Archive for Tips Keusahawanan
Kursus peningkatan ilmu perawatan Kiro (BTB)
Posted by: | Comments
Kursus ini akan diadakan pada 19,20 dan 21 januari . Mereka yang telah mempelajari ilmu ini digalakkan untuk terus menimba ilmu-ilmu perawatan yang tidak pernah habis. Oleh kerana tempat terhad pehak JHS hanya membuka kepada penyertaan awal untuk 50 orang sahaja(yang berbayar) manakala yang selebihnya perlu menunggu untuk next program pada bulan hadapan. Penerangan lanjut boleh menghubungi en Hafiz Ismail 0194749717 atau pengurus-pengurus zon.
Mereka yang belum lagi pernah mengikutinya juga boleh mempelajari teknik kiro yang mudah lagi berkesan dalam kursus ini. InsyAllah.
Menara HPA Bakal Jadi Kenyataan
Posted by: | CommentsMenara HPA di Sek.13 Shah Alam. Kini hampir 50% usaha kita untuk memiliki Menara HPA setinggi 12 tingkat di Sek.13 Shah Alam(proses jual beli – RM54 juta). Sama-sama kita berdoa kepada Allah yang maha kuasa moga usaha kita beroleh kejayaan.
Satu Keluarga Melayu Islam Satu Perniagaan
Posted by: | CommentsKalau nak berubah mulalah dari sekarang. Satu keluarga melayu islam mesti ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W, iaitu berniaga atau jadi usahawan. Seorang ayah harus mulakan pada diri sendiri sebagai langkah awal. Mulakan apa saja perniagaan samada single level marketing atau multilevel marketing. Mulakan dari yang kecil dan letakan harapan besar untuk generasi akan datang.
Hari ini seorang ayah atau seorang ibu mungkin bermula dengan sebiji kuih yang dijual pada jiran atau kenalan. Tetapi hendaklah berjiwa besar di mana satu hari nanti seorang anak mungkin berjaya dengan perniagaan kuih muih sejuk beku atau frozen food. Hari ini, seorang datuk mungkin mengedar sesachet kopi radix mai secawan. Tapi berazamlah satu hari nanti seorang cucu mungkin akan jadi top ten dalam perniagaan MLM syariah HPA. Inilah yang perlu disematkan dalam minda setiap orang melayu islam jika hendak menguasai ekonomi sendiri.
Jika Nabi Muhammad S.A.W memberi tips terbaik bagaimana untuk menguasai punca rezeki, kenapakah kita tak ambil kisah. Carilah kebaikan dalam sembilan dari sepuluh punca rezeki iaitu dunia perniagaan. Cepat-cepatlah ambil pengajaran supaya umat terselamat.
Berniaga Bukan Memaksa
Posted by: | Comments“Pengedar HPA tidak sepatutnya menjadikan keuntungan dan wang sebagai matlamat. Sebaliknya, perlu menganggap perniagaan HPA sebagai satu usaha untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kesihatan, selain menambah pendapatan sendiri. Maka pembeli tidak boleh dipaksa supaya membeli ubatan herba yang dijual. Herba dijual hanya jika pengguna benar-benar memerlukannya, atau ingin mengguna produk dengan kerelaan sendiri. Jika tidak, herba yang dijual secara paksa akan jadi sia-sia dan membazir.”
Sumber : Tuan Haji Ismail HajiAhmad, KPJ siri 4

