Author Archive

Feb
20

PERJUANGAN HPA

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

1. PERUBATAN JAWI

“Herba Menuju Kecemerlangan”

· Perubatan Jawi diwujudkan di atas tujuan untuk memperkenalkan Thibbun Nabawi kepada masyarakat zaman sekarang.
· Pengubatan yg menggunakan sumber yang Halal yang berdasarkan pada Alamiyah dan Ilahiyah.
· Suatu usaha untuk mengumpul kembali khazanah pengubatan yang dinamakan Pengubatan JAWI yang bukan dari Timur atau dari Barat tetapi     berdasarkan kepada etika Perubatan Islam yang lebih tinggi dari pengubatan Timur atau Barat.
· Graduan Sijil Herbalis harus menjadi ahli aktif Kelab Alumni Herbalis agar ilmu sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.
· Usaha akan berterusan untuk menjadikan Perubatan JAWI suatu perubatan yang diiktiraf dunia sebagaimana Ayurvedic, Traditional Chinese Medicine (TCM) dan Homeopathy.
· Perubatan JAWI akan dimasukkan di dalam syllabus di MANHAL (Madrasah HPA) iaitu menjadi salah satu lima perkara yang wajib dipelajari oleh semua anak didik MANHAL iaitu

1. Al-Qur’an dan Hadith.

2. Ilmu Perniagaan.

3. Pertanian dan Industri (Pengolahan Sumber Alam)

4. Perubatan JAWI

5. Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia, English, Mandarin dan lain-lain)

2. PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA™

HPA komited untuk mewujudkan produk-produk alternative bagi menggantikan produk-produk yang tidak halal di pasaran dengan Motto PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA™.

3. PENDIDIKAN

HPA juga komited untuk membangunkan sistem pendidikan yang akan melahirkan Generasi Rabbani yang kuat pegangan tauhidnya kepada ALLAH SWT. Generasi yang akan menyambung perjuangan kita semua mengamal dan menyebarkan Perubatan JAWI dan generasi yang memperjuangkan produk-produk Halal ke seluruh dunia. InshaALLAH.

Categories : Berita HPA
Comments (0)

Harga Senarai baru produk HPA 2011.

# Download excel: http://hpa.com.my/produk/harga2011.xls
# Melihat terus di web: http://www.hpa.com.my/produk

Berkuatkuasa 1hb Feb 2011. Harap maklum

Nota: Semua yaang terlibat sila hebahkan

Pertanyaan hubungi Puan Rashidah (049776805) atau En.Kamal (013-4804717)

Categories : Al-Wahida Marketing
Comments (3)

PJS Us. Ramizu bin Abdullah bersama ibunya bergambar diatas pentas selepas dinobatkan sebagai Distributor Of The Year untuk tahun 2010 - 2011.

Konvek HPA, 5 Februari 2011 di PICC Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya. Pelbagai acara diadakan seperti penyampaian anugerah, cabutan bertuah, pelancaran produk baru dan persembahan nasyid dari UNIC dan Munif Hijjaz. Tahniah diucapkan kepada Distributor of The Year HPA 2010 - 2011 iaitu PJM Ustaz Ramizu dan juga semua penerima anugerah. Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada semua ahli HPA untuk berjuang mempromosi produk Halal HPA dengan lebih gigih lagi bagi merealisasikan sasaran mencapai jualan bulanan produk sebanyak RM 25 juta untuk tahun 2011.

Gerai jualan makanan juga turut dibuka diluar dewan PICC seperti Radix Fried Chicken, Radix Pizza House, Radix Chicken House, Radix Organic Recipe, Radix Oriental Cuisine, Aiskrim Toyyibah, promosi produk dari syarikat Melaka Halal Hub dan lain-lain.

Booth-booth seperti jualan produk baru HPA, buku, cenderamata, Koperasi HPA juga sentiasa penuh dikunjungi para ahli HPA dari seluruh Nusantara.

Comments (0)

Hubungan seks penting dalam mengekalkan ikatan kebahagiaan antara pasangan mahram tetapi tidak ramai yang sedar masalah seksual yang boleh menjejaskan kemampuan untuk mengadakan hubungan ini.

Seringkali masalah berkaitan dengan lelaki seperti mati pucuk (Erectile Dysfunction (ED)) ataupun Ejakulsi Pramatang (PE) boleh menjejaskan hubungan intim pasangan.

Statistik

Percaya atau tidak satu Kajian Kejadian Ejakulasi Pramatang Asia Pasifik dan Kajian Sikap (AP PEPA) menunjukkan 29 peratus daripada lelaki di Malaysia mungkin mengalami PE, satu keadaan di mana lelaki tidak dapat mengawal atau melewatkan ejakulasi semasa bersanggama.

Kajian ini merentasi lebih sepuluh buah negara di rantau Asia Pasifik membabitkan lebih 5,000 lelaki heteroseksual berusia antara 18 dan 65 tahun yang terbabit atau sekurang-kurangnya terbabit dalam hubungan seksual selama dua tahun.

Kajian yang sama juga menunjukkan 81 peratus daripada lelaki yang terbabit dalam kajian ini di Malaysia bersetuju atau sangat bersetuju bahawa melewatkan tempoh ejakulasi akan menambahbaik hubungan keseluruhan.

Selain daripada itu, 85 peratus daripada responden juga bersetuju atau sangat bersetuju bahawa dengan melewatkan tempoh ejakulasi akan menambahbaik hubungan seksual dan daripada jumlah itu 90 peratus menunjukkan minat dalam melewatkan ejakulasi.

Minta bantuan

Walaupun bilangan lelaki yang berdepan dengan masalah ini boleh dikatakan agak besar, masih ramai yang memilih untuk merahsiakan masalah ini.

Presiden Persatuan Urologi Malaysia Profesor Dr Azad Hassan Abdul Razack berkata masalah dengan kaum lelaki ialah mereka malu untuk meluahkan masalah seksual.

“Tetapi, apa yang mereka lupa ialah masalah yang lebih besar mungkin muncul jika mereka tidak menangani masalah PE mereka,” katanya.

Walaupun PD tidak seserius ED yang kebanyakan orang memberi perhatian, ia tetap menyumbangkan impak negatif dalam hubungan antara pasangan.

Beliau berkata kebanyakan lelaki malu atau tidak mahu membincangkan masalah ini dengan doktor atau pasangan mereka dan tidak percaya mereka mengalami masalah itu.

“Jadi, mereka mungkin rasa ia sekadar psikologi, tidak benar, masalah minda, ataupun ia sebahagian daripada proses penuaan,” katanya dengan menambah kata lelaki sebenarnya tidak tahu di mana untuk mendapatkan pertolongan dalam hal ini.

Atau mereka mungkin takut yang mereka sebenarnya mengalami ED, takdir yang
paling ditakuti kaum lelaki.

PE dan ED

Menurut Prof Azad, PE dan ED seringkali disalahanggap yang kedua-duanya saling berkaitan tetapi ini tidaklah benar.

PE sentiasa atau hampir sentiasa berlaku sebelum, atau dalam tempoh lebih kurang satu minit selepas mula bersanggama.

“PE berkaitan dengan keupayaan untuk mengawal ejakulasi setiap kali atau hampir setiap kali bersanggama, dan seorang lelaki dengan PE seringkali akan mengalami tekanan, kekecewaan, dan mungkin mengelakkan hubungan seksual,” katanya.

ED di sebaliknya merupakan ketidakupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ereksi zakar dengan secukupnya bagi aktiviti seksual.

Satu lagi perkata, PE sering berlaku kepada lelaki dalam lingkungan usia muda sementara ED lazimnya dialami lelaki yang lebih tua, selepas usia 45 tahun.

Rawatan

Presiden Kehormat Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki Datuk Professor Dr Tan Hui Meng berkata sehingga hari ini tiada penyelesaian perubatan khusus ataupun praktikal bagi PE.

“Tetapi terdapat ubat luaran yang boleh mengakibatkan reaksi buruk ataupun ubat-ubatan yang masih belum diuji dan diluluskan bagi masalah ini,” katanya.

Beliau berkata anestetik luaran termasuk krim dan semburan yang boleh didapati dengan mudah sering digunakan tetapi ia mempunyai kesan buruk seperti alat sulit kedua-dua pasangan berasa kebas dan boleh juga menyebabkan ruam pada kulit.

Sebaliknya, ‘antidepressant’ seperti ‘Selective Serotonin Reuptake Inhibitor’ (SSRI) juga digunakan untuk melewatkan ejakulasi walaupun ia sebenarnya bukan untuk masalah ini.

“Lagipun, ia mungkin mengurangkan tenaga batin dan mungkin memburukkan keadaan daripada PE kepada ED,” katanya.

Bagaimanapun, hari ini terdapat ubat preskripsi terulung iaitu ‘Priligy’ untuk merawat ejakulasi pramatang.

Selain daripada ubat-ubatan, kemungkinan kaedah rawatan lain ialah menerusi ’strategi am’ yang termasuk komunikasi antara pasangan intim atau dengan doktor pakar dan juga pendidikan psikoseksual.

- Bernama

Categories : Artikel
Comments (0)

Keluaran 1 Nov 2010:http://www.hmetro.com.my/articles/HPAmahubukapasarrayabesar/Article
Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini, menyasarkan mempunyai pasar raya besar berkonsep produk halal dan suci keluaran orang Islam sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Keyakinan itu bersandarkan HPA yang juga MLM berkonsep syariah bermula daripada jualan daripada rumah ke rumah sebelum dinaikkan taraf kepada cawangan, halal mart dan terbaru HPA Halal Mall yang dilancarkan pada 2 Oktober lalu.

Majlis pelancaran HPA Halal Mall itu bersamaan dengan perasmian mercu tanda HPA dikenali HPA International Center (HPAIC) yang bernilai hampir RM60 juta di Seksyen 13, Shah Alam Selangor pada hari yang sama, disempurnakan Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad bersama lebih 2,000 Pengarah Jati Setia (PJS) dan ahli syarikat itu dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Brunei.

Ismail berkata, pelancaran HPAIC bermakna ‘gelombang kedua’ yang harus dilalui semua warga syarikat itu selepas kejayaan yang diraih syarikat yang bermula dengan modal permulaan hanya RM3,000 pada 1998, tetapi kini mencatatkan jualan hampir RM20 juta sebulan di Malaysia dan RM3 juta di Indonesia.

“Permintaan produk halal di seluruh dunia tahun ini saja berjumlah RM7.1 trilion dan HPA melihat peluang yang cukup besar untuk HPA kerana perjuangan kita selama ini untuk membawa produk halal dan suci kepada ummah.

“HPA Mall adalah langkah awal untuk kita merealisasikan impian mempunyai emporium produk halal dan suci kita sendiri pada masa depan dengan sasaran kita pasar raya besar di atas jenama kita akan dibuka selewat-lewatnya lima tahun lagi,” katanya.

Menurutnya, HPA yakin pemasaran tidak menjadi masalah kerana selain mempunyai lebih 670,000 ahli yang komited di Malaysia dan 250,000 di Indonesia, Kemboja, Thailand dan Brunei, produk halal dan suci dicari semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Ismail berkata, masalah utama untuk HPA membuka pasar raya besar sekarang ialah faktor kekurangan produk.

“Perancangan HPA ialah selain produk yang kami keluarkan sendiri, syarikat ini juga menjadi pemasar bagi produk orang Islam yang dikenal pasti halal dan suci serta daripada bahan bermutu,” katanya.

Disebabkan itu, katanya, HPA kini melaksanakan program khas untuk mencari usahawan Bumiputera menjadi rakan niaga kepada HPA.

Categories : Artikel
Comments (0)