orang-orang yang bersikap positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak. Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa battalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Lincoln yakin akan penerangan Stanton itu lalu terus menarik balik rancangannya tadi.

Sebaliknya, Presiden Suharto yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia akhirnya terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya teringat kata-kata Dr. Mahathir yang kira-kira bermaksud “Don’t overstay.” “Kalau nak berhenti makan, berhenti masa tengah sedap makan.”

7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh. “Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut.” Bidalan – Pepatah Melayu; Penjelasan: Penakut tidak dapat apa-apa.

Sumber : Blog abualghida

Categories : Tips Keusahawanan
Comments (0)
Mar
15

Tarikh Lahir Dan Tandatangan

Posted by: HPA Online Network | Comments (6)

Tarikh Lahir Dan TandatanganPelbagai kursus tentang tarikh lahir kini muncul dalam pasaran. Mudah-mudahan ahli-ahli HPA mahupun pemimpin-pemimpinnya apatah lagi PJS tidak terlibat dalam program sedemikian. Menentukan seseorang (apa sahaja) berdasarkan tarikh lahir, sesuatu yang tidak ada dalam Islam. Apatah lagi jika kepercayaan ini menjadi aqidah atau sebagai pegangan, sudah tentulah akan menyebabkan berlakunya gejala syirik. Nauzubillah.

Jika anda dapat mengetahui nasib melalui tarikh lahir mahupun tandatangan sudah tentu anda dapat mengetahui perkara yang ghaib (akan datang ), sedangkan Rasulullah saw sendiri menyatakan baginda pun tidak mengetahui perkara akan datang kecuali sesudah mendapat wahyu. Ajaran menentukan nasib berdasarkan tarikh lahir benar-benar bidaah yang sesat lagi menyesatkan.

Sesuatu yang berunsur ibadah asalnya perbuatan itu diharamkan kecuali jika terdapat di dalam Al-Quran mahupun hadis. Oleh sebab itu, mengadakan kursus dengan tujuan memahami tarikh lahir merupakan ramalan dan takutlah dengan pesanan Rasullulah saw bahawa orang yang mendatangi peramal (tukang nujum) tertolak amal ibadatnya 40 hari dan dalam hadis yang lain menyebut jika ia percaya, dia telah kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi saw (Al-Quran).

Hanya masyarakat minda kelas kedua sahaja yang percaya hal ini, sedangkan mereka meninggalkan ilmu-ilmu yang wajib dituntuti dengan tarikh lahir dan tandatangan. Semoga Allah memberi taufik kepada golongan ini dan kembali kepada Islam yang syumul Amin.

Categories : Artikel
Comments (6)

KONSERT HPA RAIHAN - “Malam Satu Mimpi”

Beli mana-mana minuman bikarbonat diatas sebanyak 36 botol dalam satu invois untuk mendapatkan 1 kopon masuk percuma ke konsert HPA RAIHAN dimana-mana pertunjukan di 5 tempat seluruh Malaysia.

Persembahan konsert HPA Raihan yang dikenali sebagai “Malam satu Mimpi” akan diadakan tidak lama lagi. Tiket-tiket akan dijual dengan hargarm30 dan boleh dibeli di cawangan-cawangan HPA mulai 15 januari 2010. Malam satu Mimpi (MSM) mengajak seluruh ahli HPA ataupun bukan ahli bagi menikmati persembahan nasyid dari kumpulan Raihan dan pembacaan puisi-puisi HPA bagi tujuan mengumpul dana untuk “Tabung kemanusiaan Palestin”.

Tiket masuk juga boleh diperolehi dengan membeli 36 botol minuman air berkabonat HPA spt cola Radix botol besar. (dalam satu invoice) dan akan mendapat 1 kupon masuk percuma. Pembelian tidak ada had dan bermula pada 1 januari hingga akhir Februari 2010.

Persembahan ini akan dibuat di lima zon (utara,tengah,selatan,timur dan Borneo) pada masa yang akan di tentukan nanti . Disamping itu pehak AWM juga menyediakan cabutan-cabutan bertuah pada malam tersebut. InsyaAllah.

Bayangkan jika 500 ribu ahli HPA membeli 36 botol setiap seorang, maka sebanyak 18 juta botol berjaya dijual dengan kos jualan sebanyak RM3.00 X 18 juta = RM54 juta. 5% daripada RM54 juta disumbangkan kepada Palestine : RM54 juta X 5% = RM270,000.
Bermakna RM270 ribu berjaya disumbangkan kepada Tabung Palestine…InsyaAllah.

Categories : Al-Wahida Marketing
Comments (0)
Dec
16

Sifat Kepimpinan HPA

Posted by: HPA Online Network | Comments (0)

PJS Muslim

Kita semua pernah mengalami situasi yang memerlukan keberanian dan keyakinan diri. Adakah anda masih ingat semasa mula-mula belajar membawa basikal? Kita berasa takut kerana tidak pernah mencubanya tetapi kita beranikan diri dan setelah banyak kali terjatuh, akhirnya kita berjaya membawa basikal. Kita semua mesti dan akan mengalami perkara-perkara baru begini dalam hidup dan melaluinya kita akan mendapat pengalaman yang sangat berharga sebagai panduan hidup.

PJS Muslimat

Kenapa kita berjaya melaluinya?
Sebab kita berani untuk melakukan dan kadangkala kita akan berhadapan dengan situasi yang menyebabkan kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali menghadapi dengan penuh keberanian dan keyakinan. Cuba lihat waktu kita mengambil peperiksaan SPM dahulu, kita berasa takut, gemuruh dan cemas namun kita tetap menduduki peperiksaan tersebut sebab kita tidak mahu usaha kita membaca buku, menyiapkan tugasan guru, menghadiri kelas tuisyen dan kelas tambahan menjadi sia-sia sahajakan. Oleh itu kita tetap menghadapinya dengan berani.

Jadi di dalam hidup ini, kita tetap akan menempuhi pelbagai halangan walaupun terpaksa berhadapan dengan seratus, seribu ataupun sejuta halangan. Kita harus “MENEMPUHINYA DENGAN BERANI”.

“Kepuasan sebenar dalam hidup ini ialah melakukan sesuatu yang ramai orang fikir Mustahil untuk kita lakukan”

Categories : Usahawan HPA
Comments (0)

Madu

Madu lebah asli pun boleh dibuat terutama madu lebah yang dihasilkan oleh lebah ternak. Madu lebah asli di sini bermaksud madu itu asli dikeluarkan oleh perut lebah namun cara lebah mendapat madu itu kurang asli kerana ada sesetengah lebah ini diberi makan gula merah.

Caranya sebungkus gula merah diletakan berdekatan dengan sarang lebah. Jadi lebah pekerja ini tidak perlu pergi jauh untuk mencari madu. Lebah pekerja ini cuma perlu makan gula merah dan hasilkan madu dari gula berkenaan. Begitu juga ada sesetengah pengumpul madu membawa gula ke dalam hutan dan diletakkan di pangkal pokok yang mempunyai sarang lebah. Jadi mereka akan mendapat  madu yang lebih banyak. Pelaburan sekilo gula dengan sekilo madu yang dihasilan amat besar untungnya.

Manakala madu lebah tipu adalah air gula yang pekat dimasak secara pelahan-lahan kemudian sedikit asid makanan seperti asid sitrik di tambah. Asid sitrik akan memecahkan gula kepada glukosa dan fruktosa dan warnanya likat seperti madu. Madu sebahagian besar terdiri daripada gula glukosa dan fruktosa manakala gula pasir adalah sukrosa (sukrosa adalah campuran glukosa dan fruktosa).

Sumber : Sobhis HPA

Categories : Produk Halal HPA
Comments (3)