Archive for Tips Keusahawanan
PBC Februari 2010
Posted by: | Comments06 – 07 FEB 2010
- Hotel Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam : RM 180 : PJS Habshah ( 019 3337245)
- Hotel Sri Impian Jasin, Melaka : RM 140 : PJS Zahirah (013 6137313)
- Hotel Residence, Uniten, Bangi : RM 180 : PJS Fatin (013 3962550)
- Ayer Keroh Country Resort, Melaka : RM 150 : PJS Habibah (019 6685083/En. Hasan:017 6814626)
- Hotel Allson Kelana, Nilai : RM 170 : PJS Habibah (019 6685083)
- Hotel Sri Malaysia, Ipoh Perak : RM 150 : PJS Khalilah (019 4288416)/ PJ Cg Sani- 013 6641872)
13-14 FEB 2010
1. Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka : RM 150 : PJS Fauziah (013 6317154)
20-21 FEB 2010
- Kem Bina Taqwa, Banting : RM 150 : PJS Ust. Asri (019 3789747)
- Hay Resort, Sabak Bernam : RM 150 : PJS Hj. Marjuni (019 3835008)
- Masjid AlGhufran, TTDI : RM 150 : PJS Jamaluddin (013 9812655)
- Pst. Belia Antarabangsa, Bdr T.Razak : RM 150 : PJS Cg. Murad (012 3033230)
- Gunung Ledang Resort, Tangkak : RM 170 : PJS Rosjulila (013 6820068)
27-28 FEB 2010
- Hotel Adamson, Kuala Lumpur : RM 170 : PJS Abd Yadi (016 6525380)
- Hotel D’Ark, Senawang : RM 150 : PJS Rogayah (019 6504849)
- Ujana Resort, Tmn. Harmoni,Gombak : RM 150 : PJS Abdullah ( 012 6849263)
Sekilas Renungan
Posted by: | CommentsAssalamualaikum dan Salam Satu HPA,
Ketika GM menulis ini berlakunya Gerhana Matahari, kita amat sekali disarankan solat sunat (ada pendapat mengatakan wajib) dan memohon keampunan dan keredhaan dari Allah swt. Pada hari ini juga GM berkongsi pengalaman dengan seorang sahabat karib dari Perlis mengenai nasib yang menimpa. Adakala GM merasakan suatu kesalan. Namun inilah kisah yang terjadi pada Mr. H yang mencuba nasib dalam sebuah MLM ternama (yang pasti bukan HPA) setelah di motivasi dengan semangat luar biasa menjadi jutawan luar biasa.
Terpengaruh dengan kehebatan syarikat, maka Mr. H mengambil keputusan untuk memasarkan Penapis Air (kini sedang ligat dalam iklan tv) dengan harga RM2ribu perunit. Mr. H diasak untuk membeli sejumlah 10 unit dalam satu waktu dengan pelbagai janji. Mr. H terpaksa berhutang dengan bank kerana tiada simpanan peribadi. Kini Penapis Air tinggal penapis air. Upline pula meyarankan supaya mencari 6 mangsa untuk membeli sejumlah 10 penapis air. Mr. H menyatakan bahawa dia tidak mampu untuk menjual, lantas upline menyergah dengan mengatakan “Dunia MLM jual bukan suatu keutamaan. Cari sebanyak mangsa yang mungkin dan pastikan mereka keluarkan RM 20ribu”.
Kini Mr. H sedar bahawa dirinya sudah ditipu. Bukan sahaja Mr. H yang di goda, malah ramai lagi kakitangan kerajaan, swasta mahupun pak tani menjadi mangsa peniagaan MLM konvensional masa kini. Nasi sudah jadi bubur. Pinjaman bank terpaksa di jelaskan. Hakikatnya Mr. H merasakan beliau terpedaya. INILAH YANG DIKATAKAN “INVENTORI LOADING” ataupun LAMBAKAN STOK yang dilarang oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalama AKTA JUALAN LANGSUNG 1993.
Apa yang GM kesalkan adalah kenapa hal ini dibiarkan berlaku dan kenapa Umat Islam masih mudah ditipu oleh hasutan fatamugana nafsu untuk cepat kaya. Moga hal ini tidak berlaku dalam HPA. Wassalam.
Penajaan Semula Pengedar Tak Aktif Tahun 2006 Ke Bawah
Posted by: | CommentsInfo dari Meja GM HPA
Assalamualaikum..Salam Satu HPA
Terima kasih diatas komen yang disampaikan pada saya. Tujuan kita melakukan penajaan semula adalah untuk memastikan mereka yang tidak aktif (tidak pernah membeli walaupun satu produk) ditaja semula oleh mana-mana pengedar baru. Kita seharusnya melihat dari sudut yang lebih positif.
Dari sejumlah 600,000 pengedar yang telah mendaftar sejak usia HPA, hanya 35000 sahaja yang mendapat bonus. Ini menunjukan hanya kurang lebih 0.058% sahaja yang aktif (membuat belian 50 Nilai Mata ke atas setiap bulan). Sehubungan dengan ini HQ HPA mengambil insiatif untuk menghidupkan sebahagian pengedar yang tidak aktif yang berhajat untuk diaktifkan semula sebagai Usahawan HPA.
Tatacara Penajaan Semula.
1. Isi borang Permohonan Baru Ahli HPA, kit niaga RM30.00
2. Isi borang menamatkan Keahlian Lama.
3. Tulis surat persetujuan untuk ditaja semula oleh Penaja Baru.
4. Sertakan salinan Kad Pengenalan.
5. Pastikan ahli yang ingin ditaja semula adalah ahli yang berdaftar Tahun 2006 ke bawah.
6. Pastikan ahli tersebut tidak pernah membuat apa-apa belian produk HPA atau membeli tetapi tidak pernah cukup 50 Nilai Mata dalam tempoh 6 bulan sebelum ditaja semula.
Kursus peningkatan ilmu perawatan Kiro (BTB)
Posted by: | Comments
Kursus ini akan diadakan pada 19,20 dan 21 januari . Mereka yang telah mempelajari ilmu ini digalakkan untuk terus menimba ilmu-ilmu perawatan yang tidak pernah habis. Oleh kerana tempat terhad pehak JHS hanya membuka kepada penyertaan awal untuk 50 orang sahaja(yang berbayar) manakala yang selebihnya perlu menunggu untuk next program pada bulan hadapan. Penerangan lanjut boleh menghubungi en Hafiz Ismail 0194749717 atau pengurus-pengurus zon.
Mereka yang belum lagi pernah mengikutinya juga boleh mempelajari teknik kiro yang mudah lagi berkesan dalam kursus ini. InsyAllah.



