Author Archive

Produk-produk herba yang dikeluarkan oleh HPA mempunyai keistimewaanya dibandingkan dengan herba-herba yang lain. Disini senarai 10 keistimewaan produk-produk herba HPA :-

  1. Ia adalah resepi yang telah dipeturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
  2. Pengalaman dalam penyembuhan pelbagai jenis penyakit telah diakui.
  3. Mempunyai kaedah sinergi yang berkesan.
  4. Herbanya datang dari penanaman organik atau herba hutan asli.
  5. Tidak mendatang kesan sampingan jika tersalah pengambilan.
  6. Produk yang banyak mengikut kesesuaian pesakit.
  7. Di bantu dengan gabungan alamiah dan ilahiah.
  8. Dwifungsi iaitu untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
  9. Herba-herba tempatan (hutan hujan Tropika) yang mengandungi khasiat ubatan yang tinggi.
  10. Murah dan sudah pasti HALALnya.

2010 - Menguasai Pasaran Herba Di dunia

Categories : Produk Halal HPA
Comments (1)
Dec
14

Kiosk Radix Jagung Manis

Posted by: HPA Online Network | Comments (7)

Alhamdulillah, kita telah meneruskan langkah kita dengan menawarkan satu lagi pilihan produk Halalan wa Thoyyiba kepada umat Islam melalui rangkaian kumpulan syarikat HPA iaitu Radix Jagung Manis Sdn. Bhd. Kiosk pertama yang kini telah beroperasi letaknya di anjung premis RFC Laguna Merbuk.

Radix Jagung Manis

Plot 2, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah. Tel: 04 441 2871

Antara menu yang sedang menanti anda adalah :-

i) Drinks : Mango, Roselle, Asiatica (RM1.50)

ii) Corn : Sweet Corn in a Cup, Pop Corn (RM2.00)

iii) Ice Cream : 1 scoop with Sprinkle Radix Koko/Kopi (RM1.20), 2 scoop (RM2.00)

iv) Waffle :

  1. Half : Honey, Radix Chocolate, Sweet Corn, Sardin (RM3.50), Royal Cheese, Radix Satay (RM4.50)
  2. Full : Blueberry, Strawberry, Kaya (RM2.00), Peanut Butter, Chocolate, Cappucino, HPA Roselle, HPA Pineapple (RM2.50)
  3. Waffle + 1 scoop ice cream (RM6.50)

v) Kaya Ball - 10 pieces (RM2.00)

Waktu operasi adalah dari jam 9.30 pagi - 10.30 malam.

Sambil menikmati ayam organik RFC, bolehlah anda membuat pesanan untuk membungkus waffle untuk dibawa pulang daripada staf yang bertugas.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
“Seseorang tidaklah mengisi kantung yang lebih buruk daripada perut, cukuplah seseorang itu memakan beberapa suap makanan agar boleh menegakkan tulang punggungnya. Jika harus (makan banyak) sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk meminumnya, dan sepertiga lagi untuk nafasnya.”
(Shahihul Jami’ (5674), Syaikh Al-Abani berkata, “Shahih.”)

Categories : Radix Jagung Manis
Comments (7)
Dec
09

Insentif Konvek HPA 2010

Posted by: HPA Online Network | Comments (0)

Insentif Ta’awun 2010

Pemulaan bulan insentif : Dis 2009
Penamat bulan insentif : Sept 2010

Matlamat

  1. Memudahkan pengedar memahami dan mengejar sasaran tersebut
  2. Mengaktifkan PBC dan memastikan upline melakukan proses pembinaan jaringan
  3. Menuju kearah pencapaian jualan RM 20juta (Malaysia Sahaja)

Syarat

  1. Mencapai jualan RM 20 juta (Malaysia Sahaja )
  2. Bagi semua kategori

Jangkaan Tarikh KONVEK

  1. Disember 2010
  2. Lokasi akan diumumkan kemudian

INSENTIF

Katagori Pertama

  1. Terbuka kepada semua pengedar HPA yang berdaftar di Malaysia.
  2. Melakukan minima nilai mata peribadi 200NM selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 2000NM hingga 2999.99 NM akumulatif.

Atau

  1. Melakukan minima nilai mata peribadi 300 keatas selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 3000NM akumulatif
  2. Bagi yang baru mendaftar sebagai pengedar juga dimestikan melakukan jumlah akumulasi sebanyak yang disyaratkan.

Hadiah pasti adalah

  1. 200NM - 299NM atau akumulasi 2000NM - 2999.99NM - pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM300 .00
  2. 300NM ke atas atau akumulasi 3000NM dan ke atas - pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM500.00

Hadiah cabutan bertuah- 100 unit barangan elektrik –jenis pensonic

Grand Prize - 30 unit air Cooler atau yang setaraf yang bernilai RM1000.00

Kategori Kedua

  1. Terbuka kepada PB hingga ke Pengarah Meranti (status mulai Dis 2009)
  2. Melakukan maintain 300NM atau akumulasi 3000NM
  3. Mencapai pangkat Pengarah Jati ke Atas dalam tempoh bulan Insentif dan mesti mencapai bonus RM1000.00 semasa pangkat Pengarah Jati ke Atas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok).

Insentif merupakan pakej melancong ke Indonesia (Pulau percutian Makasar) selama 5 hari 4 malam untuk seorang atau pakej yang setaraf dengannya.

Top 20 Bonus tertinggi untuk kategori ini akan menerima pekej percutian ke Indonesia(Pulau Percutian Makasar) untuk 2 orang selama 5 hari 4 malam atau pakej yang setaraf dengannya.

Kategori Ketiga

  1. Terbuka kepada Pengarah Jati dan keatas
  2. Melakukan maintain 350 NM atau akumulasi 3500NM
  3. Membina PJ di mana-mana aras selagi belum bertemu PJ dalam bulan Insentif. (Dis 2009 – Sept 2010)
  4. PJ yang dibina mesti mencapai bonus minima RM1000 (Malaysia) dan Rp3juta (Indoneisa) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok).
  5. PJ yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya daripada 2 rangkaian yang berbeza

Insentif yang ditawarkan adalah bagi pencapaian mengikut kategori seperti berikut :-

Mencapai 2 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (seorang)
Mencapai 3 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (berdua)
Mencapai 4 Pengarah Jati : Umrah (seorang)
Mencapai 5 Pemgarah Jati : Umrah (berdua)
Mencapai 6 Pengarah Jati dan keatas : Haji (seorang)

Katagori Keempat

  1. Melakukan maintain 200NM atau akumulasi 2000NM
  2. Pengiraan bonus adalah di jumlahkan kepada purata perbulan.

1. Top 1 hingga 30 Bonus Tertinggi Malaysia(tidak termasuk bonus jualan stok) - nilaian hadiah RM 60 ribu .
2. Top 31 hingga 60 bonus tertinggi Malaysia (tidak termasuk bonus jualan stok) - nilaian hadiah RM 40 ribu

Download

GEMPUR RADIX!

Categories : Al-Wahida Marketing
Comments (0)

KOSMETIK LEMAK MANUSIA. Lemak manusia RM50,820 seliter, dijadikan sabun,pelincir,ubat dan krim kecantikan. Berlaku di Peru Lima, bagaimana penduduk tempatan telah dijadikan mangsa memperdagangkan lemak dan tisu manusia sebagai bahan kosmetik di Eropah.

“Lemak (manusia) itu dibeli oleh konspirator Itali sebelum dihantar untuk pengkomersialan ke makmal di Eropah, “ kata Pendakwa raya Jorge Sans Quiroz. Kes ini mula terbongkar berikutan penemuan sebotol lemak manusia yang cuba diseludup keluar dari bandar Hua-nuca Andes ke Lima baru-baru ini.

Pihak berkuasa perubatan telah dihubungi agensi berita The Associated Press berkata ,lemak manusia digunakan sebagai agen antipenuaan tetapi sering didapati daripada ekstrak lemak pesakit yang menjani prosedur membuang lemak dibahagian perut dan dan punggung.

Kosmetik Lemak Manusia

Pakar kulit Universiti Yale,Dr.Lisa Do-nofrio mendakwa, “ Ekstrak lemak manusia “ dapat membantu kulit menjadi segar. “ Ada risiko reaksi imunologi yang boleh membawa maut jika lemak manusia digunakan,”kata profesor dematologi Cornell Weill Medical College di New York, Dr.Neil Sadick.

Hati-hatilah kepada rakan-rakan seperjuangan inginkan kejelitaan, nampak menarik namun pemilihan komestik biarlah teliti, biarlah sah logo halalnya, kadang-kadang elok di mata, kesannya bukan sahaja haram tetapi kesan sampingannya memburukkan kecantikan. Pilihan paling tepat ialah produk komestik HPA, centella white untuk pilihan pengguna yang pentingkan halal lagi suci.

Kosmetik HPA

Sumber : KOSMO 21 November 2009

Categories : Artikel
Comments (0)

HPA Auto Services

Alhamdulillah, baru-baru ini HPA telah pun mewujudkan satu lagi cabang perniagaan yang baru iaitu pembukaan sebuah bengkel kereta yang dinamakan HPA Auto Services. Bengkel ini bertujuan memberi kemudahan kepada ahli-ahli HPA untuk membaiki kereta mereka di sini. Perkhidmatan yang diberikan adalah amat berpatutan.

Terletak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah sememangnya lokasi yang strategik. Selain itu HPA Auto Services ini membuka peluang kepada anak-anak ahli HPA untuk bekerja atau membuat praktikal mereka selepas tamat pengajian di dalam bidang kemahiran automotif. Tidak mustahil jugak suatu hari nanti HPA Auto Services ini menjadi one stop center dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam membaiki kereta.

Insyallah, marilah kita mendoakan agar cita-cita Pengarah Urusan kita ini dapat direallisasikan bersama. Akhir kalam dari penulis, bersama memajukan ekonomi ummah seantero dunia.

Categories : HPA Auto Services
Comments (1)