Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 520

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 535

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 542

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 578

Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 18
Kelab Kembara HPA

Archive for Kelab Kembara HPA

Sep
24

Aktiviti Kelab Kembara HPA

Posted by: HPA Online Network | Comments (2)

Kelab kembara HPA merupakan aktiviti kembara dalam dan luar negeri bagi mengenali pelbagai spesis herba yang ada di sesuatu tempat. Ia terbuka hanya kepada ahli HPA yang berminat untuk meneroka alam yang sangat unit ciptaan Allah.

Setiap ahli diminta untuk membawa kamera bagi merakamkan gambar-gambar pemandangan yang sangat cantik untuk koleksi pengembaraan. Di samping itu juga pelbagai latihan akan diadakan seperti kecekapan penggunaan kamera, penentuan spesis herba ubatan, survival dihutan, penggunaan kompas dan lain-lain lagi. Peserta juga akan membiayai sendiri semua kos yang terlibat dan peralatan-peralatan yang diperlukan adalah tanggungjawab peserta seperti khemah, kompas dan alatan lain yang akan diberitahu. Kelab ini kebanyakanya tidak akan bermalam di hotel tetapi memilih tempat perkemahan kecuali dalam situasi-situasi tertentu.

Oleh kerana aktiviti ini melibatkan aktiviti lasak maka dinasihatkan ahli-ahli kembara memilih program-program yang sesuai untuknya dan tidak wajib mengikuti semua program.

Manafaat yang akan diperolehi daripada program ini ialah pendedahan yang lebih meluas tentang tumbuhan-tumbuhan ubatan dan kaedah perawatan sesuatu etnik. InsyaAllah.

Setiausaha Kelab ialah En Mahadi (0139299944) dan mereka yang telah bank in duit ke acc saya perlu memaklumkan ke setiausaha kelab segera. Daftar di http://hpa.com.my/kembara

Categories : Kelab Kembara HPA
Comments (2)
Sep
23

HPA Lancar Kelab Kembara

Posted by: HPA Online Network | Comments (0)

Kelab Kembara HPA telah ditubuhkan secara tidak rasmi pada 09-09-09. Pengendali kelab ini ialah Pengarah Jati Mahadi Che Harun. Kelab ini terbuka kepada semua ahli HPA yang berminat untuk mengembara dan merantau “Selangkah ke Alam Herba“.

Antara aktiviti yang dirancang ialah :-

  1. Khidmat Sosial, Ekspedisi Herba.
  2. Pengembaraan Menghasilkan Dokumentasi Herba di Dalam dan Luar Negara.
  3. ‘Survival’ dalam hutan seperti :

- Penggunaan Kompas
- Penentuan Spesis Tumbuhan Tidak Beracun.
- Rawatan Kecederaan Dan Kewcemasan
- Bahan Anti Bisa/Keracunan haiwan dan lain-lain.

Trip buat masa ini hanya meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Objektif utama kelab ini adalah ingin mencari diri serta mengenal dunia luar.Trip biasanya dibuat setelah ada persetujuan antara ahli kelab, kerana masing-masing mempunyai kerjaya. Tujuan kami hanya satu, mahu kenali dan berbangga dengan khazanah yang ada di bumi.

KEPADA YANG BERMINAT MENJADI AHLI KELAB, BOLEHLAH LAYARI :-

http://hpa.com.my/kembara

Categories : Kelab Kembara HPA
Comments (0)