Archive for Perubatan Jawi
Pembetulan Tulang Belakang
Posted by: | CommentsTelah menjadi suatu kebiasaan bagi kita, meminta anak-anak agar dapat berjalan dan memijak diatas belakang dalam keadaan kita tidur meniarap. Kaedah ini akhirnya menjadi satu method pengubatan yang berkembang di dunia yang dikenali sebagai pengubatan kiropraktik. Di sudut maknanya kiropraktik ialah pengubatan menggunakan tangan kosong dengan melakukan beberapa teknik manipulasi pada bahagian tulang belakang. Selari dengan perkembangan method ini, ada satu lagi kaedah yang hampir sama tetapi lebih meluas dari manipulasi tulang belakang iaitu “shiatsu”.
Namun begitu PTB (Pembetulan Tulang Belakang) yang kita kemukakan ini merupakan method pengubatan Melayu (JAWI) yang banyak digunakan oleh perawat-perawat terutama para bidan kampung. Tujuan awal kaedah ini ialah untuk memberikan urutan selepas bersalin kerana wanita yang bersalinlah yang banyak menghadapi masalah tulang belakang.
Di sudut yang lain, PTB perubatan Jawi juga menggunakan besi panas yang saya kira lebih efektif daripada penggunaan tangan kosong “ kiropraktik” dan “shiatsu”. Besi panas yang dimaksudkan bukanlah “al kay” seperti yang dilarang dalam hadis tetapi kaedah bertungku yang betul. Berat tungku juga diambil kira pada mengikut berat badan pesakit. Selain daripada itu bagi kes tertentu pijakan dengan kaki juga dilakukan.
Tulang belakang terdiri daripada ruas Cervical (7), ruas Thoracic (12), ruas Lumbar (5), ruas Sacrum, ruas Coccyx (tulang ekor).
Punca Sakit Tulang Belakang.
Ibu hamil
- Posisi tulang belakang dalam keadaan tidak normal kerana mengimbangi berat kandungan.
- Semakin lama kandungan menjadi semakin berat.
- Dibetulkan selepas melahirkan anak.
Cara menyambut anak ketika kelahiran.
- Dislokasi tulang cervical
- Penglihatan menjadi rabun sejak kecil
- Pendengaran juga menjadi kurang peka.
- Setengahnya melibatkan bahagian otak yang mengakibatkan masalah kecerdasan akal.
Kecederaan/kesakitan sebelah kaki
- Berjalan dalam keadaan berat sebelah juga memberikan kesan pada tulang belakang.
Duduk yang lama terutama diatas kenderaan
- Berlaku ketegangan ligamen yang menarik ruas tulang belakang.
Duduk atau tidur dalam posisi yang tidak betul
- Tulang bergerak dari kedudukan normalnya.
Kasut yang kurang kualiti
- Hentakan tulang belakang tidak dapat diserap pada kaki.
Kecederaan sewaktu mengangkat barang yang berat
- Berlaku perubahan lokasi tulang dan baisanya berbunyi agak kuat.
Tilam yang tidak berkualiti
- Tulang belakang mengikut bentuk kelenturan tilam yang tidak selesa .
Lumpuh
- Sebahagian tubuh menjadi lemah mengakibatkan keadaan menjadi semakin teruk.
Kecederaan sewaktu bersukan.
- Boleh berlaku perubahan kedudukan tulang akibat gerakan yang kuat.
Jatuh ketika kecil (baru berjalan)
- Kesan jatuh masa kecil akan mula dirasai kemudiannya.
Bantal tidur yang terlalu tinggi.
- Bantal tidak boleh terlalu tinggi ataupun terlalu rendah.
Obesiti
- Berat badan yang berlebihan menyebabkan tidak bermasalah.
Kemalangan
- Akibat dari kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.
Kurang air dalam badan.
- Kekurangan air menyebabkan tulang sentiasa kering dan kehausan tulang boleh berlaku.
Sakit Belakang
Bukan semua sakit belakang berasal dari tulang belakang kerana kemungkinan juga berlakunya jangkitan dibuah pinggang atau daripada masalah kawasan peranakan(wanita). Banyak juga disebabkan kekurangan air dalam badan atau kerana terlalu banyak meminum teh,kopi atau herba diuretic.
Selain daripada dislokasi tulang terdapat beberapa factor lain yang perlu diambil kira seperti :-
- Patah
- Tulang haus
- Tulang kering
- Bentuk tulang
Terdapat bentuk tulang dalam keadaan tertentu seperti :-
- Lordosis dan kifosis(bongkok)
- Skoliosis.(tulang bentuk s)
Pemahaman Ilmu PTB
Tulang belakang yang terdiri dari ruas-ruas yang berpisah juga merupakansatu jaringan saraf yang mengunjur dari kepala sampai ke ruas akhir tulang(lihat gambar rajah). Jaringan saraf ini mempunyai kaitan dengan semua organ sehingga dikatakan tulang belakang merupakan pusat kesihatan seluruh tubuh. Tulang juga sama seperti otot apabila ia digunakan ia menjadi semakin kuat dan penyempurnaan tulang belakang berlaku pada usia 20 – 30 tahun. Tulang terdiri daripada Kalogen(protein) dan mineral.
Keperluan kalsium untuk kekuatan tulang sebenarnya ialah 1000mg sehari. Namun bagitu calcium tidak berfungsi tanpa vitamin D. Menunggang kuda dan berenang merupakan dua bentuk riadhah yang membentuk tulang menjadi kuat disamping aktiviti berjalan kaki (laju )selama 20 minit sehari.
Pemeriksaan Tulang Belakang
Membuat pemeriksaan kesihatan tulang belakang boleh dilakukan tidak lebih dari 2 minit jika kita mempunyai kemahiran. Selain dari mendapat petunjukan daripada jawapan pesakit,beberapa organ zahir dapat dilihat secara jelas.
Jari tangan
- Bengkok terutama jari kelingking
- Tidak sama bengkok antara kedua belah tangan
- Rasa kebas di hujung-hujung jari.
Kepala
- Sakit kepala
- Stress yang berpanjangan
- Tekanan jiwa
Pinggang
- Sakit dan menjalar sampai ke dua belah kaki
Jantung
- Laju
Demikianlah tanda-tanda yang boleh difahami akibat dari masalah tulang belakang. Walahua’lam.
Air Bermalam
Posted by: | CommentsSimpan air semalaman didalam tadahan dan buat mandian di awal pagi hari boleh mengubati penyakit yang berasal dari kepanasan. Selain daripada kesegaran, merinjis air di kepala antara azan subuh dan iqamat juga salah satu terapi yang telah diajarkan oleh Rasullulah saw. Namun hadis itu tidak menyatakan air bermalam tetapi memadai dengan air biasa.
Air bermalam ialah air yang di takungkan semalaman dan rasa dinginnya sangat sesuai bagi membilas tubuh yang panas. Jika kita mandi daripada air paip biasa, rasa panas batang paip besi menjadikan ia tidak alami. Di kampung dahulu biasa dibuat kolah air untuk takungan air paip dan kita akan mandi sepuas-puasnya tetapi hari ini ramai yang tidak menyedari penyakit yang mereka hadapi kerana kurangnya mandi dan mengakibatkan suhu badan yang tinggi diikuti dengan tidur yang tidak berkualiti. Jadi kalau anda sediakan wadah air/kolah air di rumah mandian akan lebih berkualiti. Mereka yang mandi pagi sentiasa sehat. InsyaAllah, dibandingkan dengan orang yang kurang mandi atau mandi air panas diwaktu pagi.
-jawimedherb
Santau Angin (Catatan Hidupku)
Posted by: | CommentsDatukku dahulu seorang bomoh santau yang mungkin terkenal pada zamannya (Husin Tok Tukang Awang). Beliau juga meninggal dunia muntah darah selepas meminum secawan kopi (juga dikatakan terkena santau). Banyak juga aku dengar tentang ilmu santau ini. Lebih-lebih lagi aku juga sangat cenderung hati bagi mempelajari ilmu perubatan tradisonal Melayu. Datuk meninggalkan sebuah beg kain kecil yang mengandungi geliga untuk orang yang dikatakan terkena santau. Aku tak melihatnya tetapi ibuku dan bapak saudaraku mengesahkan hal ini memang benar. Aku hanya sempat bertanya bapak saudaraku (Hj. Mat) apakah geliga itu, dia menyatakan antaranya ialah tulang ikan Yu Kemian dan akar terung pipit, (Sekarang produk shark cartilage).
Di sini aku ingin mempertengahkan pandanganku tentang santau angin. Isteriku juga pernah bertanya “apakah aku percaya atau tidak dengan santau angin?”.
Aku anak kampung yang dilahirkan dalam masyarakat yang banyak menggunakan perkhidmatan “bomoh”. Mungkin anda sekelian tidak mengetahui tentang “racak” yang dihanyutkan ke sungai atau ke laut atau mungkin anda sekelian tidak pernah tahu tentang “kayu pasong hantu” yang diletakan dirumah dengan pelbagai kepercayaan. Mungkin anda semua juga tidak mengetahui tentang “tahi besi” bagi menghalau Jin dan sebagainya. Semua yang aku katakan diatas pernah kulalui di zaman kecilku.
Aku juga ingin menambah sikit lagi maklumat tentang keluargaku yang mempunyai pantang larang dalam kehidupan. Di rumah tidak boleh membuat buah Melaka (perlis) dan kalau dibuat juga walaupun sembunyi-sembunyi semua ahli keluarga akan demam. Di kampungku (tempat tapak madrasah) juga tidak pernah berlaku sebarang kecurian kerana dikatakan mempunyai penunggu dan perkataan yang sering disebut iaitu “sahabat”.
Sejak kecil ayahku memang sedia sakit, datokku akan datang berikhtiar dengan pelbagai cara. Waktu malam aku sering mendengar derapan kaki orang berjalan diatas bumbung rumah dan juga di atas bumi. Kadangkala rasa takut dan kadangkala tak rasa apa-apa.
Kedatangan “Shiekh Ismail (sama nama), tuan guru dari Mekah telah mengubah kehidupan kami keseluruhannya. Kami di kenalkan dengan rupa tauhid yang sebenarnya. Pak long Mat pertama kali menerima kefahaman ini lantas membakar semua buku-buku perubatan datok yang bercampur mistik. Aku yang belajar dengan pak Long Mat juga meyakini bahawa beliau memilih jalan pengubatan yang benar. Kami yakin pada Allah dengan sepenuh hati dan tidak ada tapi-tapi lagi.
Pak long yang digelar sebagai “Mat licin” dikatakan memiliki ilmu kebal (pernah ditembak dari jarak dekat dan terbukti) menyatakan “kita perlu keluar dari jahiliah kepada muslim yang sebenarnya”. Dia benar-benar bertaubat dan aku lihat Allah mengurniakan” ilmu yakin” padanya. Keyakinannya tinggi melebihi dari kebanyakan guru ugama yang pernah aku temui. Dia sanggup berhadapan dengan siapa juga manusia yang kononnya memiliki ilmu dunia yang tinggi demi menegakkan kebenaran dan membenteras syirik. Apa yang aku lihat biasanya orang yang dikatakan kerasukan jin akan hilang bila sampai bertemu dengannya.
Ilmu-ilmu mistik sebenarnya kian hilang dalam masyarakat Malaysia tetapi kini tiba-tiba ia muncul semula dengan arus yang lebih hebat. Inilah pengaruh filem yang aku lihat 10 tahun dahulu di Indonesia. Alangkah jauhnya saudara-saudaraku yang masih lagi berada dalam alam mistik lagi syirik,perasangka jahat pada setiap orang dan percaya dengan kata-kata orang samada bomoh ataupun ustaz.
Pak Long sangat marah jika dikatakan buatan orang! Aku juga tak lah macam pak Long sangat tapi geram juga bila penyakit selalunya dikaitkan dengan orang. Pak Long kata “ biar kita mati sekali-kali jangan bersyirik pada Allah” dan aku pegang kata-kata itu kerana itulah yang diajar oleh Nabi saw.
Di sinilah perubatan Jawi berpisah dengan pengubatan Islam yang lain kerana Kami tidak akan menyabitkan penyakit dengan saka,santau angin, buatan orang dan lain-lain lagi kerana kami sangat yakin bahawa kesemuanya itu berlaku dengan izin Allah.
Sakit itu sebab dosa kita sendiri(penghapus dosa) kenapa pula dikaitkan pada orang lain. Santau angin adalah ulser perut dan akhirnya menyebabkan muntah darah. Mereka berkata kalau ada ulser kenapa tak dapat dilihat oleh doctor? Inilah yang hujah para pengamal perubatan batin lagi batil. Tidak lihat bukan bererti tak ujud kerana pengalamanku dalam dunia perawatan ,penyakit pada tahap awal kebiasaannya tak dapat dikesan. Doktor hanya dapat mengesannya pada peringkat penyakit sudah jadi 80% dalam badan. Barulah dikenali sebagai kanser,barah,darah tinggi dan lain-lain lagi.
Aku ingin menyatakan ada satu istilah yang lebih mudah difahami iaitu “fobia”. Fobia ini adalah penyakit ,orang yang sudah kurus merasa dirinya sangat gemok.Orang yang tidak sakit merasakan dirinya sakit, kerana apa? Kerana mindset (otak bawah sedar) telah merakam perkataan bomoh yang menyatakan ia disantau. Dia akan sakit buat selama-lamanya jika tidak ada orang yang mampu menyampaikan tentang ilmu tauhid padanya. Lebih-lebih lagi fobia ini akan menjadi darah daging sekiranya ia percaya 100% padabomoh atau ustaz yang suka meramal.
Dengan Nama Allah, ramai mereka yang berada dalam situasi ini(fobia) telah sembuh setelah bergabung dengan HPA dan mengikuti perubatan Jawi. Kita bukan menyediakan air penawar untuk mereka tetapi yang kita berikan ialah aqidah yang sebenar bagaimana mempertuhankan Allah sebagai Rab dan Ilah yang disembah dan tempat meminta.
Hari ini kami tidak lagi demam bila membuat kuih “buah Melaka” malah perlu membuat banyak sebab keluarga menjadi semakin ramai. Ibuku akan tersenyum bila aku cerita hal ini pada kalian dan itulah yang aku harapkan dari sebuah perjuangan agar menjadi ibadah yang diterima oleh Allah. Amin.
Tn Hj Ismail Ahmad
Sakit Gigi
Posted by: | CommentsKadangkala anda hairan kenapa gigi terlalu kerap sakit sedangkan anda berus gigi pagi dan malam. Sakit gigi juga dikaitkan dengan berlakunya “geseran” gigi pada waktu tidur malam. Ini semua berlaku di luar sedar di mana gigi dirapatkan dengan kuat dan digeser seperti mengunyah sesuatu yang keras. Bunyi geseran boleh kedengaran terutama pada kanak-kanak kecil. Bila ada gigi yang terkena pada gusi,maka keesokan akan mulalah sakit pada gusi tersebut.
Kenapa berlaku geseran pada gigi?
Jawapanya ialah stress.
Orang yang stress akan melepaskan perasaanya pada gigi sewaktu tidur malam. Ini lebih parah jika ia mengambil makanan yang mendatangkan elergi . Berjumpa dengan doktor boleh dilakukan untuk meratakan gigi .
Perubatan herba menggunakan herba berbuku (monokot) untuk perawatan gigi seperti kapsul malac, ardisia atau buku jagung, buku tebu, buku buluh dan lain-lain lagi. Apapun yang lebih baik, perasaan itu boleh menjadi tenang dengan memperbanyakan membaca al Quran dan berzikir. Amin
Sweet Crazy
Posted by: | CommentsKita boleh mengetahui samada tubuh kita mengalami kelebihan gula atau tidak. Bagaimana? Jika kita sangat-sangat menginginkan sesuatu yang manis–manis menandakan gula dalam tubuh sedang tinggi. Semakin diikut selera “sweet crazy” maka kita akan sukar mengurangi tahap gula dalam tubuh dan sekalipun memberi isyarat akan terkena kencing manis,jantung dan obesiti.
Bagitu juga dengan keinginan untuk memakan sesuatu yang lemak. Ini menandakan tahap lemak yang tinggi/kolesterol dalam tubuh badan. Penyakit darah tinggi, jantung, gout dan pelbagai lagi akan mula berdatangan.
Oleh itu jangan ikut rasa nak makan atau rasa nak minum kerana rasa akan menyebabkan kita binasa. Minum minyak zaitun 2 sudu besar 3 kali sehari atau 5x 3 (dalam bentuk soft gel).
