Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 520

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 535

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 542

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 578

Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 18
Kelab Pemimpin AlWahida

Archive for Kelab Pemimpin AlWahida

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : ”Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim” dan dalam hadis yang lain ”Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”.

Berdasarkan 2 hadis di atas, adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap orang muslim untuk menuntut ilmu. Justeru kepada mereka yang ada niat hendak menjadi seorang usahawan muslim, wajiblah bagi mereka mendalami segala ilmu yang berkaitan dengan bidang yang ingin mereka ceburi. Mereka harus mengetahui produk-produk yang akan diniagakan dan juga perlu ada pengetahuan tentang teknik dan kaedah menjalankan perniagaan.

Gerak Kerja Usahawan Muslim HPA

Sebagai menyahut seruan Nabi SAW tadi, Komuniti HPA Bandar Baru Bangi telah mengadakan Kelas Mingguan pada setiap hari Selasa malam Rabu, bermula jam 9.30 malam dan bertempat di Aras 1, Cawangan HPA Bandar Baru Bangi yang juga merupakan Pusat Komuniti bagi ahli-ahli HPA sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya.

Modul Kelas Mingguan HPA biasanya dimulakan dengan slot ”Profail Syarikat”. Dalam slot ini ahli dikenalkan secara ringkas tentang HPA Industries dan tidak lupa juga dimaklumkan akan perkembangan terkini syarikat. Slot kedua pula, ahli akan diperkenalkan dengan ”Pengetahuan Produk” yang disampaikan oleh Herbalis bertugas. Hanya satu produk yang diperkenalkan untuk satu malam dan akan berubah pada minggu yang seterusnya. Ahli boleh mengajukan persoalan bagi mendapatkan jawapan serta penyelesaian bagi sebarang masalah penyakit.

Gerak Kerja Usahawan Muslim HPA

Slot ketiga merupakan salah satu slot terpenting di mana ahli akan dijelaskan dengan teknik atau kaedah menjalankan perniagaan melalui modul ”Pelan Pemasaran”. Dalam slot ini juga ahli diterangkan bagaimanakah menjana pendapatan lumayan bersama HPA. Ahli diterangkan mengenai pangkat, peratus bonus dan sebagainya.

Slot Motivasi atau Tazkirah adalah slot terakhir. Penceramah akan menaikkan semangat ahli dalam perjuangan bersama HPA ini. Ahli juga dinasihati agar menjadikan HPA sebagai satu wadah perjuangan yang berkonsepkan ibadah kerana Allah disamping mendapatkan keuntungan duniawi dan juga ukhwari.

Gerak Kerja Usahawan Muslim HPA

Tidak rugi jika hadir ke Kelas Mingguan ini. Banyak manfaat yang boleh diambil daripadanya. Istiqomah dan ajaklah rakan-rakan anda hadir sama bagi mencapai cita-cita menjadi seorang usahawan muslim yang berilmu pengetahuan.

Sumber : Komuniti HPA BBB

Comments (0)

Dengan kehadiran seramai 68 peserta Program Perkongsian Bijak Cemerlang di TS Hotel Scientex Pasir Gudang telah selamat diadakan dengan jayanya. Dengan menerima maklum balas yang rata-rata berpuas hati dengan kelancaran pengurusan dan pengisian program adalah tidak menjadi sesuatu yang mengejutkan bila satu hari nati HPA membuka kegemilangan baru dalam meneroka satu perjuangan tanpa sempadan di selatan.

Terdiri dari barisan pembentang yang berwibawa dan berkarisma di sini di tuliskan semula beberapa komen yang diterima dari bekas para peserta.

suka sangat dengan orang rumah Syed Ageel (rujuk kepada PJS Suhaiza Rusli) dia mengajar tertib. Senang faham. Suka cara dia mengajar ” - Kak Ramah Md Tab

Ustaz Zahir orang yang banyak ilmu..rugi kalau orang tak ambil peluang. Selepas dengar apa yang disampaikan oleh beliau saya rasa nampak semua depan mata apa yang saya nak kena buat ” - Zul

Gelihati tengok Ustaz Safuan sampaikan radik satu pilihan. Lain dari yang lain tapi best! ” - Selamah Wagiman.

En Khalid ( rujuk kepada PJE Khalid Salim yang menyampaikan modul Pengenalan Syarikat) memang pandai cakap sebab tu dia boleh tarik orang sampai 40-50 orang datang PBC ” - Yus

Walau bagaimana pun PJS Syed Ageel tetap menjadi nadi pengerak utama yang sentiasa dinanti-nantikan kerana hampir semua komen menyatakan ” Syed Ageel paling best! buat orang tak mengantuk!“…

” Mak cik paling suka Qiamulail dengan kuliah subuh. Ustaz yang bawak tu pandai yek..? Kursus ni tak sama macam kursus lain ” - Mak cik Nor

Qiamulail telah dipimpin oleh Ustaz Noor Effendi dan Kuliah subuh serta bacaan Al-mathurat oleh PJ Ustaz Fauzi Md Yatim.

Tahniah kepada semua warga CRC yang terlibat. Pengarah Program PJ Rahmah Rahmat dan urusetia dan Setinggi ucapan terima kasih kepada para pembentang modul yang berjaya menyentuh naluri hati para peserta. Semoga impak yang mendatang nanti adalah kelahiran para usahawan HPA yang berani maju dan berjuang dengan penuh istiqomah dalam menentukan kebangkitan dan pengukuhan ekonomi umat islam melalui HPA sebagai satu wadah.

Sumber : Blog crcradix

Comments (0)

Program Pemantapan di Cawangan HPA Bandar Baru Uda telah selamat diadakan dengan jayanya pada 14 jun 2009. Walaupun sedikit terlewat namun program yang di kelolakan oleh PJS Syed Ageel tetap mendapat sambutan dengan kehadiran peserta seramai 48 orang dan ianya menjadi satu permulaan yang cukup baik bagi BBU.

PJS Syed Ageel

Turut hadir memeriahkan lagi program ialah PJS Roslina Hashim.Program yang bersifat sentuhan motivasi bagi lepasan-lepasan PBC ini membantu membuka minda dan menaikkan semula semangat di kalangan bekas peserta yang rata- ratanya kurang memberi perhatian dari sudut keyakinan dan kehendak sebagai seorang usahawan.

Program Pemantapan Di Cawangan BBU

PJS Roslina Hashim

Turut diberi penekanan ialah pengetahuan tentang produk dan asas perawatan dalam mengenal pasti penyakit melalui kaedah mendiagnos saraf tapak tangan yang disampaikan oleh PJ Rahmah Rahmat.

Program Pemantapan Di Cawangan BBU

Tekun mendengar penerangan-penerangan yang disampaikan. Semoga kesungguhan mereka-mereka ini akan melahirkan usahawan-usahawan HPA yang berjaya di bumi Johor nanti.

PJS Syed Ageel merupakan antara pembentang modul yang sangat diminati kerana sering menyentuh isu-isu terkini dengan gayanya yang mencuit hati para hadirin membuatkan setiap program yang dikendalikan mendapat maklum balas yang amat mengalakkan.

Program Pemantapan Di Cawangan BBU

Bergambar beramai-ramai bersama PJS Syed Ageel dan PJS Roslina Hashim.

Program Pemantapan Di Cawangan BBU

Sesungguhnya setiap kesungguhan itu jika berterusan akan membuahkan kejayaan dan sebaliknya jika setiap usaha yang dibuat hanya separuh jalan maka hasilnya hanyalah satu kerugian. Maka dengan itu diharapkan program pemantapan ini telah dapat mengejutkan kesadaran setiap pejuang-pejuang ekonomi umah yang telah terlena sebentar.

Sumber : Blog Crcradix

Comments (0)
Jun
20

Aiskrim Toyyibah Isu Gelatin

Posted by: HPA Online Network | Comments (2)

Aiskrim Toyyibah Isu GelatinBagi yang meminati aiskrim, yang selama ini ragu-ragu akan sumber kandungannya, anda bolehlah mencuba aiskrim Toyyibah yang telah dikeluarkan oleh HPA pada bulan Mac 2009. Ada beberapa persoalan yang sering didengar dan ada juga rungutan tentang aiskrim ini. Antaranya :-

  1. Kenapa aiskrim ni mahal? - kualiti asikrim ini adalah lebih tinggi berbanding kualiti aiskrim-aiskrim lain yang berada dipasaran dan yang paling penting adalah ia aiskrim yang mengandungi sumber yang halal. Tanpa Gelatin.
  2. Gelatin tu apa? - gelatin adalah bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya unik. Kegunaannya diperluaskan ke dalam industri farmaseutika,kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak dapat dihasilkan.

Terdapat 2 jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakkanya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ sperti lembu, kambing dan kerbau.

Bagi orang-orang islam, walaupun sumber gelatin itu dari sumber yang halal dimakan, harus dititik beratkan ia turut disembelih mengikut syarak.

Antara makanan mengadungi gelatin

  1. Konfeksionari (Coklat,gula-gula)
  2. Puding, kek dan pai
  3. Gummi, Jeli, pastil berperisa
  4. Yogurt, keju dan butter
  5. Aiskrim
  6. Pencuci mulut segera
  7. Gula-gula getah
  8. Produk-produk daging yang diproses

Gelatin digunakan dalam produk-produk di atas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau pengikat. Walaubagiman baiknya gelatin, soal halal atau haram perlu dititik beratkan. Sebab itulah aiskrim Toyyibah tidak mengandungi gelatin.

Sumber : Kosmo Online & Halalgelatin.com.my

P/S : Produk halal tanggungjawab bersama apa yang kita makan, itulah yang menjadi darah daging kita.

Sumber : KJPP Hpa Rompin

Comments (2)

Cara masak satay HPA yang betul

Kalau anda pernah beli satay HPA, cuba perhatikan apa akan terjadi bila satay di panggang semula atas api atau dipanaskan dalam oven. Daging ayam akan mengecut dan menjadi tak berapa enak untuk di makan. Di sini saya nak berkongsi cara memasak semula satay HPA dan menikmati satay yang lazat dan berkhasiat. Satay HPA sebenarnya menggunakan ayam yang telah diproses dengan kaedah masakan.

Jadi, untuk mengelakkan satay jadi kecut bila dimasak semula, masukkan satay ke dalam kuah satay yang dipanaskan. Sebelum tu, tambah sikit air ke dalam kuah satay supaya kuah tak jadi terlalu pekat dan proses pemanasan satay sekata. Selepas satay yang beku dah cair dan kuah pun dah likat sedikit, anda boleh hidangkan untuk menjamu seisi keluarga. Selamat mencuba.

HPA ada ‘Sundae’

Anda boleh cuba menyediakan sundae sendiri dengan menggunakan ais krim toyyibah dan produk-produk HPA yang lain. Masukkan ais krim ke dalam bekas, mangkuk atau cawan, kemudian letakkan kordial HPA (mangga  @ roselle @ asiatica @ kurma @ jambu) di atas ais krim atau letakkan jem HPA (nenas @ roselle) untuk makan aiskrim toyyibah secara kreatif. Selamat mencuba.

Sumber : Kelab Kepimpinan Al-wahida Pahang

Comments (0)