Archive for Radix Fried Chicken
Radix Fried Chicken (RFC) Kluang Telah Pun Beroperasi
Posted by: | Comments
Alhamdulillah, Radix Fried Chicken (RFC) Kluang sudah beroperasi pada 24 Oktober 2009. Perasmiannya telah dilakukan oleh Pengarah Urusan HPA Tuan Haji Ismail Haji Ahmad. Kini masyarakat Kluang sudah ada pilihan, jadi selepas ini tidak ada lagi alasan. Radix Fried Chicken (RFC) adalah suatu imej Halal lagi berorganik. Radix Fried Chicken (RFC) akan menjadi pilihan seluruh masyarakat Malaysia.
Akan menyusul di Melaka, Shah Alam, Taman Permata Ampang dan banyak lagi. Insyaallah Koperasi akan memainkan peranan dalam mengembangkan Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH). Mari melabur dalam KOPERASI WAHIDA BHD.









Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my
HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini membuka cawangan restoran makanan segeranya, Radix Fried Chicken (RFC) yang pertama di luar utara Semenanjung.
Destinasi pilihan syarikat MLM yang terkenal dengan produk jenama Radix seperti Kopi Radix, Radix Koko dan minuman bergas seperti Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren dan Radix Ais Krim Soda di Kluang, Johor.
Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata perasmian cawangan terbaru di Kluang Mall, Jalan Rambutan itu berlangsung antara jam 9 pagi dan 1 petang, kelmarin.Menurutnya, Kluang rangkaian terbaru RFC selepas Lagenda Heights dan Laguna Merbuk di Sungai Petani selain Shahab Perdana, Alor Star. Beliau juga mengumumkan satu lagi sejarah dilakar HPA apabila pizza HPA yang dinanti pengedar HPA dan umat Islam di negara ini beroperasi 17 Oktober lalu di Lagenda Heights, Sungai Petani.
Menurutnya, waktu perniagaan Radix Pizza House sama seperti rangkaian restoran HPA lain bermula jam 9 pagi hingga 11 malam setiap hari. “Kita seharusnya berbangga dan bersama-sama dengan HPA kerana semua produk dan rangkaian perniagaan HPA berkonsep halal dan suci selain menggunakan produk terbaik termasuk daging dan ayam organik seperti di RFC. “Pizza rangkaian terbaru perniagaan makanan HPA selepas RFC, restoran makanan Cina iaitu Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Bakery House (roti dan biskut) dan Radix Chicken House (sate, nasi ayam dan ayam golek). “Kita berusaha mempelbagaikan lagi rangkaian restoran kita (HPA),” katanya.
Ismail berkata, MLM HPA kini mengeluarkan coklat seperti Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Milk, Radix Chocolate Almond, Radix Chocolate Hazel dan Radix Chocolate Milk yang dijamin menggunakan produk bersih dan suci sekali gus mengenepi keraguan umat Islam mengenai bahan tidak halal di dalamnya terutama membabitkan lemak haiwan.Beliau berkata, produk terbaru yang dikeluarkan oleh HPA ialah sardin yang akan menggunakan jenama Sardin HPA.
“Pendedahan disampaikan penceramah, pemimpin dan pejuang HPA sama ada di dalam slot program motivasi atau kelas mingguan mengenai kemelut pemakanan umat Islam hari ini di mana antara makanan yang sering dikaitkan, pasaran sardin dalam tin yang amat mencurigakan daripada status halalnya. “HPA terus maju selangkah demi selangkah dan kejayaan memasarkan sardin dalam tin dan dijangka mampu merebut pasaran produk jenis itu di pasaran umat Islam,” katanya. HPA jugamengeluarkan produk pewangi tubuh Radix Men dan Radix Women.
Hasrat HPA Buka 100 RFC
Posted by: | Comments
Radix Fried Chicken
HPA Industries Sdn Bhd (HPA) mensasarkan tersenarai dalam syarikat ‘kelab bilionair’ setanding korporat gergasi negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dengan sebahagian besar pendapatan disumbang menerusi jualan langsung (MLM) dan rangkaian restoran makanan segeranya.
Syarikat milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini dan yang pertama diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) itu terkenal dengan produk makanan dan minuman kesihatan jenama Radix seperti Kopi Radix dan Radix Koko.
Pada masa ini produk keluaran syarikat itu Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH) mencetus fenomena baru dalam industri restoran makanan apabila menyajikan makanan organik, halal, suci dan berkualiti.
Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata ketika ini, jualan syarikat berada sekitar RM15 juta sebulan dan mensasarkan memperbanyakkan lagi keluaran dalam rangkaian MLMnya yang kini berjumlah lebih 250 produk untuk melonjakkan lagi jualan syarikat.
Sumber : Harian Metro
RFC Diserbu Warga Bercuti
Posted by: | Comments
Radix Fried Chicken
Berulang kembali, beratur satu jam kerana seketul ayam. “Bukan kerana itu” kata seorang anak muda. “Kerana apa?” Si lebih tua bertanya. “Nenekku!” katanya selamba. “Ya, nenekku yang pesan ayam RFC ini, katanya bantu Islam bukan Yahudi”. Dia terus memberi alasan kenapa dia terus berdiri di depan RFC Laguna.
“Hai, nampaknya pengurusan RFC kena lebih cekap” tingkah pemuda yang lain. Itulah dailog petang kelmarin di depan RFC Laguna yang menyaksikan ratusan umat Islam membanjiri tempat itu. Bukan sahaja di Laguna tetapi di RFC Sungai Petani dan RFC Alor Setar juga begitu.
InsyaAllah, bantulah RFC walaupun dengan seketul ayam goreng kerana kekuatan ekonomi itu akan kembali kepada ummah. Terima Kasih pada semua. Oh ya, ada berita baik nak disampaikan, RFC di Kluang sudah hampir 99.9% siap. Satu lagi bendera kita akan dikibarkan di selatan. En. Rahmat dan team pemimpin selatan, tolong gempur pasaran RFC di sana. Iklankan dalam program, datang beramai-ramai.
Team dari Melaka, ayuh turun dulu membantu di Kluang, sebulan lagi kita resmikan RFC di Maidin Mall. Team leader Lembah Kelang, En Hafizan, Dr Ishak, Cikgu Murad dan lain-lain bersiap sedia dengan dua RFC di Shah Alam dan Kajang. Ini semua adalah kerja gigih dari kalian semua yang mengadakan PBC dari utara sampai Selatan. Pantai Timur bersedia untuk menyusul RFC kubang Krian dan 5 lokasi lagi yang sedang dipilih.
Kesetian kalian semua dituntut kerana kalianlah yang menjadi pilar bagunan HPA ini. InsyaAllah.
Sumber : Jawiherbshop
5 RFC Lagi Akan Muncul
Posted by: | CommentsSetelah RCH kedua dirasmikan pada 1 Jun yang lepas kini seluruh warga HPA ternanti-nanti pembukaan serentak RFC di negeri-negeri yang tersebut di bawah :-
- RFC Melaka
- RFC Kluang
- RFC Kubang Kerian
- RFC Kuantan
- RFC Kangar
InsyaAlah, HPA akan membuka 20 buah cawangan RFC menjelang akhir tahun 2009 dan sekurang-kurang 20 buah cawangan RCH. Target terdekat RFC untuk luar negara pula ialah cawangan di Makkah sebelum musim haji tahun ini. Terima Kasih pada semua ahli HPA yang berkerja siang malam bagi memperkenalkan HPA pada umum.















