Archive for Kelab Pemimpin Utara

Delegasi Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah mengadakan lawatan awal dalam usaha meluaskan perniagaan HPA di negara Brunei Darussalam. Brunei merupakan salah sebuah negara Islam yang terkaya di dunia. Sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di sana menjanjikan syiar Islam terus terpelihara dan berkembang maju. Hampir 100% penduduknya beragama Islam.

Delegasi KPU Teroka Dan gempur Brunei Darussalam

Pemimpin KPU mengintai peluang HPA di Negara Brunei Darussalam

Atas dasar tanggungjawab bersama memikul amanah Allah SWT dan menunaikan tuntutan fardu kifayah, maka PJS Syed Ageel, PJS Syed Salahuddin, PJ Ustaz Mohd Nazri Abu Zarin (dari Darul Quran), PJ Sharifah Noorol Hayat (dari Terengganu) dan PJ Ustaz Yusof telah mengorak langkah meneroka dan mengintai peluang di negara tersebut.

Akhirnya delegasi ini berjaya juga mengadakan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) pada 08 JULAI 2009 yang lalu di Bandar Seri Begawan. Seramai 20 peserta telah hadir. Walau pun kehadiran peserta tidak ramai, namun ia merupakan momentum awal bahawa HPA pastinya akan terus bergegar dengan kehadiran para pemimpin yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

Perkongsian Bijak Cemerlang Brunei

Perkongsian Bijak Cemerlang Brunei

Para PJS KPU bergambar kenangan dengan peserta PBC

Lawatan dan PBC awal ini merupakan pemangkin ke arah pemantapan PBC seterusnya yang akan diadakan pada bulan Ogos ini. Dijangka pada Ogos ini beberapa PJS dari KPU akan hadir. Antaranya PJS Ismail Othman, PJS Mohd Nadzri Ahmad dan PJS Sharifah Sulaiman.

Delegasi KPU Teroka Dan gempur Brunei Darussalam

PJS KPU bersama pemimpin dan penggerak HPA di Brunei

Semoga lawatan awal ini akan membuahkan hasil berganda, ditunjangi dengan gandingan mantap bagi memastikan HPA sentiasa berada di persada antara bangsa dalam merealisasikan perjuangan memartabatkan produk halalan toyyiba.

Sumber : Blog KPU

Comments (0)

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang diadakan pada 04 dan 05 JULAI 2009 di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Seberang Perai Utara telah menjulang nama baik HPA di Pulau Pinang. PBC kali ini mempunyai keistimewaan dan mencipta sejarahnya yang tersendiri.

PJM Syed Ageel dan PJE Zanbli

PJM Syed Ageel dan PJE Zanbli, tonggak utama yang menjulang semula kebangkitan HPA Pulau Pinang.

Peserta Lelaki

Peserta Wanita

Peserta PBC bergambar kenangan bersama pemimpin HPA.

Barisan Fasilitator Terlatih KPU

Barisan fasilitator terlatih KPU yang memainkan peranan menjayakan PBC.

Kehadiran peserta seramai 180 orang membuktikan bahawa HPA di Pulau Pinang sedang mengorak langkah ke arah kecemerlangan sebagaimana yang berlaku di Sungai Petani dan Lembah Kelang.

Pengarah PBC, PJM Syed Ageel

Peserta Kyusuk Mendengar Taklimat

Peserta kyusuk mendengat taklimat daripada Pengarah PBC, PJM Syed Ageel.

Peserta PBC Kepala Batas

Peserta PBC Kepala Batas

Suasana kemeriahan PBC Kepala Batas.

Persembahan LDK

Persembahan LDK bertajuk “Set Bersalin HPA”.

Paling menarik dalam PBC pada kali ini ialah kehadiran peserta dari seluruh negara. Ia membabitkan rangkuman menyeluruh komitmen semua Pengarah Jati Setia (PJS) dan pemimpin utama dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Selain dari Pulau Pinang dan Kedah, peserta-peserta juga datang dari Johor, Selangor, Perak, Terengganu, Kuala Lumpur dan Pantai Timur Semenanjung. Hadir sama sebagai peserta ialah 10 pelajar tahfiz dari Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor.

Fasilitator Dan Pemimpin KPU

Fasilitator Dan Pemimpin KPU

Fasilitator dan pemimpin KPU.

Selain itu, semua penceramah yang menyampaikan slot terdiri daripada pemimpin-pemimpin HPA yang telah berjaya di dalam dunia perniagaan MLM (S) HPA. Antaranya PJM Ustaz Mohd Zahir Ghazali, PJM Mohd Nadzri Ahmad, PJM Ismail Othman, PJM Noreda Hamid, PJM Syed Salahuddin Syed Mahayadin, PJM Sharifah Sulaiman dan PJM Azizan Ahmad (Presiden KPU).

PBC kali ini juga dibantu oleh fasilitator terlatih dan berpengalaman. Antaranya ialah PJS Muzlina, PJS Suhaiza, PJS Rohani, PJ Rahmah (CRC Pasir Gudang), PJ Wafa (Ipoh), PJ Johari, PJ Othman, PJ Cikgu Shikh, PJ Cikgu Ariff, PR Borhan, PL Azman, Salleh Azmi, Roshhidee, Redzednan Wahab, Fadlina, Norwaheeda dan Balkhis.

Penceramah HPA Yang Berwibawa

Penceramah HPA Yang Berwibawa

Penceramah HPA Yang Berwibawa

Penceramah HPA Yang Berwibawa

Penceramah berwibawa yang mengisi slot PBC Kepala Batas.

Apapun, kejayaan PBC Kepala batas pada kali ini terletak di tangan dua orang pengarahnya, iatu PJM Syed Ageel dan PJS Zanbli. Mereka merupakan penggerak dan pendokong serta pendorong utama ke arah kejayaan PBC yang dianjurkan. Gandingan mantap serta semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh kedua-dua tokoh muda ini menjadikan PBC Kepala Batas antara yang terhebat di Zon Utara.

PERINGATAN! :

PBC KEPALA BATAS AKAN DATANG PADA 15 DAN 16 OGOS DI HOTEL SERI MALAYSIA KEPALA BATAS. PENCERAMAH DAN FASILITATOR ADALAH DARI KALANGAN PEMIMPIN YANG SAMA. TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI HPA SELURUH NEGARA. MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN LANJUT, SILA HUBUNGI : PJM SYED AGEEL (013-4882778) DAN PJS ZANBLI (019-4104013)

Sumber : Blog KPU

Comments (0)

Presiden Kelab Pemimpin Utara HPA

Benarkah produk herba atau apa sahaja dalam bentuk serbuk merbahaya kepada kesihatan?

Kebelakangan ini ada beberapa majalah serta akhbar yang menyiarkan artikel yang memberikan pendapat mengenai kemungkinan produk berbentuk serbuk memudharatkan kesihatan. Ianya diterbitkan dalam suasana terdapat trend produk-produk terbaru yang dikeluarkan dalam bentuk extraction. Apakah ini salah satu perang saikologi bagi memenangi pasaran? Semua yang ditulis setakat yang saya tahu tidak pernah dibekalkan dengan data-data yang terang dan jelas. Kalaulah ada mereka yang mengatakan bahawa serbuk ubatan yang menyebabkan terjadi batu karang dan batu dalam hempedu, itu hanyalah sangkaan semata-mata yang tidak berdasarkan kepada ilmu.

Kalau kita mengkaji beberapa ilmu mengenai sistem tubuh iaitu sistem pencernaan (digestive system), sistem peredaran darah (circulatory system) dan sistem pembuangan (excretory system), sudah tentu dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tuduhan sedemikian adalah merupakan satu fitnah jahat yang dilemparkan kepada bahan yang sepatutnya menjadi penyembuh utama seperti yang diajar oleh nabi melalui hadisnya ‘kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, minum mada berbekam dan kay.

Dalam sistem pencernaan, makanan yang kita makan masuk melalui mulut lalu bergerak ke dalam perut, usus kecil dan usus besar lalu dikeluarkan melalui anus dalam jangkamasa 9 jam lebih kurang. Dalam perjalanan tersebut enzim-enzim pencernaan telah berperanan sehingga makanan bertukar kepada bentuk yang sesuai untuk diserap terutamanya di usus kecil dan sedikit di usus besar. Air, asid dan enzim bertindak melarutkan bahan-bahan untuk membolehkan ianya diserap. Bahan-bahan yang tidak larut semuanya akan masuk ke usus besar, melalui beberapa proses lalu ada yang diserap dan bakinya dikeluarkan sebagai najis termasuk serbuk herba. Serbuk herba yang melalui jalan yang sama mengalami beberapa proses sehingga bahan aktif, mineral dan vitamin dilarutkan lalu diserap sambil hampasnya keluar melalui najis. Penyerapan dari usus kecil ke dalam saluran darah adalah dalam bentuk bahan terlarut dan mustahil untuk serbuk kayu di serap.

Batu dalam hempedu terbentuk disebabkan oleh kandungan kolestrol yang terlalu tinggi dalam darah. Kolestrol yang tinggi terjadi apabila seseorang mengalami masalah usus tersumbat dan mempunyai tabiat suka makan makanan berlemak. Hempedu yang mengeluarkan cecair hempedu (bile) gagal berfungsi dengan berkesan lalu lemak yang mempunyai kepekatan yang tinggi membentuk batu dalam hempedu. Ianya tidak ada kena mengena dengan serbuk herba yang kita ambil kerana mustahil serbuk herba dapat sampai ke kantung hempedu.

Batu karang pula terbentuk disebabkan oleh kepekatan asid yang terlalu tinggi dalam darah. Kepekatan asid yang tinggi membentuk kristal yang lama kelamaan membesar dan mengganggu sistem urin. Kencing kerap, sakit pinggang dan kencing berdarah adalah di antara tanda awal pembentukan batu karang.

Kepekatan asid menjadi terlalu tinggi adalah disebabkan oleh kelemahan yang berlaku kepada fungsi buah pinggang. Juga disebabkan oleh tabiat pemakanan seperti gemar makan sea food dan pengambilan daging berlebihan. Buah pinggang bekerja menapis dan mengeluarkan asid dari darah. Dengan kehadhiran 1.2 juta penapis yg dinamakan nephron, asid di tapis keluar dan darah menjadi bersih. Nephron hanya menapis dan mengeluarkan asid dan bahan toksik. Keunikan Nephron adalah tentang penapisnya yang teramat halus sehingga tidak dapat ditembusi walaupun oleh sel darah merah, apatah lagi serbuk herba.

Isu serbuk herba sebenarnya tidak timbul di sini, sebab bagaimana untuk melalui dan masuk ke sistem buah pinggang walhal ke dalam saluran darah pun ia tidak boleh masuk. Saya berharap dengan penjelasan ini dapat melenyapkan sangkaan-sangkaan negatif mengenai herba yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Soal keberkesanan produk dalam bentuk serbuk dan extraction memerlukan satu perbincangan yang lain kerana banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi keberkesanan produk bukan sekadar bentuk ianya disediakan.

PJS AZIZAN BIN AHMAD
Presiden Kelab Pemimpin Utara HPA (KPU)

Sumber : Blog KPU

Comments (0)
Jun
18

Pra PBC Di HPA Cawangan Ipoh

Posted by: HPA Online Network | Comments (5)

Pra PBC HPA Cawangan IpohDua Pemimpin HPA dari Kelab Pemimpin Al-Wahida (KPA) yang juga merupakan TOP 10 HPA akan mengisi slot PRA PBC yang akan didakan di HPA Cawangan Ipoh pada 19 JUN 2009 (Jumaat), jam 8.30 malam.

Mereka ialah PJS HAFIDZAN FAUZI dan PJS ROSMANDI ISHAK. Kedua-dua tokoh pemimpin HPA ini akan memberi penjelasan dan mengupas mengenai perkembangan HPA dan menjelaskan beberapa isu yang menimbulkan kekeliruan di kalangan pengedar HPA.

PRA PBC ini terbuka kepada semua ahli dan pengedar HPA. Mereka yang berminat bolehlah hadir bersama rakan-rakan anda untuk bergabung dengan HPA. Penyertaan adalah PERCUMA.

Sumber : Blog KPU

Comments (5)

Timbul kekeliruan dan salah tanggapan di kalangan PJ, PSD dan Stokis berhubung surat arahan GM HPA mengenai pembelian 300 Nilai Mata di kalangan peserta PBC bertarikh 25 MEI 2009.

Arahan yang dikeluarkan bertujuan untuk memudah dan melicinkan lagi pengurusan dan perjalanan proses BONUS. Ini kerana terdapat aduan di kalangan peserta PBC bahawa mereka tidak dapat bonus, sedangkan mereka telah membuat belian 300 Nilai Mata di cawangan atas nama STOKIS atau PSD atau Pusat Jualan (PJ).

Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan STOKIS, PSD, PJ terlupa untuk mengeluarkan INVOIS atas nama PESERTA PBC/PEMBELI tadi. Atau pun PESERTA PBC/PEMBELI terlupa memberikan INVOIS tersebut kepada STOKIS, PSD, PJ. Keadaan ini menimbulkan kekalutan kepada pihak M.I.S. Kesannya HPA tidak dapat membayar BONUS kepada peserta tersebut kerana tidak ada dokumen menunjukkan telah berlaku BELIAN PERIBADI 300 Nilai Mata walau pun PESERTA PBC/PEMBELI tersebut bermati-matian mengaku telah membuat belian 300 Nilai Mata di Cawangan HPA atas nama STOKIS, PSD atau PJ.

Oleh yang demikian, amat wajar pihak HPA mengeluarkan arahan tersebut agar kekeliruan ini dapat dibanteras walau pun STOKIS, PSD dan PJ tidak dapat menikmati BONUS STOK 11%, 13% dan 15%. Yang paling penting setiap PESERTA PBC akan lebih jelas dan lancar pergerakan INVOIS mereka.

Saya sarankan sekiranya PESERTA PBC bercadang menghimpunkan Nilai Mata (NM), adalah lebih elok dan molek terus sahaja membuat belian kepada STOKIS, PSD dan PJ yang berdekatan. Jangan sama sekali membuat belian peribadi atas nama STOKIS, PSD dan PJ. Keadaan ini sudah pasti akan menimbulkan banyak kekeliruan dan ketidak puasan hati sekiranya mereka TIDAK LAYAK DIBERIKAN BONUS akibat kesilapan TEKNIKAL.

Sumber: Blog KPU

Comments (0)