Archive for Perubatan Jawi

Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak. Saya percaya sambutan kepada IMT drink akan bertambah dan mungkin melebihi pemintaan Minyak But-but sekiranya pengguna faham kelebihanya. Antara kelebihanya ialah :-

  1. Pelindung hati
  2. Demam panas dan demam selsema
  3. Sakit tekak
  4. Resdung
  5. Sakit sendi
  6. Cirit-birit
  7. Ketersumbatan jantung
  8. Menurunkan kolesterol
  9. Menurunkan darah tinggi

IMT Drink

Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT Drink tidak bermasalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya, secawan kecil. Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami, 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak-anak mereka. Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia, tanpa rasa dan sangat berkesan. Ia di proses dari daun hempedu bumi dan air mineral yang beralkali (pH 9.8 ). Di mana air mineral ini boleh diperolehi? Air mineral yang Allah keluarkan untuk kita di Pokok Sena, Kedah. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.

Categories : Perubatan Jawi
Comments (0)
Nov
24

2 M Untuk Ginjal Anda

Posted by: HPA Online Network | Comments (1)

Kita sering terlupa bahawa ginjal merupakan salah satu organ yang penting dalam penjagaan kesihatan. Lihat sahaja kepada mereka yang menggunakan mesin hemodilisis terpaksa tidur menghabiskan masa 4 jam untuk sekali proses rawatan. Jika seminggu 3 kali, bererti sepanjang hidupnya terpaksa menghabiskan 12 jam berbaring dalam keadaan suka ataupun tidak. Jadi tidak salah jika HPA ingin mengemukakan beberapa jenis herba yang telah terbukti keberkesanannya pada mereka yang tergantung hidup dengan mesin selama ini.

Malac + Madu Asli HPA

Kapsul Malac dibuka (3 X 3) dan dimasukan ke dalam gelas yang mengandungi air panas. Kacau hinggga ia benar-benar larut dan tunggu hingga berlaku mendapan hampas di bawah gelas. Ambil airnya sahaja (hampas ditinggalkan) dan campur dengan madu lebah 1 sudu teh kecil dan minum 3 kali sehari. Jangan lupa lakukan bekam di titik ginjal (kedua belah) dan di titik tengah tulang c 7. InsyaAllah, dalam masa terdekat kekerapan melakukan hemodilisis akan semakin berkurangan.

Categories : Perubatan Jawi
Comments (1)
Nov
23

Rahsia Lima Jari Anda

Posted by: HPA Online Network | Comments (0)

Lima Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu, janganlah sesekali anda abaikan.

Saraf Tapak Tangan

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan pula dari anda yang kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini kita akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa sahajalah yang akan membantu kita menunjukkan jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakan anda akan pada waktu itu?

Tangan Anda - Rahsia Lima Jari

Nah, sekarang anda naikkanlah pula jari ketiga, jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja telah pun meninggalkan kita tanpa dipinta. Namun begitu alam dewasa pula kian menjegah kehidupan kita. Pada peringkat umur 30-an ini seorang itu telahpun mempunyai status dan identiti dengan ekonomi diri yang bolehlah dikatakan kukuh serta mempunyai sebuah kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini begitu banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam diri sendiri, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi yang boleh wujud dalam diri anda jika anda gagal mengawal emosi ini dengan baik lantas anda terus masuk ke jerangkap NAFSU dan SYAITAN. Justeru itu amal dan ibadat haruslah dilipatgandakan!

Kita beralih pula pada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap SATU dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea bernas sambil tampil dengan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari anda. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya adalah membenarkan sesuatu mentafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Pada generasi palapis HPA bertanya pada yang lebih pengalaman… Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya mereka akan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan akan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhir kalam dari sini, cubalah anda perhatikan kembali akan kelima-lima jari jemari anda itu. Renung dan fikirkanlah dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang?

Dengan HPA ini nyatakan ‘PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA’

Comments (0)
Nov
21

Tulang Dan Tanah Liat

Posted by: HPA Online Network | Comments (0)

Tulang juga mempunyai respon terhadap perubahan suhu persekitaran di mana bagi sesetengah orang yang menghidap sakit arthritis akan mula terasa ngeri apabila hari hendak hujan. Ini juga berlaku kepada seseorang yang menggunakan besi untuk rawatan tulang yang patah.

Anda tentu pernah mendengar kaedah terapi lumpur yang dijadikan bahan untuk melumuri tubuh terutamanya kepada pesakit lumpuh dan saraf. Begitu juga dengan rawatan menimbus diri dengan pasir laut untuk tujuan kesihatan. Bagi perawatan jawi, tanah liat putih di bancuh dengan air dan di lumuri pada tempat-tempat yang sakit agar cepat pulih terutamanya kes peradangan.

Melumuri bahagian tubuh dengan tanah liat dapat mengimbangi semula kepanasan tulang untuk kembali berfungsi. Tanah liat hitam dan kuning juga boleh digunakan. Batu kawi (sejenis batu kapur merah) juga sering digunakan bagi tujuan yang sama cumanya ia lebih banyak digunakan untuk mengecilkan ketumbuhan.

Categories : Perubatan Jawi
Comments (0)

Tahniah kepada En. Abu Seman dan Puan Dahlia (peserta sijil ke 17) yang telah membuka pusar rawatannya di MJC, Bandar Baru MJC, Batu Kawa, Kuching, Sarawak. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di Pusat Hemodilisis dan mempunyai kelayakan bagi menguruskannya. Mudah-mudahan suatu hari nanti HPA juga mempunyai pusat hemodilisis sendiri, InsyaAllah. Dari pengalaman beliau yang mengendalikan pesakit buah pinggang mendapati bahawa malac dan madu sangat membantu pesakit yang menjalani proses cuci darah. Malac (2x 2) diberikan bersama madu asli HPA. Kesannya yang boleh dilihat tempoh cuci darah tidaklah sekerap kebiasannya.

Menceritakan pengalaman beliau sebagai ahli terapi herba, ketumbuhan di ovari juga sangat berkesan dengan pengambilan Shark cartilage (5×3), kopi radix (1x 2) dan roselle (1x 2). Walaupun dos kopi dan roselle itu kecil tetapi ia sangat berguna untuk mempercepatkan kesembuhan tersebut. Semoga Allah menjadikan beliau sebagai ahli herba yang mahir, InsyaAllah.

Categories : Perubatan Jawi
Comments (0)