Archive for Berita HPA

May
24

Keputusan Badan Syariah HPA

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Salam, berikut merupakan keputusan badan syariah HPA berkaitan beberapa isu yang timbul :-

Bagi kes-kes berikut :-

1. Jualan produk dengan harga murah
2. Pemalsuan invois
3. Isu memancing rangkaian orang lain

Panel Syariah HPA

Keputusan ini dikeluarkan atas permintaan mesyuarat PJS (29 April 2010). Setelah menimbang dengan saksama dan dengan merujuk kepada garis panduan yang diputuskan oleh Panel Syari’ah HPA, maka dengan ini Badan Syariah HPA memutuskan seperti berikut;

Kes pertama; penjualan produk dengan harga lebih murah dari harga yang ditetapkan Syarikat

Panel Syariah berpandangan, amalan tersebut adalah menyalahi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat dan berdasarkan prinsip al-Ju’alah pihak Syarikat berhak untuk membatalkan bonus jika dibuktikan pihak terbabit melanggari mana-mana syarat yang dipersetujui kedua belah pihak.

Apatahlagi syarat tersebut bertujuan melindungi kepentingan semua pengedar, maka atas kaedah Saddan Liz-Zari’ah, maka pihak Syarikat berhak mengambil langkah awal bagi mengelak berleluasa gejala tersebut di masa hadapan.

Kes kedua; pemalsuan invois

Berdasarkan pengaduan pegawai AWM, ada pihak yang telah mengisi invois tanpa stok fizikal. Maka Badan Syariah berpandangan; perbuatan ini jelas suatu penipuan yang besar dosanya yang dilarang oleh Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadisnya (bermaksud); “Sesiapa menipu kami, maka ia bukan dari kami”. Akibat dari perbuatan seperti ini, pihak Syarikat terpaksa menanggung kerugian kerana bonus diberi tanpa kerja. Maka dari sudut tindakan, pihak Syarikat berhak mengenakan apa-apa tindakan yang berpatutan.

Kes ketiga; Isu memancing rangkaian orang lain

Bagi kes ketiga, pihak Badan Syariah mendapati perbuatan tersebut menyalahi adab dan etika pengedar yang tetapkan oleh Syarikat antaranya yang dapat difahami dari sabda Nabi “Janganlah seseorang dari kamu menjual atas jualan saudaranya, dan janganlah ia meminang atas pinangan saudaranya” (HR al-Bukhari dari Abu Hurairah r.a.). Oleh itu, Badan Syariah mengesyorkan kepada syarikat supaya mengkaji punca berlaku perkara tersebut dan mengambil langkah-langkah perlu antaranya menghidup usrah di kalangan leader.

Wallahu a’lam bis-shawab.

……………………………….
(USTAZ AHMAD BIN ALI)
Pengerusi Badan Syari’ah HPA

Comments (0)
May
24

Fresia

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Syukur, kini cecair Fresia sudah mampu dikeluarkan 1000 botol sehari. Sebentar lagi semua cawangan HPA akan terpenuh dan kegelisahan ahli tentang sabun cuci kain akan terjawab. Namun begitu kapasiti boleh dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa.

Cecair Fresia

Isu kekurangan ayam juga kini semakin dapat diselesaikan dengan pengeluaran semasa yang tinggi. HPA Farm kini memastikan ayam segar yang dijual akan mencukupi semua cawangan sebelum berakhirnya bulan mei ini. InsyaAllah.

Kita akan mengadakan majlis perasmian kilang makanan ayam tidak lama lagi dan kini hampir 100% makanan ayam akan dapat dikeluarkan dari kilang kita sendiri. Terima kasih pada semua yang memberikan sokongan pada HPA pada setiap saat.

Pada bulan jun nanti, InsyaAllah kita juga akan mempunyai tempat penyembelihan yang canggih dan mampu membuat sembelihan 25,000 ekor satu shift. Ini akan menjadi contoh peniagaan ayam secara bersepadu dengan moto baru ” Dari kita untuk kita”.

Ahli dicadangkan membuat lawatan ketempat-tempat yang disebutkan diatas.

Tk.

Sumber : Jawiherbshop

Categories : Berita HPA
Comments (0)

Berikut adalah senarai produk HPA yang telah diberhentikan pengeluarannya. Harap maklum.

Memo Produk Yang Diberhentikan Pengeluaran

Klik Pada Imej Untuk Saiz Yang Lebih Besar


Comments (2)
Apr
30

HPA Halal Mart Mines dan Kelang

Posted by: Ridzuan | Comments (0)


HPA HALAL MART THE MINES
(Beroperasi mulai 22 April 2010)
Alamat : L1-23 Jalan Dulang, Mines Resort City 43300 Seri Kembangan, Selangor

[Sebelah Maybank dan berdekatan RHB Bank,didalam the mines]
Hubungi : Salmee (019-6528707)

HPA HALAL MART BUKIT TINGGI,KLANG
(Beroperasi mulai 21 April 2010)
Alamat : No 89,89-1 Jalan Mahogani 5, Bandar Botanik 41200 Klang Selangor
[Berhadapan Jusco Bukit Tinggi, Klang]
Hubungi : Zulkarnain (019-3453571)

Comments (0)
Apr
17

Boikottttttt Lagi

Posted by: HPA Online Network | Comments (0)

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

Minuman Coca-Cola itu sendiri sebenarnya tidak elok, ia tidak lebih daripada karbonat, pewarna, asid, perisa, air yang dimaniskan yang berbahaya kepada kesihatan. Syarikat Coca-Cola juga tidak dapat lari daripada kontroversi kerana didakwa mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa minuman ringan yang dipenuhi dengan gula seperti Coca-Cola mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia dengan purata 26 sudu teh gula sehari diambil oleh setiap rakyat Malaysia.

Ujian oleh CAP mendapati minuman ringan di dalam tin mempunyai kandungan gula antara 4 – 8 sudu teh dan Coca-Cola mengandungi 7 sudu teh gula. Apabila Syarikat Coca-Cola merancang untuk mensasarkan belia Malaysia, kami bimbang akan implikasi kesihatan yang akan dibawa olehnya.

Gula bukanlah sebahagian daripada diet semula jadi kita, jadi walaupun satu tin minuman ringan diambil sehari, ia adalah tidak sihat dan tidak perlu sama sekali. Malah pada hakikatnya terdapat lebih daripada 60 penyakit yang telah dikaitkan dengan pengambilan gula dalam dokumen perubatan. Kerajaan Malaysia melalui kementeriannya menjalankan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula. Adalah menjadi satu ironi untuk membenarkan pembinaan kilang Coca-Cola di Malaysia memandangkan ia jelas merendahkan usaha untuk mengurangkan pengambilan gula.

Kami amat bimbang bahawa lebih ramai orang yang akan dijangkiti dengan penyakit yang dikaitkan dengan gula dan obesiti dengan menjemput Syarikat Coca-Cola untuk membina kilang pembotolan di negara ini dan berdasarkan strategi pemasarannya. Adakah kerajaan melakukan penyelidikan yang sempurna sebelum meluluskan pelaburan ini, yang jelas diluluskan secara cepat sepertimana yang dilaporkan bahawa syarikat itu hanya mengambil masa empat bulan selepas perbincangan awal untuk menubuhkan kilang itu di sini.

Bagaimana dengan permintaan untuk air bagi kilang ini? Berapa banyakkah air yang akan digunakan oleh kilang ini dan dari mana sumber air ini akan diambil? Baru-baru ini terdapat laporan berhubung catuan air di Seremban akibat kemarau panjang dan kekurangan hujan di kawasan tadahan air. Kekurangan air ini akan kerap berlaku akibat kesan daripada perubahan iklim.

Selepas kilang Coca-Cola ini mula beroperasi, kami bimbang air yang amat diperlukan oleh orang ramai ini akan dialihkan kepada pihak industri. Perkara ini perlu diambil serius memandangkan Syarikat Coca-Cola mempunyai reputasi yang buruk dalam bentuk konflik dengan komuniti dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan air. Jawapan kepada kekurangan air bukanlah dengan membina lebih banyak empangan kerana empangan boleh menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar.

Perjuangan untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan kehilangan pendapatan daripada pertanian.

Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan Guatemala.

Kami berpendapat pembinaan kilang Syarikat Coca-Cola ini akan menjejaskan komuniti, kesihatan awam dan alam sekitar. Sehubungan itu, CAP menuntut agar kerajaan Malaysia membatalkan rancangan untuk membina kilang Coca-Cola di negara ini.

SM Mohamed Idris

Categories : Berita HPA
Comments (0)