Archive for Kelab Pemimpin Utara
PBC Taiping Tetap Unggul Disertai Seramai 37 Orang Usahawan HPA
Posted by: | CommentsPada 17 dan 18 Oktober 2009 yang masih berada dalam bulan Syawal iaitu 28 dan 29 Syawal 1430 Hijrah, telah berlangsungnya Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di Hotel Seri Malaysia Taiping. PBC Taiping yang telah berjaya menghimpunkan seramai 37 orang pada kali ini telah menampilkan penceramah yang hebat-hebat daripada Kelab Pemimpin Utara (KPU).


Di antara Pemimpin-pemimpin KPU yang hadir adalah PJS Mohd. Nadzri Ahmad (Pengenalan Syarikat), PJS Ismail Othman (Plan Pemasaran), PJS Sharifah Sulaiman (Diagnos Saraf Tapak Tangan), PJS Zainuddin Abdul (6M), PJ Saliza Zainol (Produk Halal), PJS Mohd. Zamri Bakar (Produk Pilihan), PJS Zanbli Abdul Rashid dan PJS Siham Hashim (Bersama Pemimpin), PJS Asnah Mustafa dan PJS Noormah Zainol (Urusetia), PJS Mohd. Bakar Awang (Bacaan Al-Ma`thurat), PJS Muzlina, PJ Haryzan, PJ Zalilah, PJ Roslina, manakala Malam Bintang-Bintang pula adalah PJE Imillia Abdul Malek dan PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir. MC pula ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof dan PJ Mohd. Affendy Ismail.
Para Fasilitator adalah PJI Haridah Khanun, PJ Hindon, PJ Sazali Salihuddin dan penampilan baru, Ku Iskandar Ku Aziz.


Menurut Pengarah PBC Taiping pada kali ini iaitu PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PBC kali ini walaupun menampilkan penceramah yang hebat-hebat, namun hanya dapat menghimpunkan seramai 37 orang sahaja pada kali ini adalah kerana ramai yang masih dengan `mabuk raya ‘. Walaubagaimanapun, PBC Taiping kali telah berjalan dengan jayanya dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dari Taiping dan juga dari utara yang telah menjayakan PBC Taiping terutamanya PJS Asnah Mustafa yang tidak jemu - jemu mengendalikan PBC di Taiping dari dulu hingga sekarang.
Pertandingan Futsal Piala Pengarah Urusan
Posted by: | CommentsKPU akan menganjurkan kejohanan Futsal Piala Pengarah Urusan pada tarikh 6 hb Disember 2009 bertempat di Gelanggang Futsal Gemilang, Sungai Tukang, Sungai Petani (bersebelahan kilang muslimah). Penyertaan hanya dibuka kepada lokasi komuniti PBC KPU. Bagi setiap komuniti PBC di minta menghantar sekurangnya satu pasukan yang terdiri dari 8 orang pemain. Penyertaan adalah percuma dan hadiah menarik menanti pemenang.
Bagi komuniti PBC yang telah mempunyai pasukan untuk menyahut cabaran ini di minta menghantar nama-nama pemain ke HPA Lagenda Heights, (saudara Fitri-04-4259003). Pemain-pemain yang didaftarkan hendaklah hanya di kalangan pemimpin dan pengedar-pengedar HPA yang aktif.
Komuniti PBC yang dijemput :-
- Langkawi
- Kangar
- Jitra
- Padang Terap
- Alor Setar
- Yan
- Gurun
- Sik
- Baling
- Sungai Petani
- Kulim
- Kepala Batas
- Juru (Nashmir)
- Naza Tanjong Tokong
- Komplek Tabung Haji Balik Pulau
- Parit Buntar/Jawi

Piala Pengarah Urusan Anjuran Kelab Pemimpin Utara (KPU)

Top Tropy Futsal KPU
Program Pemantapan Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
Posted by: | CommentsProgram Pemantapan Plan Pemasaran MLM Syariah HPA telah diadakan pada 12 OKT 209 (Isnin), jam 8.30 malam di Pusat Jualan HPA PJS Mohd Nadzri Bin Ahmad, Padang Temusu Sungai Petani Kedah.

Peserta Program
Seramai 40 peserta hadir, terdiri daripada pengedar lama dan baru. Program yang berakhir pada jam 11.00 malam itu, disampaikan slotnya oleh PJS Haji Ismail Othman. Antara kupasan yang diutarakan adalah mengenai :-
- Konsep MLM Syariah HPA
- Perbezaan antara MLMS dengan Piramid Sistem.
- Perbezaan antara MLMS dengan Money Game.
- Praktikal dan amali Penyata Bonus HPA.
- Huraian Bonus HPA dan cara untuk mendapatkannya secara terperinci.
- Kaedah mudah mencapai 5 angka menerusi PBC.

PJS Haji Ismail Othman
Program yang sama akan diadakan pada 25 OKTOBER 2009 di Kepala Batas dan pada 14 NOVEMBER 2009 di Kulim.
Program ini terbuka kepada semua ahli dan pengedar HPA dan Pendaftaran adalah PERCUMA.
KPU Kulim Anjur Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh
Posted by: | CommentsMajlis berbuka puasa bersama ahli HPA anjuran KPU Kulim telah diadakan pada 8 September 2009 Bersamaan 18 Ramadhan 1430H Bertempat di perkarangan HPA Cawangan Kulim. Kehadiran seramai lebih kurang 80 orang yang terdiri daripada pemimpin, fasi dan pengedar. PJS yang hadir Ustaz Mohd. Zamri Bakar, Ustazah Siham Hashim dan Cikgu Zainuddin Abdul. Seterusnya bersolat terawih berjamaah di Dewan HPA Cawangan Kulim. Majlis berakhir pada jam 9.30 malam.




Sumber : KPU
PBC BALING Dapat Sambutan Hangat Selepas Konvek HPA 2009
Posted by: | CommentsBertempat di Hotel Bayu, Baling, Kedah, Kelab Pemimpin Utara (KPU) berjaya mengadakan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) pada 14 dan 15 OGOS yang lalu. Seramai 50 peserta hadir dengan penuh minat dan semangat juang yang tinggi.



Menurut Pengarah PBC, PJS Cikgu Razak Hussain, PBC pada kali ini nampak lebih baik kerana peserta yang hadir mendapat semangat baru selepas KONVEK HPA 2009. Walaupun daerah BALING merupakan kawasan yang agak pedalaman, namun semangat perjuangan untuk memartabatkan produk HALAL lagi BAIK amat tinggi. Kempen kesedaran terhadap penggunaan produk HPA diteruskan dari semasa ke semasa tanpa henti.





Pada PBC kali ini beberapa pemimpin dari KPU hadir menyampaikan slot. Mereka ialah PJS Ustaz Zaidon (Pengenalan Syarikat), PJS Ustaz Zamri (Plan Pemasaran HPA), PJS Cikgu Razak Hussain (Gerak Kerja 6M), PJS Muzafar Aliyasak (Produk Pilihan), PJS Roshadah Razak (Diagnos Tapak Tangan), PJS Ustaz Asri Hussain (Halal dan Haram) dan Malam Bintang-Bintang bersama PJ Rahimi Razak.



Hadir sama membantu dan menjadi fasilitator ialah PJ Rahimi Razak, PJS Md Khatib Hussain, PJ Ridzuan Razak, PJ Azhar Hashim, PJE Umi Kalsom, PJ Cikgu Ishak, PJ Ustazah Salmah, PJ Norhayati, PJ Ustaz Che Me dan PJ Azli.




