Archive for Radix Pizza House
Radix Pizza House, Pizza HPA Mula Beroperasi
Posted by: | CommentsSatu lagi sejarah telah pun dilakar oleh HPA di mana, Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights, Sungai Petani. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoren HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam.
Kita seharusnya berbangga dan bersama-sama dengan HPA kerana usaha ini akan mengembang dan meningkatkan lagi ekonomi ummah. Kerana produk yang BERKAT akan mendapat KEREDAHAAN dari ALLAH. Insya’allah…

“Rugi kalau ke Sungai Petani tak singgah di Radix Pizza” kata salah seorang peserta sijil kepada temannya melalui pebualan telefon. “Radix Pizza?” siapa punya pulak? tanya temannya. “Milik kita semua la..” katanya. “Macamana tu, aku tak faham?” perbincangan semakin rancak. “Iya…kan kita semua ahli HPA, perjuangan HPA bukan untuk peribadi tepi untuk ummah” semangat sekali ucapan peserta sijil ini.
Terdiam sebentar… “Halo..halo…” dia menyangka line telah terputus. “Iya…aku mendengar ni” suara temanya pelahan, rupanya diluar pengetahuan temannya itu menangis hiba. Menangis bersama doa bahawa sudah sampai masanya umat Islam mengusai pasaran Halal di negara ini dan dunia. “Allah huakbar” tiba-tiba dia bertakbir. Teman sijilnya benar-benar terkejut tetapi dia juga dapat merasai apa yang dirasai oleh temannya itu. Pelahan dia menyebut “barakallah.”.




Sumber : Bahterajuang
