Archive for Berita HPA

Jul
08

Jawi Medicinal Herbs 3

Posted by: Ridzuan | Comments (1)

Buku “Jawi medicinal herbs 3″ telah berada di pasaran. Boleh didapati di Kedai Buku HPA atau boleh hubungi pihak HpaOnline (019-4773212) untuk mendapatkannya. Harga RM10

Comments (1)
Jun
30

Jemputan ke ceramah AKTIVIS GAZA

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Jemputan ke ceramah AKTIVIS GAZA

Oleh : Dr.Syed Haleem Al-Haddad
Pada : 9/7/10 (Jumaat) 8.30 mlm.
Tempt : HPA Cawangan  Sg. Petani
Anjuran : HPA Komuniti Sg.Petani

Semua dijemput hadir.

Comments (0)
Jun
03

Makanan Ayam

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Kenapa banyak penyakit hari ini disabitkan dengan makan ayam. Ada negara-negara luar sudah tidak lagi menggalakan rakyatnya memakan ayam goreng menyebabkan restoran-restoran ayam goreng segera terpaksa ditutup. Inilah akibatnya apabila konsep penternakan ayam dipenuhi dengan antibiotik,ubat kimia antistress,hormon pembesaran dan pelbagai ubatan kimia lainnya.
Kenapa kita tidak berani keluar dari kaedah kimia tanpa batasan ini dengan menggunakan herba seperti bawang putih,mambu,rumput mutiara dan lain-lain lagi. Penternak ayam kebanyakan takut dengan kadar kematian yang tinggi sehingga mereka mengikut telunjuk penternak kimia turun temurun. Hari ini kita bangunkan peradaban baru sesuai dengan kehendak kesihatan bukan dengan ubatan kimia tapi ubatan herba.

Percayakah anda bahawa masa hadapan dunia akan menuju kepada penggunaan herba secara global bukan hanya makanan ayam tetapi makanan manusia keseluruhanya. Kita lihat nanti perubahan itu akan melanda bagai tsunami maka tidak hairanlah jika ayam HPA tidak pernah cukup di pasaran.
TK teruskan berjuang.

Tn. Hj. Ismail Ahmad

Categories : Artikel, Berita HPA
Comments (0)

29hb Mei 2010: Perasmian Kilang Makanan Ternakan(Ayam) – HPA-KMT,Di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Kedah pada jam 10.00 pagi tadi. Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin dan doa selamat
dan ucapan dari Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES Sdn Bhd yg juga pengasas Perubatan Jawi. Turut hadir PU2, PJS, ahli HPA dan Staf HPA.

Categories : Berita HPA
Comments (2)
May
26

Ibu Pejabat HPA RM54j

Posted by: Ridzuan | Comments (1)

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), menamakan bangunan 12 tingkat bernilai RM54 juta yang dibeli di Seksyen 13 Shah Alam sebagai HPA International Center (HIC), sekali gus menjadi ibu pejabat syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di Malaysia.

Sehubungan itu, beberapa jabatan utama di ibu pejabat HPA di Jejawi, Perlis, akan berpindah secara berperingkat.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, perasmian bangunan baru itu tidak akan diadakan pada 1 Jun ini sebaliknya pada satu tarikh yang bakal diumumkan kelak.

Menurutnya, Jabatan Pentadbiran HPA adalah yang pertama akan berpindah ke bangunan baru berkenaan.

“Kami tidak akan mengadakan majlis besar-besaran sebaliknya sekadar doa selamat dan kunjungan ahli untuk melihat bangunan yang dibeli hasil usaha mereka mengedarkan produk keluaran HPA,” katanya.

Mengikut perancangan, selain pelbagai jabatan utama di HPA, bangunan berkenaan turut menempatkan premis perniagaan seperti HPA Halal Mart dan restoran makanan segera milik syarikat berkenaan seperti Radix Fried Chicken (RFC), Radix Chicken House (RCH), Radix Pizza House (RPH), Radix Bakery House (RBH) dan Radix Oriental Cuisine (ROC).

HPA adalah MLM yang mempunyai Panel Syariah sendiri dan kini mempunyai lebih 600,000 ahli di Malaysia manakala 250,000 di Indonesia selain mempunyai cawangan di Brunei, Thailand dan Kemboja.

Pada masa ini, HPA mengeluarkan lebih 300 produk makanan tambahan, ubatan herba dan kegunaan harian yang dijual di lebih 170 cawangan HPA di seluruh negara dengan nilai jualan mencecah RM18 juta sebulan.

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my
2010/05/26

Categories : Berita HPA
Comments (1)