Archive for Herbalis

May
13

Bagai Rambut Yang Terbelah

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Petanda sel bermutasi menjadi abnomal sel ialah hujung rambut terbelah. Kemungkinan ada peradangan dalam tubuh,perlu dipastikan terlebih dahulu dengan pemeriksaan yang menyeluruh di hospital. Wanita lebih mudah terkena ketumbuhan daripada lelaki terutama pada rahim. Banyak sebab berlaku demikian tetapi penawar daripada
pewarna kunyit adalah yang terbaik untuk pembersihan rahim.
Curcumin telah terbukti digunakan dalam perubatan Jawi sebagai ubatan yang berkesan pada tahap awal. Produk curcumin bukannya 100% daripada kunyit tetapi ia disinergikan dengan lada hitam untuk meningkatkan lagi keberkesanannya. Jika boleh saya sangat mengharapkan semua kaum wanita menggunakan curcumin sebagai amalan harian.

Selain daripada itu,curcumin juga digunakan sebagai ubat alzimer(pelupa) dan ia mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengeluarkan racun(logam berat) dari tubuh disamping ubat makan untuk mata yang rabun(catarak). Orang yang mengetahui khasiat kunyit pasti tidak akan meninggalkan penggunaan herba ini. InsyaAllah.

-Tn. Hj Ismail Ahmad-

Categories : Herbalis, Perubatan Jawi
Comments (0)
Mar
24

Kursus Diagnosis Cara Mudah Dan Tepat.

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Kursus ini akan diadakan pada bulan april bagi memantabkan ilmu perawatan kepada ahli-ahli HPA dengan keupayaan diagnosis penyakit melalui,muka,lidah,mata,hidung,telinga,kaki ,kulit dan lain-lain lagi. Kursus ini lebih khusus kepada mereka yang telah pun mengikuti program PIC,iridologi,bekam,reflexologi dan seumpamanya. Peserta hanya dibuka kepada 100 orang sahaja dan masa kursus 2 hari 1 malam.

Tidak ada alatan digunakan untuk merlakukan diagnosis,hanya memahami dari perubahan zahir tubuh sahaja. Mereka yang berminat boleh menghubungi saudara hafiz (019 4749717) atau Suhairi (013 423 9717) .
Categories : Herbalis
Comments (0)