Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 520

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 535

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 542

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 578

Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 18
Penal Syariah HPA

Archive for Penal Syariah HPA

May
24

Keputusan Badan Syariah HPA

Posted by: Ridzuan | Comments (0)

Salam, berikut merupakan keputusan badan syariah HPA berkaitan beberapa isu yang timbul :-

Bagi kes-kes berikut :-

1. Jualan produk dengan harga murah
2. Pemalsuan invois
3. Isu memancing rangkaian orang lain

Panel Syariah HPA

Keputusan ini dikeluarkan atas permintaan mesyuarat PJS (29 April 2010). Setelah menimbang dengan saksama dan dengan merujuk kepada garis panduan yang diputuskan oleh Panel Syari’ah HPA, maka dengan ini Badan Syariah HPA memutuskan seperti berikut;

Kes pertama; penjualan produk dengan harga lebih murah dari harga yang ditetapkan Syarikat

Panel Syariah berpandangan, amalan tersebut adalah menyalahi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat dan berdasarkan prinsip al-Ju’alah pihak Syarikat berhak untuk membatalkan bonus jika dibuktikan pihak terbabit melanggari mana-mana syarat yang dipersetujui kedua belah pihak.

Apatahlagi syarat tersebut bertujuan melindungi kepentingan semua pengedar, maka atas kaedah Saddan Liz-Zari’ah, maka pihak Syarikat berhak mengambil langkah awal bagi mengelak berleluasa gejala tersebut di masa hadapan.

Kes kedua; pemalsuan invois

Berdasarkan pengaduan pegawai AWM, ada pihak yang telah mengisi invois tanpa stok fizikal. Maka Badan Syariah berpandangan; perbuatan ini jelas suatu penipuan yang besar dosanya yang dilarang oleh Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadisnya (bermaksud); “Sesiapa menipu kami, maka ia bukan dari kami”. Akibat dari perbuatan seperti ini, pihak Syarikat terpaksa menanggung kerugian kerana bonus diberi tanpa kerja. Maka dari sudut tindakan, pihak Syarikat berhak mengenakan apa-apa tindakan yang berpatutan.

Kes ketiga; Isu memancing rangkaian orang lain

Bagi kes ketiga, pihak Badan Syariah mendapati perbuatan tersebut menyalahi adab dan etika pengedar yang tetapkan oleh Syarikat antaranya yang dapat difahami dari sabda Nabi “Janganlah seseorang dari kamu menjual atas jualan saudaranya, dan janganlah ia meminang atas pinangan saudaranya” (HR al-Bukhari dari Abu Hurairah r.a.). Oleh itu, Badan Syariah mengesyorkan kepada syarikat supaya mengkaji punca berlaku perkara tersebut dan mengambil langkah-langkah perlu antaranya menghidup usrah di kalangan leader.

Wallahu a’lam bis-shawab.

……………………………….
(USTAZ AHMAD BIN ALI)
Pengerusi Badan Syari’ah HPA

Comments (0)

Dalam seminggu dua ini banyak berita mengenai Ayam. Itu adalah makanan kegemaran generasi kini KFC, Nandos, Kenny Roger Rosters dan sebagainya sentiasa penuh dikunjungi. Kisah ayam cucuk bukanlah berita yang menggemparkan kerana telah selalu di dengar dan dilupakan kita. Persoalannya adakah ayam yang kita nikmati sehari-hari diternak dan di sembelih dengan cara yang betul? Sekadar renungan, tindakan perlu diambil untuk memastikan makanan yang kita ambil dan dihidangkan kepada orang adalah yang halal lagi baik.

Menyedari masalah ini HPA telah membuat penternakan ayam organik sebagai alternatif kepada ayam biasa yang di jual di pasaran. Juga bagi mereka yang berada di Sungai Petani dan Alor Setar, Radix Fried Chicken (RFC) yang menhidangkan menu ayam goreng organik sedia dinikmati. Juga penggemar nasi ayam, Restoren Radix Organik Recipe menyediakan nasi ayam organik.

Segala aktiviti-aktiviti perniagaan HPA termasuk penternakan ayam di pantau oleh Panel syariah HPA. Oleh itu, jangan ragu-ragu dengan status halal ayam orgnik HPA. HPA juga telah menurunkan harga ayam organik dari RM 19 kepada RM 15 bagi sebungkus (1.5 kg hingga 2 kg).

Bagaimana untuk mendapatkannya? HPA mempunyai lebih dari 100 cawangan di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi saya untuk bertanyakan maklumat lanjut mengenai ayam organik HPA.

Sumber : Panel Syariah

Categories : Penal Syariah HPA
Comments (2)