Archive for Al-Wahida Marketing

May
19

Pelancaran Produk Baru Di KL

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Pada 16HB MEI 2010, KPJ KL telah diadakan di D’Palma Ampang dengan pelancaran 4 produk baru. CD Profil HPA, Chip buah-buahan, Cookies Almond, Cookies Chip Oleh PU HPA. Turut hadir GM En. Mohd Faisol, GM Puan Rasidah.


Mesyuarat PJS SeMalaysia pada hari ini di Jejawi, Perlis telah bersetuju MAINTAIN 300 NM boleh dilakukan oleh peserta PBC selama 3 bulan iaitu minimum 100 NM x 3 bulan berturut-turut sebelum/ semasa/ selepas PBC ATAU 2 bulan berturut-turut untuk melayakkan pangkat PLX 20%. Berkuatkuasa serta merta. Rujuk contoh di bawah :

Cth : Katakan peserta PBC hadir pada bulan Mei - untuk kelayakan PLX

April - 100 NM
Mei - 100 NM
Jun - 100 NM - layak PLX

atau,

April - 150 NM
Mei - 150 NM - layak PLX

atau,

Mei - 100 NM
Jun - 100 NM
Julai - 100 NM - layak PLX

atau,

Mei - 150 NM
Jun - 150 NM - layak PLX

May
06

GM Al-Wahida Rasmikan PSC Pertama HPA

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Pengurus Besar Al-Wahida Marketing (GM HPA), Mohd Faisol Abd Rahman telah menyempurnakan perasmian pertama Program Pengguna Setia Cemerlang (PSC) yang diadakan di Dewan Umar Mukhtar (RFC) Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Program PSC pada kali ini dihadiri seramai 160 peserta dari Zon Utara. Dalam ucapan GM HPA mengingatkan semua yang hadir agar dapat mengubah minda dan menjadikan HPA ini sebagai doktrin dan wadah ke arah merealisasikan perjuangan memartabatkan produk halal di Malaysia. Semua pengedar HPA perlu memastikan dalam setiap rumah umat Islam di negara ini perlu ada produk halal.

Umat Islam hari ini amat tidak mengambil berat terhadap aspek pemakan dan tidak mahu mengenali siapa sebenarnya pengeluar produk. Mereka mudah ditipu oleh musuh-musuh Islam yang menjadikan umat Islam sebagai sasaran longgokan produk-produk haram dan syubahah.

Sehubungan itu, Program PSC yang diadakan ini bertujuan untuk melahirkan pengguna setia produk HPA yang menjadikan HPA sebagai wadah perjuangan.

Apr
30

HPA Halal Mart Mines dan Kelang

Posted by: Ridzuan | Comments (0)


HPA HALAL MART THE MINES
(Beroperasi mulai 22 April 2010)
Alamat : L1-23 Jalan Dulang, Mines Resort City 43300 Seri Kembangan, Selangor

[Sebelah Maybank dan berdekatan RHB Bank,didalam the mines]
Hubungi : Salmee (019-6528707)

HPA HALAL MART BUKIT TINGGI,KLANG
(Beroperasi mulai 21 April 2010)
Alamat : No 89,89-1 Jalan Mahogani 5, Bandar Botanik 41200 Klang Selangor
[Berhadapan Jusco Bukit Tinggi, Klang]
Hubungi : Zulkarnain (019-3453571)

Comments (0)

Kejadian ini kembali berulang dan dilakukan oleh sendikit “TAUKEH” yang sememangnya terkenal dengan istilah “KALAU TIDAK PENIPU MAKA ITU BUKAN TAUKEH”. Sah mereka ini sering kali memberi ancaman kepada kita khususnya umat Islam yang ingin mensukseskan perniagaan HALAL & TOYIBAN. Taktik mereka sungguh licik dan amat susah di kesan. Di antaranya adalah seperti berikut;

i) Berpura menjadi ahli yang kononnya ingin memasarkan Kopi Radix Asli, namun diselit dengan Kopi Radix Palsu.
ii) Menggunakan nama keahlian Melayu sebagai penyamaran dan melakukan aktiviti haram ini. Malangnya ada yang sanggup mengadaikan maruah kepada Taukeh ini untuk sedikit habuan yang mereka tidak sedar akan menghancurkan perniagaan Umat Islam. Hal ini di kesan berlaku di Perlis, Seberang Perai, Kulim, Kelantan, Perak Utara dan Selangor.
iii) Memasarkan Kopi Palsu dan dijual di bawah harga ke sebahagian besar kedai Borong dan Pasaraya.

Justeru itu pihak HPA dengan rasminya mengistiharkan demi keselamatan pengguna, maka semua KOPI RADIX yang berada di PASARAYA dan PEMBORONG adalah tidak sah dan PALSU.
Pihak HQ dengan ini akan tidak akan membenarkan lagi penjualan KOPI RADIX ke mana-mana pasaraya dan kedai BORONG bagi mengelakan kecelaruan pengguna terhadap penggunaan KOPI RADIX.
Pihak HQ akan menamatkan serta merta tanpa rayuan mulai sekarang kepada mana-mana pengedar yang didapati melakukan salah guna menjual secara salah laku hingga mengganggu pasaran KOPI RADIX masakini.
Pihak HQ juga akan mengambil tindakan kepada pengedar yang didapati melakukan unsur lawan harga kepada pekedai dan peruncit sehingga mengganggu gugat keharmonian pasaran ini.

Kepada pembaca blog ini sila sebarkan segera kepada blog-blog yang lain.

Categories : Al-Wahida Marketing
Comments (0)