Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 520

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 535

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 542

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 578

Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 18
Herbalis

Archive for Herbalis

Oct
09

Perawatan di HPAic

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi – 9.00 Malam di Kaunter JawiHerbShop di HPA Halal Mall. HPAic

Lot 1065 & 1066 Phase 19, Laman Seri Business Park
7, Persiaran Sukan, Sek 13, Shah Alam, Selangor

Tuan/Puan akan di analisis penyakit oleh pakar dan akan di syorkan herba yang diperlukan

Categories : Herbalis, Perubatan Jawi
Comments (0)
Jun
22

Kursus Pra Herbalis KPA

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

http://2.bp.blogspot.com/_G4iUU57LhLQ/TBR5XIGbYnI/AAAAAAAAARs/h8XllwkMBBs/s1600/KPH_RAWANG.jpg

Categories : Herbalis, Perubatan Jawi
Comments (0)
May
31

Kuliah KPJ

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Kuliah ini dijalan bersiri dari bulan ke bulan samada disampaikan langsung oleh pengarah urusan ataupun pensyarah yang berkelayakan. Mereka yang mahu memahami sepenuhnya hendaklah memastikan tidak ada kuliah yang ketinggalan. Kuliah pertama yang telah ddiselaraskan ialah tentang 4 unsur dan herba pelawas,malac,tuju angin,madu,habatusaudah dan spirulina.

Perbincangan ini akan lebih menarik dalam kuliah-kuliah akan datang apabila kuliah bulanan kita ikuti satu persatu. Saya mengharapkan lebih 2000 orang yang istiqamah mengikuti kuliah ini pada setiap bulan. Amin.

Kuliah pertama membahaskan tentang tiori 4 unsur(tanah,air,api,angin) dan mengenal 6 produk HPA yang berada pada unsur - unsur tertentu. Ini bermakna pelajar atau ahli HPA lebih advance dalam menggunakan manafaat unsur herba daripada terus kepada penggunaan sesuatu penyakit.

Panas ditentukan dengan nadi sementara sejuk atau lembab ditentukan dengan lapisan putih atas lidah. Jika penyakit dari unsur panas herba yang diberikan dari unsur dingin dan bagitulah sebaliknya. Bagi memahami dengan sebenar-benarnya ikutilah kuliah ini dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah kita akan cuba bangunkan semula pengubatan yang halal lagi baik .

Tn Hj Ismail Ahmad

May
13

Kencing Manis

Posted by: Ridzuan | Comments (2)

Orang yang mengidap sakit kencing manis ,tubuhnya sangat mengharapkan sesuatu yang manis. Ini merupakan kecelaruan mekanisma tubuh dalam mengenal pasti antara keperluan dan pemintaan. Bagitu juga dengan orang yang ada masalah darah tinggi sentiasa berkehendakkan sesuatu yang masin.

Sel perasa di atas lidah sudah tidak lagi dapat memberi petunjuk yang betul kerana baginya sesuatu yang terlalu manis itu baru berada pada tahap manis biasa dan bagitu juga masin. Oleh sebab itu kekuatan akal diperlukan dalam menguasai emosi dan kehendak kerana mekanisma hemeostatik sudah tidak seiring dengan keperluan tubuh.

Sama seperti seorang yang berada dalam bilik hawadingin,walaupun mengalami kekeringan air tetapi tetap tidak haus kerana persekitaran dingin telah mempengaruhi tubuhnya. Akhirnya sesaorang itu akan terasa sakit di bahagian kepala dan pinggang kerana cairan pada otak dan pada tulang lumbar akan digunakan.

Dinasihati pada pesakit kencing manis juga jangan mengambil air ais batu kerana ini juga akan menyebabkan tubuh menjadi lembab untuk bekerja dan gula kemudianya akan ditukar menjadi lemak yang sukar untuk dihilangkan. Minum air hangat atau suam terutama sewaktu hendak tidur malam kerana ini akan membantu mendapatkan tidur yang berkualiti kerana kencing manis dan darah tinggi akan semakin serius jika tidur tidak berkualiti.

Bukan itu sahaja,tidur di awal malam sangat baik untuk penyembuhan kedua penyakit ini daripada tidur lewat kerana penaruh hormone melatonin dalam menurunkan glukosa dalam darah dan tekanan darah tinggi . Proses ini berlaku pada awal malam di mana pineal gland merembeskan melatonin pada 1/3 malam yang pertama bermula dari waktu lepas magrib.

Meninggalkan makan nasi merupakan satu tindakan drastic untuk menurunkan gula dalam darah. Boleh mengambil nasi dalam kuantiti yang sedikit pada waktu tengahari dan jangan ambil pada malam hari.

Kencing Manis yang serious memerlukan displin pemakanan yang kuat kerana tanpa displin masalah penyakit ini sukar diubati. Jangan memandang mudah pesakit kencing manis yang luka kerana luka tersebut akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman dan pesakit boleh jadi koma dan meninggal.

Penyakit kencing manis juga akan menjadikan tubuh malas untuk bergerak ,mengantuk dan suka tidur lepas makan. Makanan akan member kesan tenaga sebentar sahaja kemudian menggigil semula dan memerlukan makanan lagi. Makanan kebanyakannya akan ditukar menjadi lemak dan terjadilah obesiti. Lama kelamaan gula akan merosakan buah pinggang,melemahkan jantung mengakibatkan tubuh semakin ditekan dengan penyakit penyakit baru.

Mengambil herba sama seperti menyapu sampah sarap daripada longkang yang tersumbat. Kadar gula akan semakin berkurangan hasil sinergi antara pemakanan dan ubatan. Ubatan menjadi penyapu dan pemakanan tanpa gula,beras,santan dan roti menjadi air yang akan turut mengalirkan sampah keluar tubuh. Tanpa makanan ,herba tidak berkesan dan tanpa herba makanan juga tidak berkesan. Inilah yang kita perlu tahu untuk perubatan herba yang berkesan InsyaAlah.

-Tn. Hj Ismail Ahmad-

Categories : Herbalis, Perubatan Jawi
Comments (2)
May
13

Ketegangan Fikiran

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Ketegangan fikiran mungkin berasal dari gelombang handphone yang anda guna. Ini akan lebih ketara jika anda bercakap lama sehingga Handphone menjadi panas. Oleh itu lebih baik SMS sahaja dan gunakan phone biasa bila perlu berbual panjang. Adakah herba boleh membantu? sudah tentu terdapat herba yang baik untuk menurunkan ketegangan ini.

Ketegangan frekuansi otak dapat diredakan dengan pengambilan pokok bayam merah. Bayam merah juga menyerap gelombang bunyi sama seperti handphone dan sudah terdapat kajian di Jepun menggunakan bayam dalam handphone
.
Di HPA kita ada kapsul HB iaitu sinergi bayam merah dan pegaga. Ia sangat baik untuk menyerap gelombang handphone yang berlebihan dan menurunkan ketegangan di otak. InsyaAllah lihatlah keberkesananya nanti.

-Tn. Hj Ismail Ahmad-

Categories : Herbalis, Perubatan Jawi
Comments (0)