Archive for Radix Fried Chicken
RFC Diserbu Warga Bercuti
Posted by: | Comments
Radix Fried Chicken
Berulang kembali, beratur satu jam kerana seketul ayam. “Bukan kerana itu” kata seorang anak muda. “Kerana apa?” Si lebih tua bertanya. “Nenekku!” katanya selamba. “Ya, nenekku yang pesan ayam RFC ini, katanya bantu Islam bukan Yahudi”. Dia terus memberi alasan kenapa dia terus berdiri di depan RFC Laguna.
“Hai, nampaknya pengurusan RFC kena lebih cekap” tingkah pemuda yang lain. Itulah dailog petang kelmarin di depan RFC Laguna yang menyaksikan ratusan umat Islam membanjiri tempat itu. Bukan sahaja di Laguna tetapi di RFC Sungai Petani dan RFC Alor Setar juga begitu.
InsyaAllah, bantulah RFC walaupun dengan seketul ayam goreng kerana kekuatan ekonomi itu akan kembali kepada ummah. Terima Kasih pada semua. Oh ya, ada berita baik nak disampaikan, RFC di Kluang sudah hampir 99.9% siap. Satu lagi bendera kita akan dikibarkan di selatan. En. Rahmat dan team pemimpin selatan, tolong gempur pasaran RFC di sana. Iklankan dalam program, datang beramai-ramai.
Team dari Melaka, ayuh turun dulu membantu di Kluang, sebulan lagi kita resmikan RFC di Maidin Mall. Team leader Lembah Kelang, En Hafizan, Dr Ishak, Cikgu Murad dan lain-lain bersiap sedia dengan dua RFC di Shah Alam dan Kajang. Ini semua adalah kerja gigih dari kalian semua yang mengadakan PBC dari utara sampai Selatan. Pantai Timur bersedia untuk menyusul RFC kubang Krian dan 5 lokasi lagi yang sedang dipilih.
Kesetian kalian semua dituntut kerana kalianlah yang menjadi pilar bagunan HPA ini. InsyaAllah.
Sumber : Jawiherbshop
5 RFC Lagi Akan Muncul
Posted by: | CommentsSetelah RCH kedua dirasmikan pada 1 Jun yang lepas kini seluruh warga HPA ternanti-nanti pembukaan serentak RFC di negeri-negeri yang tersebut di bawah :-
- RFC Melaka
- RFC Kluang
- RFC Kubang Kerian
- RFC Kuantan
- RFC Kangar
InsyaAlah, HPA akan membuka 20 buah cawangan RFC menjelang akhir tahun 2009 dan sekurang-kurang 20 buah cawangan RCH. Target terdekat RFC untuk luar negara pula ialah cawangan di Makkah sebelum musim haji tahun ini. Terima Kasih pada semua ahli HPA yang berkerja siang malam bagi memperkenalkan HPA pada umum.
Sistem Mudharabah RFC
Posted by: | Comments
RFC Menawarkan
MODAL SEBUAH RFC IALAH RM1.5 JUTA. HANYA PAKEJ INI SAHAJA RFC TAWARKAN.
SISTEM MUDHARABAH RFC
(Butiran bagi syarat-syarat perkongsian Mudharabah antara RFC dan Pemodal)
1. Skop usahasama ialah restoran makanan segera RFC.
2. Usahasama dibuat mengikut kaedah Perkongsian Mudharabah. Pihak RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus (modal dan pentadbiran), sementara pemodal bertindak sebagai penyumbang modal sahaja.
3. Usahasama di antara pemodal dan RFC dibuat dalam bentuk perjanjian.
4. Nilai modal oleh individu/syarikat yang berminat menjadi pemodal kewangan ialah RM 1.5 juta.
5. Nisbah keuntungan yang ditawarkan oleh RFC ialah ialah 50: 50 antara HPA dan Pemodal. Keuntungan berdasarkan untung bersih bulanan. Pemberian untung tertakluk untung-rugi perniagaan cawangan RFC terbabit.
6. Pengiraan keuntungan bermula pada bulan pertama RFC beroperasi. Jangkaan operasi; selewat-lewatnya lima bulan selepas perjanjian ditandatangani antara RFC dan individu/syarikat terbabit.
7. Penyata kewangan akan diserahkan kepada pemodal setiap bulan, khusus bagi cawangan yang terlibat dengan perkongsian yang membabitkan pemodal sahaja.
8. Pemilihan lokasi menjadi hak RFC untuk menentukannya. Namun pemodal boleh mengemukakan cadangan.
9. Tempoh perkongsian ialah lima tahun. Selepas lima tahun, bayaran balik modal akan dibuat oleh RFC kepada pemodal dalam tempoh tidak lebih enam bulan dari tarikh tamat perkongsian. Lanjutan perkongsian selepas itu bergantung kepada persetujuan semula kedua belah pihak dan dengan caruman modal baru yang ditetapkan oleh RFC.
10. Jika pemodal berhasrat menarik balik modalnya sebelum tempoh perkongsian tamat (iaitu 5 tahun), RFC hanya akan membuat bayaran balik dalam tempoh setahun dan tiada sebarang keuntungan akan diberikan kepada pemodal dalam tempoh bayaran balik itu (bermula dari tarikh pembatalan kontrak yang dipersetujui kedua belah pihak).
11. Akad Mudharabah terbina atas perkongsian untung dan rugi. Pemodal berhak mendapat untung kerana modal yang ia keluarkan dan RFC (sebagai ‘Amil atau Mudharib) berhak mendapat untung kerana pengurusan (masa dan kerja) yang dijalankannya. Jika ditakdirkan urusniaga mengalami kerugian, kedua-dua pemodal dan RFC akan sama-sama menanggung kerugian; pemodal akan menanggung kerugian dari modalnya dan RFC menanggung kerugian dari (bebanan masa dan kerja) pengurusannya.
12. Perjanjian perkongsian Mudharabah ini hanya tertakluk dengan cawangan RFC yang berkait dengan pemodal (yakni cawangan yang ia menjadi menyumbang modal untuknya). Oleh demikian, pemodal tidak berhak ke atas cawangan-cawangan lain yang tiada kaitan dengannya dan begitu juga, tidak berhak menghalang RFC dari membuka cawangan-cawangan lain.
Sumber : Panel Syariah HPA













