Archive for Radix Chicken House
Majlis Pelancaran Radix Chicken House (RCH) Kluang
Posted by: | Comments
Satu lagi rangkaian restoran HPA, Radix Chicken House (RCH) akan beroperasi di Kluang bertempat di Kluang Business Centre di belakang CIMB Kluang.
Majlis Pelancaran Radix Chicken House (RCH) akan diadakan pada 21 November 2009 bertempat di perkarangan restoran Radix Chicken House (RCH). Perasmian ini akan dilakukan oleh PU , Tuan Haji Ismail Haji Ahmad. Anggaran tetamu yang hadir adalah 20 orang VVIP, 70 ORANG VIP dan 1000 orang yang terdiri daripada ahli HPA dan orang awam.
Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan semasa majlis tersebut adalah :-
- Protokol Perasmian
- Pembukaan Gerai Jualan Produk
- Pembukaan jualan restoran pada jam 3 petang
Tentatif Majlis Pelancaran Restoran Radix Chicken House (RCH) Kluang
09:00 pagi
Kehadiran Para Tetamu
10:00 pagi
Ketibaan Tuan Haji Ismail bin Ahmad
Pengarah Urusan Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.
10:15 pagi
Ucapan Juru acara Majlis
Bacaan Al-Quran oleh Ustaz Nor Rashid
10:30 pagi
Ucapan Aluan EN. Md Rasid Bin Hassan
Pengurus RCH Sdn. Bhd.
10:45 pagi
Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Ismail Bin Ahmad
Pengarah Urusan Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.
11:15 pagi
Penyampaian Anugerah 5 Kategori
Penyampaian Cenderahati VVIP dan VIP
12:30 tengahari
Bacaan doa
Bersurai dan jamuan makan

Antara kategori anugerah yang disediakan adalah :-
- Staf terbaik Zon Selatan
- Staf terbaik cawangan
- Staf cawangan setia
- Cawangan Terbaik
- Cawangan terbersih & Ceria
Semua ahli dan cawangan-cawangan Al-Wahida Marketing di seluruh negara dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
