Author Archive

Terbuka kpd semua pengedar.

Program Khas Laluan Ke Puncakjaya (PKLP) pada 25 Sept 2011 (8pg - 6ptg) di HPAic Shah Alam.

Penyertaan adalah PERCUMA! Maintain 50NM pd hari program utk kenaikan pangkat PLX. Pendaftaran sila sms nama, no IC dan Hp ke 0194490082, 0136265260, 0194554564, 0132110267.

Gempur… RADIX!. Sebarkan kpd rangkaian tuan di Lembah Klang.

Categories : Al-Wahida Marketing
Comments (0)

Insentif ESP 2011, berita gembira untuk ahli-ahli HPA. Anda berpeluang memenangi sebuah iPad.

Comments (0)
Sep
06

Duri duri peniagaan

Posted by: Ridzuan | Comments (1)

Bisnes bukan gimik tetapi adalah realiti. Ahli HPA mestilah matang dalam menghadapi segala mehnah perniagaan, lebih-lebih lagi apabila ia menjadi besar kerana pesaing di pasaran tidak akan memberikan laluan mudah untuk mengambil pasaran yang sedia ada. Sikap tidak percaya kepada keupayaan umat Islam dalam bidang perniagaan juga merupakan faktor yang akan menarik bisnes ke bawah.

Kadangkala bisnes yang kecil mudah mendapat sokongan pengguna dibandingkan bisnes besar yang setiap hari bertambah perasaan hasad di kalangan kaum sendiri. Bukan mudah untuk memuatkan laporan dan berita berupa iklan dalam surat kabar kerana iklan percuma hanya diberikan ketika mengulas isu-isu negatif tentang kelemahan bisnes sahaja.

Kita perlu belajar daripada bangsa-bangsa yang maju pada hari ini kerana bagi mereka bisnes adalah satu pakej perjuangan dalam kehidupan. Mereka berniaga kerana keperluan dan minat yang mendalam sekalipun dalam situasi perang. Sebagai contohnya beberapa buah syarikat Korea didapati mengembangkan perniagaan mereka ketika Iraq di ambang peperangan. Begitu juga ketika dunia masih belum menjengok benua Afrika, syarikat besar dari Korea dan China sudah pun membangunkan potensi bisnes di sana.

Syarikat muslim sepatutnya mengambil pelajaran ini dari hanya bergantung kepada publisiti dan gimik bisnes dalam negeri. Kita perlu meluaskan wawasan bisnes dengan gagasan ekonomi produk halal dunia. HPAic yang menjadi pusat pertemuan peniaga muslim sedunia akan terus menggiatkan program “Network Matching” bukan hanya dalam negara tetapi seluruh dunia Islam.

Rakan bisnes sedunia perlu diramaikan bagi membangkitkan isu halal sebagai isu global meskipun pada masa kini, bisnes halal dikuasai oleh negara yang minoriti umat Islam. Bagi HPA yang mewakili bisnes 100% milik bumiputra bukan sahaja berhadapan dengan cabaran production untuk menyediakan bahan asas kepada barang siap (A to Z) tetapi kita juga terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang dan kejatuhan jualan. Syarikat-syarikat gergasi akan mempertahankan market mereka sementara HPA terpaksa bergelut dengan keyakinan ummat dan keperluan modal yang tinggi.

Inilah yang dikatakan jihad dalam perniagaan dan kita boleh berniaga kerana kita adalah seorang hamba Allah yang yakin 100% tentang keberkatan dan janji baik dari sebuah perjuangan dan kepada semua ahli-ahli HPA perlulah matang dan jangan terperangkap dengan isu- isu negatif harian.

-Pengarah Urusan-

Comments (1)
May
19

Jawi Water Filter

Posted by: Ridzuan | Comments (2)

Jawi Water Filter ini adalah alat penapis air kedua yang dikeluarkan HPA selepas Water Filter Dew. Kini sudah mula berada di cawangan HPA.

KEISTIMEWAAN JAWI WATER FILTER

  1. Bersih dan Semulajadi.
  2. Mempunyai molekul air yang halus.
  3. Mudah diserap oleh sel-sel badan (kerana molekul air yang halus: filter yang terdapat dalam Jawi Water Filter berupaya menghasilkan molekul air yang halus ).
  4. Mempunyai pH air beralkali 8.5 hingga 9.2.
  5. Mempunyai mineral yang tinggi (juga kerana filter air Jawi Water Filter berupaya membekalkan garam mineral kepada air yang telah ditapis).
  6. Oleh kerana molekul air halus air Jawi Water Filter dapat menyerap oksigen dengan lebih banyak, jadi air Jawi Water Filter mempunyai tahap oksigen yang tinggi.

PENAPIS 1 (Blok Karbon dan Seramik)

Fungsi Bahan:
-Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan
sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bakteria.

*Jangka hayat: Tukar bila pecah

PENAPIS 2 (Pre Activated Carbon Filter)

Fungi Bahan:
-Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bakteria.

*Jangka hayat: 1 tahun

PENAPIS 3 (Activated Carbon Block & Finest Activated Carbon & KDF)

Fungsi Bahan:
-Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, disamping mengawal kestabilan air, bakteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.

*Jangka hayat: 2 tahun

PENAPIS 4 (Mineral Stone (300g) & Bio Ceramic Ball (300g))

Fungsi Bahan:
-Menggantikan ion keras seperti megnesium dan kalsium yang terkandung dalam air keruh dengan ion lembut seperti natrium dan kalium.
-Menstabilkan nilai pH air.

*Jangka hayat 2 ½ tahun

PENAPIS 5 (Alkali Ball)

Fungsi Bahan:
-Membantu menyalurkan air alkali yang bermanfaat bagi tubuh manusia.
-Meningkatkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel untuk meningkatkan kekebalan tubuh sistem dan fungsi detoksifikasi.

*Jangka hayat 1 ½ tahun

PENAPIS 6 (High Density Carbon Block)

Fungsi Bahan:
-Sesuaikan air ke tahap optimum alkali ringan.
-Meningkatkan ion kalsium.
-Meningkatkan kandungan oksigen air.

*Jangka hayat 2 tahun

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 1700
Sabah & Sarawak: RM 1900

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia: RM 1100
Sabah & Sarawak: RM1300

Nilai Mata: 300 NM

Categories : Produk Halal HPA
Comments (2)
Mar
07

RFC Ipoh Kini Di Buka

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

RFC Ipoh Kini Di Buka.Telah beroperasi hari ini 28hb Feb 2011 di alamat No.13 Bangunan Komas, Jalan Keledang Raya 22, Taman Alkaf, 30100 Ipoh Perak.

Pengemar produk halalan toyyiba IPOH wajib hebahkan kepada rakan taulan supaya jualan RFC Ipoh mengatasi semua jualan RFC tempat lain. Buktikan orang IPOH cintaikan Produk Halalan Toyyiba.

Comments (0)