Archive for Berita HPA

6hb Marc 2010: Pada jam 5.30 tadi jenazah Muhammad Khairi b.Ismail dijumpai 3km dari tempat kejadian.Dijumpai oleh staf HPA Zon Timur yang turut membantu mencari. Muhammad Khairi putera ke 4 AGM Zon Timur En.Ismail Omar telah didapati hilang bawah arus deras Sg. Kubur Dala, Kuala Kerai Kelantan pada 6.00 ptg semalam.

Jenazah telah dibawa ke Hospital Kuala Krai pada jam 6.00 petang dan telah dimandi dan kapan dihospital iu juga. Pada lebih kurang Jam 10.00 malam mayat akan disembahyangkan dan dikebumikan di Masjid Bandar Kuala Krai Kelantan.

Turut hadir ke tempat kejadian dan hospital ialah GM Akaun En.Rosli, AGM Zon Selatan Pn. Zaimah dan suami, Webmaster En.Mahadi, En Zairul Cola Radix, Pn Ros Zaiton Ilham Holidays dan staf zon timur yang juga turut mencari.

En.Ismail Omar semasa di temui memohon maaf kerana tidak dapat mangangkat panggilan telefon dan membalas sms daripada orang ramai. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas perhatian semua. Pengarah Urusan HPA juga telah membuat beberapa panggilan dan sms. Dan telah menhantar wakilnya GM Akaun En Rosli

Semoga Allah menyucuri Allahyarham Muhammad Khairi.. Al Fatihah.

Categories : Berita HPA
Comments (0)
Mar
03

Sachet Kopi Radix

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

HPA kini menganjurkan pertandingan gubahan kraf tangan menggunakan sachet kopi radix diperingkat zon-zon. Mereka yang berminat bolehlah menghantar gubahan mereka di mana-mana cawangan HPA yang terdekat. Bagi pemenang akan menerima wang tunai rm300  (pertama), RM200 (kedua) dan RM100 (ketiga) sementara RM50 untuk hadiah saguhati (10 orang).

Pertandingan ini memberi peluang kepada ahli-ahli HPA terutama wanita untuk menampilkan bakat melalui hobi yang mereka minati. Penghantaran gubahan mestilah tidak lewat dari akhir bulan ini. Hadiah ini akan dikeluarkan mengikut zon-zon kepada ahli di bawah negeri kendalian masing-masing.

Categories : Berita HPA
Comments (0)
Mar
02

Master Radix Tumpas

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Kementerian dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) telah mengadakan tangkapan tokeh MASTER RADIX di Taiping Perak……diproses di belakang rumah saja.

Categories : Berita HPA
Comments (0)
Feb
05

Kursus Pembetulan Tulang Belakang (PTB)

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Categories : Berita HPA
Comments (0)
Feb
01

Perasmian Kilang botol kordial HPA

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Kita telah menurunkan harga kordial baru-baru ini. Ini adalah disebabkan kos pengeluaran juga berjaya kita turunkan dan salah satunya ialah kos botol. Bersebelahan kilang kola Radix di Sungai Petani kita sudah siap bangunkan kilang membuat botol. Kilang ini akan dirasmikan secara kecil- kecilan pada 4/2/10 .

Pada semua ahli HPA dijemput hadir untuk sama-sama kita merasmikan industri huluan kita yang kian bertambah. Acara bermula jam 9 pagi.T kasih atas semua pihak terutama pada en Rashid dari syarikat Alive yang memberikan “technical know how” pada HPA.

Categories : Berita HPA
Comments (0)