Archive for Kelab Pemimpin AlWahida
Kelas Refleksiologi Komiti HPA Nilai
Posted by: | CommentsAlhamdullillah tadi Komiti HPA Nilai telah berjaya melaksanakan kelas ilmu, kali ini kami belajar Refleksiologi yang telah dikendalikan oleh saya sendiri.
Hari ini saya telah diuji oleh Allah, kepulangan ayah saya dr Tanah Suci Mekah kali ini disambut dengan deraian airmata kami anak beranak kerana melihat keadaannya yang berkerusi roda diusung oleh Pembantu Kesihatan Airport. Keadaan ayah amat lemah dr pengamatan saya. Sangkaan saya benar bila ayah menceritakan yang dia Hypo kerana tidak berselera makan setelah kena cirit birit. Tangan dan kaki sebelah kirinya telah mengalami hilang fungsi. Ayah juga tidak membuang air kecil sejak hari Ahad lagi.
Sampai di rumah saya terus membuat refleksiologi pada kaki ayah, setelah 1/2 jam memicit ayah tertido. 10 minit kemudian ayah terjaga dan minta dibawakan ke tandas kerana ayah terasa ingin membuang air kecil. Alhamdullillah ayah mampu terkencing juga akhirnya dan kencingnya berwarna coklat. Selepas itu saya dan ayah mendapati kaki kirinya mampu diangkat yang sebelumnya tadi tidak. Ayah seronok sangat bila kakinya dapat diangkat walaupun sikit.
Selepas itu ayah minta saya memicit tangannya pula. selepas 10 minit memicit ayah mampu menggenggam sepenuhnya tangan kirinya walaupun tidak berapa kuat sangat. Terlihat wajah kesyukuran dari wajah ayah tadi. Syukur sangat saya kerana dapat membantu ayah dengan ilmu yang saya perolehi di Sijil Herbalis yang lalu.
Tadi juga semasa di kelas refleksiologi saya curahkan semua ilmu yang ada pada saya semoga ilmu yang saya perolehi dan yang di curah bermanafaat pada semua, insyaallah. Semoga dapat disampaikan dipraktikan secara semaksimumnya.
Sumber : Blog Azmieyhpa
Gempur Radix Dan Penerangan HPA Di Shah Alam
Posted by: | Comments
Sabtu 13 Jun, Saya bersama PJE Shajaruddin Tasiron dijemput oleh Sahabat Amanah Ikhtiar Seksyen 28 Shah Alam untuk memberikan penerangan tentang khasiat Kopi Radix keluaran HPA dan Peluang Perniagaan bersama HPA. Wakil Sahabat Amanah Ikhtiar En Rahim Mohd Noor sebelum itu mengalu-alukan kedatangan hadirin walaupun banyak kenduri kahwin pada hari itu. Lebih 30 orang yang hadir yang kebanyakannya dari penduduk setempat iaitu Taman Alam Megah memberikan respon yang baik terhadap program yang julung kali diadakan di Dewan Tadika Kemas Seksyen 28 Shah Alam.
Pameran produk HPA termasuk Ayam Organik dan Sate segera turut diadakan. Ia dikendalikan oleh En Mat Ronzi yang baru sahaja menjadi pengedar dan Agen Stok di situ.
Saya diberi peluang menyampaikan ceramah selama 90 minit untuk menceritakan Latar belakang dan perkembangan syarikat dari awal penubuhannya sehingga sekarang telah memiliki 150 cawangan, 1500 agen stok dan 500,000 ahli pengedar seluruh Malaysia.
Saya juga menceritakan kelebihan dan faedah mengamalkan Kopi Radix dari sudut kesihatan. Diantaranya ada yang dah menghentikan tabiat merokok setelah beberapa bulan mengamalkan Kopi Radix ini.
Seterusnya PJE Shajaruddin Tasiron menceritakan kelebihan menjadi ahli pengedar HPA. Menurutnya jika menjadi ahli, bukan sahaja dapat produk halal yang berkualiti malah dapat bonus jika tahu caranya. Caranya para hadirin kena faham pelan pemasaran HPA melalui Program Perkongsian Bijak Cemerlang atau PBC yang kita adakan setiap hujung minggu di seluruh Malaysia.
Majlis diakhiri dengan Ujian Mendiagnosis penyakit melalui tapak tangan dan memperkenalkan produk HPA yang patut diambil setiap ujian yang dilakukan. Ia dikendalikan oleh Herbalis PJ Rahmat, pengerusi Komuniti HPA Caw Puchong.
Sumber : Blog Jamalmajlis
Kelas Mingguan Komuniti Klang
Posted by: | CommentsAlhamdulillah Kelas Mingguan malam tadi masih mengekalkan kehadiran Rakan Niaga melebihi 50 orang. Pada awalnya nampak suram, sangkaan mungkin cuti sekolah tak ramai tapi kehadiran 56 orang walaupun hanya PJS setempat yang hadir.
Kelas M dipengerusikan oleh PJX Puan Norwati. Slot Pengenalan Syarikat di isi oleh PJX Mat Izam bin Sapiee. Slot testimoni oleh PR Kak Hamidah Aman, Slot Produk Knowledge oleh Herbalis PJ Haji Onn Ibrahim (Minyak Herba). Slot Plan Pemasaran dan Motivasi oleh PJE Sajaruddin Bin Tasiron.
Bermula pada pertengahan Mei lalu, Cabutan BERTUAH akan dibuat dengan hadiah produk HPA berdasarkan nombor catatan pada buku kehadiran. Walaupun hadiah, nilainya tak seberapa tetapi rakan niaga bangga menerima hadiah yang disampaikan oleh PJS yang hadir.
Kehadiran PJS dan kelainan penyampaian juga antara penarik kepada ahli untuk hadir. Walaupun slot sama, tetapi penyampaian berbeza dapat lebih memberi faham kepada rakan niaga yang hadir.
Gempur…!!!! HPA Boleh…!!! InsyaAllah….
Sumber : Blog Komiti HPA Klang
Program Pemantapan Di Cawangan Bandar Baru Uda
Posted by: | CommentsSatu Pendekatan Satu Matlamat
Program Pemantapan akan diadakan di Cawangan HPA Bandar Baru Uda pada 14 Jun 2009. Membuka ruang kepada para lepasan PBC khususnya mengenal pasti hala tuju dan matlamat masing-masing di dalam HPA dengan bimbingan yang akan diberikan.
Program sehari yang dianggap sebagai satu pendekatan satu matlamat dibuka kepada seluruh ahli HPA yang ingin menyertainya juga sebagai satu suntikan semangat kepada para usahawan HPA yang sedia ada.
Program yang bersifat kejutan motivasi ini akan disampaikan oleh PJS Syed Ageel bermula dari jam 9 pagi hingga 1.30 tengahari. Bayaran sebanyak RM 5.00 untuk persedian jamuan ringan bagi memastikan program berjalan mengikut waktu yang ditetapkan.
“…..Maka tidak ada satupun kejayaan yang dikecapi oleh seseorang di dunia ini tanpa rintangan. Orang yang berjaya tidak pernah putus asa dan orang yang putus asa tidak akan pernah berjaya….”
Sumber : Crcradix
