Archive for Artikel
Suplemen beracun
Posted by: | CommentsKementerian Kesihatan isytihar perang
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan lebih 50 produk makanan dan minuman kesihatan tambahan serta ubat-ubatan tradisional mengandungi racun berjadual, termasuk bahan aktif perangsang seks yang turut menggunakan selebriti terkenal untuk mempromosikan produk berkenaan.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang amat bimbang dengan keadaan ini berkata, setakat ini amaran dan tindakan tegas pihak berkuasa termasuk merampas ubat-ubatan dan makanan kesihatan itu tidak langsung memberi kesan.
Berikutan itu, kementerian akan memerangi habis-habisan penjualan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan serta kosmetik tidak berdaftar yang berselindung di sebalik nama herba atau bahan asli.
“Saya berasa sudah tiba masa kita menghentikan semua perkara mengarut dan penyalahgunaan (ubat) ini yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti minuman kopi dan ‘teh ais limau’.
“Saya memandang serius perkara ini. Jangan suka membeli produk sedemikian dan kementerian akan perangi habis-habisan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan dan kosmetik yang tidak berdaftar,” katanya pada sidang media selepas melawat Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Biro Pengawalan Farmaseutikal kementerian di Petaling Jaya di sini, semalam.
Katanya, bahan aktif perangsang seks seperti sildenafil, tadalafil dan verdanafil yang digunakan untuk rawatan ‘erectile dysfunction’ (mati pucuk) hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh seorang doktor atau ahli farmasi berlesen.
Ubat yang tidak berdaftar dengan kementerian ini selalunya dicampur dengan racun berjadual yang boleh memberi kesan berbahaya termasuk serangan jantung, strok, pendarahan otak dan kehilangan daya penglihatan dan pendengaran.
“Saya ingatkan orang ramai, tidak berbaloi mengambil ubat kuat kerana ia merosakkan badan dan kesihatan serta mendatangkan kemudaratan yang besar kepada tubuh badan,” katanya.
Liow berkata, apa yang membimbangkan ada pengilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) terbabit sama melakukan jenayah farmaseutikal melalui pembabitan kilang mereka atau bersekongkol dengan kilang yang diwujudkan secara haram mengeluarkan bahan makanan kesihatan atau kosmetik tidak berdaftar.
Kegiatan itu, katanya, walaupun dibuat secara bersembunyi namun dapat dikesan pegawai penguat kuasa farmasi dan sejak 2008 hingga kini terdapat 19 syarikat yang digantung lesen.
“Jumlah dan nilai rampasan produk ubat-ubatan tradisional, bahan makanan atau minuman kesihatan dan kosmetik setiap tahun juga tinggi membabitkan 4,617 produk bernilai RM5.7 juta pada 2007; 9,679 produk bernilai RM13.6 juta (2008); 10,458 produk bernilai RM6.7 juta (2009) dan dari Januari sehingga Jun tahun ini sebanyak 6,632 produk bernilai RM4.5 juta dirampas.
“Produk yang turut dieksport dengan penyamaran sebagai ubat tradisional, makanan kesihatan dan kosmetik ini juga akan menjejaskan hasrat negara untuk menjadi hub produk tradisional berasas herba,” katanya.
Sehubungan itu, Liow berkata, pihaknya kini menyemak lima akta sedia ada untuk digabungkan menjadi satu akta baru yang akan diperkenalkan tahun depan dengan hukuman lebih berat kepada individu dan syarikat terbabit.
Akta yang disemak itu ialah Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Ubat 1956 (Iklan dan Penjualan).
Ini perlu dilakukan kerana hukuman dalam akta sedia ada, misalnya denda RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu dan denda RM50,000 bagi syarikat mengikut Akta Jualan Dadah, adalah tidak mencukupi.
Liow menasihatkan orang ramai supaya melaporkan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi jika ada produk yang disyaki mengandungi bahan-bahan racun.
Mereka juga boleh melayari www.pharmacy.gov.my atau di laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my untuk mendapatkan kepastian status produk.
KEAJAIBAN OTAK MANUSIA
Posted by: | Comments20 Rejab 1431H
Oleh : Seri Budiman
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” . Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an.
Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
HIV
Posted by: | CommentsPelbagai usaha dilakukan untuk mencari ubatan HIV telah dilakukan di seluruh dunia. Tiba-tiba kita digegar oleh penemuan seorang ulamak dari Yaman.(Shiekh Abdul Majid) Walaupun ianya dipertikaikan namun mereka boleh membuktikan ratusan patien yang sembuh dengan perubatan mereka. Syukur. Rahsia ini menjadi kajian di barat sehinggakan mereka sangat cemburu dengan penemuan ulamak Islam dari negara tersebut.
Di negara kita pula ,banyak juga kita mendengar ada klinik yang mampu mengubati penyakit HIV dan ada pula yang dijatuhkan hukuman di mahkamah kerana dakwaan mereka itu. Kenapa isu HIV sangat sensitif? dimana ada masalah disitu ada peluang…..sesiapa yang menjumpai ubatannya akan sangat terkenal didunia pengubatan dan penjualan ubatan tersebut juga menjadi besar.
Shiekh Abdul Majid melakukan perubatan dengan kaedah ilahiah dan alamiah dan dia sanggup buktikan keimanan yang benar akan menjadi jalan di ijabahnya doa oleh Allah swt. Perubatan Jawi juga percaya hal yang sama dan kini sedang membuka peluang kepada mereka yang menghidapi gejala HIV tetapi bukan penagih dadah untuk diterapi dengan herba. Kita tidak mendakwa menyatakan kita menemui ubatannya tetapi kita akan buktikan kepada 10 orang pesakit HIV dengan testimoni kesembuhannya.
Berapakah % keyakinan akan sembuh dengan herba ini? jika anda bertanya bagitu pada saya maka saat ini saya ingin menyatakan bahawa saya mempunyai keyakinan 100% sembuh dengan Izin Allah. Mudah-mudahan saya juga akan menjadi seperti shiekh Abdul Majid yang menemui penawar HIV tetapi bukan kerana wang tapi kerana sebuah perjuangan. Amin.
-Tn Hj. Ismail Ahmad
Demam dan Muhasabah
Posted by: | CommentsApabila kita demam,tenang-tenangkanlah hatimu kerana hati yang tenang akan mempercepatkan kesembuhan dengan Izin Allah. NIkmatilah kesakitan dengan sempurnanya sambil hati jangan dimatikan dari terus memuji zat yang menciptakan diri. Dialah Allah yang menjadikan kesakitan dan sedikit kepayahan dalam hidup untuk disempurnakan ganjaran di akhirat nanti. Dialah Allah yang sedia mendengar rintihan hamba-hambanya ketika menahan kesakitan kecil maupun besar. Dialah Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia ketika ditimpa kesusahan. Maha Suci Dia yang ujud dalam setiap nafasmu dan semua penciptaannya.
Takala tubuh menjadi lemah jangan dibiarkan hati dan fikiran juga turut lemah.Mata dan telinga miskipun tidak upaya menangkap dari rupa benda dan bunyi tetapi hati tetap terus menerus memuji ilahi. Kita bukan hanya bersyukur pada benda yang ada tetapi tetap bersabar takala tiada.
Demam menjadi pembakar pada racun dan dosa dan jalan mana yang kita sendiri mungkin tidak terduga. Hari-hari yang kita lalui terlalu banyak patah perkataan,arahan,tindakan yang telah dilakukan. Semuanya kita lakukan dengan sesumpurna mungkin tetapi mungkin ada lagi yang tersalah tafsir dan bahasa maka semestinya kita mengharap keampunan yang sempurna dari Allah. Setiap saat kita cuba menjadi manusia terbaik pada pandangan Allah ,namun sudah tentu tidak akan dapat memuaskan hati manusia semuanya. Kepada Allahlah kembali segala urusan.
Jika tubuhmu masih demam,teruskan muhasabah sehingga sampai renunganmu bahawa kesakitan itu merupakan bunga kasih dari tuhan. Jika engkau ditakdirkan sembuh ,teruskanlah kebaktianmu sampai nafas tidak upaya dihela lagi. Jika engkau di beri kesakitan yang panjang ,nikmatilah sebuah suratan tuhan padamu tanpa keluh kesah kerana Allah tidak pernah meninggalkanmu sedetik jua pun dan Allah mengangkat darjatmu dengan kepayahan pada tubuhmu itu. Berbahagialah.
-JAWIHERBSHOP-
Rumah kecil tiang seribu
Posted by: | CommentsPeniagaan ibarat satu peperangan yang akan dimenangi oleh siapa yangbenar-benar kuat. Berbagai cara dan strategi pemasaran telah digunakan untuk memastikan sesebuah syarikat itu sentiasa mendahului pesaingnya. Bagi orang Yahudi mereka akan menggunakan apa jua cara untuk memonopoli dunia peniagaan.Falsafah mereka “niat menghalalkan cara” mengizinkan mereka terus menipu dan melakukan jenayah peniagaan . Mereka bekerja siang dan malam bagi memastikan peniagaan dunia milik mereka kerana kekuatan ekonomi yang mereka miliki menjadikan mereka terus menjadi pengganas dan perompak di setiap belahan bumi ini.
Kadangkala mereka meminjam kata-kata indah seperti “jihad ekonomi” bagi dijadikan moto perjuangan mereka di negara umat Islam dan ini tidak lain dari bentuk propaganda bagi membenarkan jalan mereka. Kita sedia mengetahui bahawa apa jua istilah yang digunakan sedikitpun tidak akan mengubah hakikat sesuatu peniagaan. Lebih-lebih lagi jika peniagaan itu terus memberi sumbangan kepada Yahudi untuk terus membunuh ummat di mana sahaja.
Umat Islam pula yang telah lama leka dalam bidang ekonomi terus menjadi pengguna yang menyerah pada kuasa pasaran bikinan mereka(Yahudi). Hari ini mereka membuka supermarket seperti membuka kedai runcit ,setiap bulan ada sahaja cawangan baru. Mereka akan memonopoli dan terus menekan peniaga-peniaga kecil ke dinding.
Dahulu pada zaman awal kemerdekaan, kerajaan menghadkan pembukaan supermarket kerana ingin memberi peluang peniaga-peniaga kecil berkembang yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu Islam. Hari ini keadaan itu sudah hilang kawalan di mana peniagaan Melayu Muslim cuma layak membuka warung di tepi jalan sahaja. Ini amat menyedihkan.
Ada satu bentuk peniagaan yang boleh mencabar ekonomi orang yahudi iaitu peniagaan MLM. MLM yang jujur dan mempunyai wibawa untuk menguruskan peniagaan ummah bukannya MLM yang bersifat lipstick di bibir, mudah wujud dan mudah hilang.…(bersambung)
-JAWIHERBSHOP-
