Salam. 
Tahniah pada semua yang melibatkan diri dan memberikan komitmen dalam usaha perjuangan ekonomi ummah bersama HPA.
Tahniah kerana berjaya menujudkan suatu kesefahaman dalam perjuangan kerana fitrah mengatakan “BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH”.
Tahniah kerana kita berjaya menjadikan MLMS HPA lain dari yang lain. Sungguh unik perjuangan kita semua. Tahniah kita telah berjaya keluar dari bulatan budaya MLM sebelum ini yang selama ini tidak pernah sesiapa berfikir. Mana ada MLM sebelum ini ada Mall, Restoren, Ladang Ayam, Hotel dsbnya.
Syukur pada Allah swt mengurniakan pejuang-pejuang pelbagai ilmu dan kehebatan. Ada yang pakar produk, ada pakar motivasi, ada pakar rawat, ada pakar cari RM.
Maka janganlah kita mengkufuri segala niakmat yang Allah kurniakan kepada kita. Kejayaan HPA membawa maruah ekonomi ummah adalah terletak kepada kita. Perpecahan sama sekali tidak membawa rahmat, malah bala mala petaka akan menimpa kita.
Kalaulah pakar-pakar yang dikurniakan oleh Allah ini bertempur, maka yang akan bertepuk tangan adalah nuuuuunnnn jauh di sana(YAHUDI). Yahudi akan berkata “Wahai kawan-kawan lihat di sana mereka bertengkar mana satu yang dulu Ayam atau Telur. Ayuh mari kita hasut mereka ini supaya bertambah parah.” Hmmmm… sedihkan????
Justeru wahai kawan-kawan yang ku sayangi. Hentikan isu antara produk dan RM mana satu yang perlu didahulukan. Kalaulah soalan itu ditanyakan kepada saya, maka saya akan jawab ” Perjuangan Harus di dahulukan”
SOLAWAT
GM
Menantikan Album Terbaru Raihan

InsyAllah dalam waktu terdekat, Musaffir Perjuangan akan muncul dalam pasaran MLM HPA di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan Kemboja. Pastikan pejuang HPA sentiasa membeli yang original dan bukan cetak rompak.
HPA kini dalam usaha mengemilangkan kembali industri nasyid Islami dan menjadi suatu tanggugjawab kita semua memastikan hiburan yang mendekatkan diri kepada Allah swt di pertahankan.
Ini adalah info Jualan Terkini MALAYSIA
DIS 2009 RM 13,530,183.70
JAN 2010 RM 14,692,412.20
Kepada semua sekali khususnya yang ingin mencapai Insentif Taawun kategori Top 60. Sila pastikan dan gempur besar-besaran bagi mencapai RM 20 juta secepat mungkin sebelum bulan Sept 2010. Paling baik adalah pada bulan Julai 2010, kerana kita akan berpuasa pada bulan Ogos 2010.
Info dari blog GM
Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my
HPA Industries Sdn Bhd, antara syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini, memperkenalkan empat produk terbaru termasuk penapis air dikenali Dew yang dijamin halal, organik dan suci.
Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata penapis air Dew dijangka menjadi produk popular HPA yang juga diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) pertama di negara ini.
Menurutnya, berbeza dengan kebanyakan penapis sedia ada yang menggunakan unsur tulang haiwan yang tidak diketahui jenis dan kaedah sembelihannya, penapis air keluaran HPA menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.
“Formula kandungan setiap katrij di dalam penapis air ini berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh meniru sukatan dan ukuran bahan dalam katrij HPA kerana kajian hampir tujuh tahun dilakukan untuk menghasilkan Dew yang berkualiti ini.
“Sesetengah penapis air di pasaran pula tempoh hayat gantian katrij ialah setahun dengan kos sehingga RM300 atau RM400, namun kos Dew hanya RM98 untuk tahun pertama.
Berdasarkan kajian, pH air daripada penapis air Dew hampir menyamai air zam zam,” katanya ketika ditemui di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.
Majlis pelancaran penapis air Dew dan produk terbaru HPA yang lain iaitu Madu Cuka Nipah, minuman Radix Sahara dan minuman Kristal Mineral Asli diadakan di Hotel De Palma, Ampang, Selangor pada 21 Januari lalu.
Ismail berkata, penyelenggaraan Dew juga mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik dan sudah melalui ujian makmal Sirim.
Menurutnya, berbeza dengan penapis air lain yang berharga ribuan ringgit, penapis air keluaran HPA dijual pada harga mampu milik iaitu RM900 untuk bukan ahli dan RM750 untuk ahli HPA di Semenanjung Malaysia manakala RM1,000 bukan ahli dan RM850 ahli HPA di Sabah dan Sarawak.
“Lebih menarik setiap ahli HPA mendapat 50 nilai mata daripada pembelian ini yang akan dikira sebagai bonus,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, produk baru dijangka melonjak jualan syarikat dan menepati sasaran RM20 juta sebulan.HPA yang kini mempunyai kira-kira 600,000 ahli di Malaysia dan 250,000 di Indonesia terkenal sebagai syarikat MLM berteraskan Islam yang memperjuangkan produk yang halal dan suci.
Syarikat berkenaan juga mempunyai rangkaian perniagaan makanan segera yang berkonsepkan organik seperti Radix Fried Chicken, Radix Chicken House, Radix Oriental Cuisine, Radix Bakery House dan Radix Pizza House.