Archive for Tips Keusahawanan

Halagel mengimport gelatin halal dari negara Pakistan yang seratus peratus dihasilkan oleh orang Islam. Ia digunakan dalam penghasilan produk softgel HPA. Bagi umat Islam, mencari yang halal merupakan tuntutan Fardu Ain yang wajib dilakukan tidak kira dalam apa jua aspek kehidupan. Pemakanan, contohnya menjadi antara faktor utama yang perlu dititikberatkan dalam membina dan melahirkan sebuah keluarga bahagia selaras dengan keperluan syarak.

Ini kerana melalui pengambilan makanan yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, ia boleh menyebabkan berlakunya kepincangan dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan juga masyarakat. Di samping itu, masyarakat juga harus peka dengan setiap kandungan atau bahan yang digunakan dalam setiap makanan yang dimakan bagi memastikan ia datang daripada sumber yang baik.

Menyedari hakikat itu, maka wujudlah Halagel (M) Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang mempunyai visi untuk menyediakan produk halal untuk umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia. Ditubuhkan sejak tahun 1997, Halagel merupakan pengimport tunggal, pengeluar dan pengedar makanan halal dan gelatin gred farmaseutikal, kapsul gelatin halal dan gel lembut gelatin halal bagi pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. Syarikat itu juga membekalkan pelbagai produk pengguna seperti ubat gigi herba, garam batu boleh dimakan, kopi pracampuran dan gula-gula getah perasa buah.

Selain itu, mereka turut menawarkan produk-produk kesihatan seperti vitamin C tambahan dan produk nutraseutikal termasuk minyak kelapa dara, minyak habbatus sauda dan minyak ikan Omega 3. Pengurus Besar Pemasaran Halagel (M) Sdn. Bhd., Muhammad Azhar Abdullah berkata, penubuhan Halagel bertitik tolak daripada memenuhi tuntutan Fardu Kifayah bagi menyediakan produk alternatif halal untuk masyarakat Islam. “Alhamdulillah, usaha kami untuk menyediakan produk alternatif halal bagi kegunaan pengguna Muslim khususnya dan masyarakat Malaysia amnya berjaya dilaksanakan.

“Ini termasuklah memperkenalkan gelatin halal yang diimport dari Pakistan dan telah mendapat pengiktirafan sijil halal daripada tiga buah agensi iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Ulama Indonesia dan The Islamic Central Committee of Thailand (ICCT). “Di Pakistan, semua pekerja di kilang yang mengeluarkan gelatin tersebut terdiri daripada orang Islam. Selain itu, gelatin yang dihasilkan itu pula menggunakan sumber tulang haiwan-haiwan halal seperti lembu, kerbau dan kambing.

Sumber : Blog Herba Dunia

Categories : Tips Keusahawanan
Comments (2)

Peniagaan merupakan satu seni yang perlu disepadukan dengan segala kebolehan untuk menawan hati pelanggan.Kegagalan berbuat demikian menjadikan umur sesuatu peniagaan itu singkat dan tidak berdaya maju.Apatah lagi apabila ujud persaingan yang besar untuk menguasai pasaran yang sedia ada.Siapakah yang akan menjadi pemenang bergantung kepada siapa yang dapat memenangi hati pengguna.

Menang atau berjaya mendapatkan pelanggan bukan semestinya kejayaan untuk selama-lamanya kerana jika tidak dijaga perkhidmatan atau produknya ia akan tenggelam pelahan-lahan tanpa disedari.Oleh sebab itulah kita memerlukan ILMU PELARIS bagi memastikan kejayaan sentiasa berpehak kepada peniagaan kita.Mereka yang berniaga tanpa ilmu pelaris bagaikan tentera yang tidak terlatih dalam medan tempur yang sangat sengit.Keberangkalian untuk gagal lebih besar dari harapan untuk berjaya.Bagitulah daripada pengalaman hidup yang dapat kita saksikan dari masa kesemasa.

Fahami maksud.
Saya tidak membawa maksud ilmu pelaris itu ialah segala jenis ilmu yang boleh membawa manusia menjadi syirik kepada Allah.Ilmu pelaris yang dimaksudkan ialah pengurusan peniagaan yang tersusun rapi bersumberkan Al-Quran dan Sunnah.Masyarakat primitive yang percaya kepada kuasa batu,pokok,bulan dan bintang,gambar-gambar,rajah-rajah dan sebagainya bukan sahaja tidak berjaya menjadi kuasa besar ekonomi malah terpenjara dalam kepercayaan khurafat yang jauh kesesatanya.Islam datang membawa cahaya penyuluh bagaimana untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya melalui akhlaq seorang Nabi sebagai ikutan.Setiap nabi membawa profesionnya masing-masing dan profesion nabi kita adalah seorang peniaga.Peniaga dan usahawan yang ulung ditengah kekuatan ekonomi yang dikuasai oleh orang Yahudi seperti masa kini.Benteng peniagaan Yahudi pecah dan hancur bila berhadapan dengan keunikan peniagaan Islam.

Formula yang paling mudah untuk berjaya dalam dunia peniagaan ialah percepatkan langkah menyusuri kembali jejak Rasullullah saw sebagai jalan benar untuk kejayaan.

Takwa dan tawakkal asas dalam ilmu pelaris.

Firman Allah
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan(keperluanya).

Surah At- Talaq: 2-3
Allah yang mempunyai nama “Ar-Razak” pemberi rezeki yang maha luas menjanjikan kemudahan dalam menghadapi situasi hidup ini.Allah jualah yang mencipta seribu jalan keluar pada tiap permasaalahan walau dipandang besar oleh manusia.Syaratnya manusia itu perlu mensucikan Allah dari segala sekutu dan kepercayaan.Inilah pintu kejayaan yang sudah ada jaminan daripada Allah.Tanpa takwa peniagaan bagaikan kapal tanpa arah tujunya.Manusia yang tidak bertakwa sangat rendah kekuatan peribadinya,mudah mengalah dengan tekanan.Akhirnya peniagaan akan runtuh satu persatu.Ini sangat berbeza dengan mereka yang bertakwa.peribadinya kuat dan yakin dengan Allah.Tidak mudah berputus asa serta memiliki motivasi dari dalam diri.Orang yang bertakwa melihat jatuh bangun peniagaan sebagai ujian daripada Allah dan akan diganjari pahala.Waktu diberikan kejayaan dia akan bersyukur dan diwaktu kegawatan dia akan bersabar.Ini sangat berbeza dengan orang yang tidak ada takwa.Bila senang mereka lupakan Allah dan apabila susah mereka putus asa.Inilah kayu ukur untuk bagi menentukan kejayaan dalam sesuatu peniagaan.Andaikata kita telah pun bergelar jutawan ,itupun masih tidak layak untuk diagung-agungkan persis anda melihat lukisan yang sangat cantik,sudah tentu puji pujian hanya untuk Allah tuhan sekelian alam yang telah mencipta pelukis tersebut.

Tawakkal
Rahsia ke dua yang perlu ada bagi menempah kejayaan ialah bergantung kepada sejauhmana tawakkalnya pada Allah.Semakin kuat penyerahan diri secara total kepada Allah semakin mudah orang berniaga akan mencapai keuntungan.Apabila kita menyerahkan semuanya kepada perancangan Allah nescaya Allah akan mengilhamkan jalan-jalan peniagaan yang menguntungkan sama seperti burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan pulang dengan perut kenyang.

Tawakkal tidak boleh di buat kiraan pada logik kerana ini merupakan persoalan iman yang tidak boleh di hitung dalam kiraan metematik.

Sumber :

Categories : Tips Keusahawanan
Comments (0)
Apr
27

Panduan Untuk Pengedar HPA

Posted by: HPA Online Network | Comments (1)

Apakah Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang HPA?

  1. Latarbelakang Syarikat HPA Pengasas, HQ, Al-Wahida Marketing, Kilang, Ladang.
  2. Produk HPA Set Lelaki & Wanita, Set Keluarga, Penyakit dan Herba yang sesuai, Sinergi Produk.
  3. Perubatan JAWI Perawatan Berasaskan Herba, ilmu perawatan dan diagnos penyakit.
  4. Plan Pemasaran
  5. Perkongsian Bijak Fahami konsep perkongsian bijak
  6. Konsep 5 + 1 M Prinsip utama untuk menjadi Usahawan HPA yang berjaya
  7. Berita-berita Terkini HPA Produk terbaru dan program terkini HPA

Apakah Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Setelah Menjadi Ahli HPA?

  1. Dapatkan fail untuk letak semua katalog produk HPA.
  2. Fahami plan pemasaran HPA dan program PB. Ingat, untuk melayakkan anda menikmati BONUS yang disediakan oleh syarikat, anda hendaklah membuat belian peribadi minima setiap bulan 50 Nilai Mata (NM) disamping itu mengamalkan KONSEP [5 + 1] M. Jika tidak, penaja akan diberi NM daripada pengedar kumpulan yang tidak berkelayakan (kurang 50NM).
  3. Dapatkan bahan bacaan tambahan seperti Buku Panduan Intibah, Buku Halal Haram, CD, Perubatan Nabi dan sebagainya.
  4. Tukar barangan keperluan harian anda kepada produk HPA. Antaranya ubat gigi, sabun mandi, syampu, minyak rambut, sabun basuh, kordial minuman, biskut, teh, kopi dan lain-lain.
  5. Dapatkan alamat dan no telefon stokis atau cawangan HPA yang berhampiran untuk memudahkan pembelian.
  6. Simpan setiap invois pembelian anda untuk rujukan.
  7. Hadiri kelas mingguan untuk menambah pengetahuan anda tentang produk HPA, strategi perniagaan, plan pemasaran, motivasi, diskusi dan berita terkini tentang HPA.
  8. Senaraikan semua prospek anda (yang berpotensi sahaja) seperti jiran, adik beradik, rakan pejabat, rakan surau, rakan-rakan sekolah/IPT/. Buat temujanji untuk memperkenalkan perniagaan HPA kepada mereka.
Categories : Tips Keusahawanan
Comments (1)
Apr
02

Konsep 5+1 M

Posted by: HPA Online Network | Comments (1)

MLM adalah suatu kerjaya professional. Oleh itu, ia seharusnya dikerjakan secara profesional agar dapat memperolehi hasil yang maksimum. MLM merujuk kepada – M (MANAGEMENT), L (LEADERSHIP), M (MULTIPLY). MLM bukan sekadar masuk menjadi ahli kemudian mengajak orang lain seramai mungkin dan beranggapan akan mendapat bonus yang besar. MLM adalah proses menggerakkan produk secara bersama daripada syarikat kepada pengguna melalui pembelian dan penjualan produk.KONSEP 5+1 M

1. MENGAMALKAN PRODUK HPA

Kenapa perlu mengamalkan produk? Kerana kita harus berpegang pada prinsip herbalisme iaitu

“Biarlah makanan menjadi ubatmu (herba) dan biarlah ubatmu (herba) menjadi makananmu”.

Seterusnya adalah kerana untuk mendapatkan keyakinan terhadap produk tersebut.

Amalkan mengikut set terbaik – 3 D (D’DET, DEU, D’KARM) + OMEGA 3 (KAPSUL/SOFTGEL)+ KOPI RADIX atau TEH HERBA + MADU ASLI

Atau amalkan RADIX + PELAWAS + HERBA TUJU ANGIN + SPIRULINA + MALAC + PARAMARIA PLUS (wanita)

Tukar semua produk kegunaan harian di rumah kepada barangan HPA seperti syampu, sabun pencuci, sabun mandi, ubat gigi dan lain-lain. Dengan tujuan untuk kumpulkan sebanyak mungkin Nilai Mata (NM) dan khususnya untuk membawa barangan SUCI dan HALAL ke rumah.

2. MENGHADIRKAN DIRI DALAM KELAS MINGGUAN DAN PROGRAM-PROGRAM HPA

Ini adalah asas dalam kerjaya MLM dan ia memberi tanda komitmen dan kebersamaan anda bersama syarikat HPA. Selain itu, ia adalah untuk ‘cas’ semula semangat dan kukuhkan tahap keyakinan. Jadikanlah kelas dan program-program ini sebagai tempat untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada mereka yang berjaya. Dan disini jugalah tapak untuk kita membina dan melatih jaringan baru.

3. MENJUAL PRODUCT KNOWLEDGE

Dah nama bisnes, seharusnya perlu ada urusan jual dan beli. Menjual bermakna menggerakkan produk dari pengeluar kepada pengguna. Faedah penjualan adalah untung segera/runcit. Anda juga sepatutnya tidak hanya menjual produk sahaja tetapi turut menjual product knowledge tersebut. Disinilah kekuatan dalam HPA sebenarnya. Perkara yang anda perlu kuasai dan fahami tentang penjualan produk ialah:

  • - Perlu ada sasaran jualan
  • - Perlu belajar teknik penjualan berkesan
  • - Penjualan berterusan akan menjamin kesinambungan perniagaan
  • - Kunci utama penjualan adalah pengetahuan produk

4. MEMBINA RANGKAIAN

Penajaan adalah proses mendapatkan rakan kongsi. Penajaan juga bermakna pembinaan jaringan perniagaan dan ia adalah titik tolak kepada kejayaan dalam keusahawanan MLM. Penajaan bermaksud menawarkan peluang perniagaan kepada orang lain untuk sama-sama berkongsi manfaatnya. Oleh itu penajaan adalah satu kerja yang murni. Penajaan tidak memerlukan pemaksaan sebaliknya harus disertai dengan niat yang baik. Yang penting harus belajar teknik penajaan yang berkesan. Senjata utama penajaan adalah KEIKHLASAN.

5. MEMBIMBING RANGKAIAN

Kesinambungan perniagaan bergantung kepada servis yang baik. Pelanggan anda sentiasa memerlukan khidmat anda. Anda haruslah bersedia untuk memberi khidmat kepada mereka. Ini menandakan sikap dan tanggungjawab anda sebagai usahawan dan pemimpin dalam HPA. Untuk mendapat seorang pelanggan atau rakan kongsi, anda mungkin memerlukan masa berjam-jam tetapi untuk kehilangan seorang pelanggan dan rakan kongsi mungkin hanya akan mengambil masa seminit!!!

6. MENDIAGNOS DAN MERAWAT PENYAKIT

HPA menawarkan peluang seluas-luasnya kepada semua ahli HPA untuk mempelajari ilmu tentang diagnos penyakit dan perawatan yang terdapat dalam Perubatan JAWI. Rebutlah peluang ini segera.

Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI

  1. 1. Bekam (Al-Hijamah)
  2. 2. Akupunktur
  3. 3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)
  4. 4. Urut Refleksologi
  5. 5. Urutan Limfatik

Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI

  1. 1. Diagnos Saraf Tapak Tangan
  2. 2. Diagnos Anak Mata (Iridology)
  3. 3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi

Dengan diagnosis awal terhadap diri anda, ini mungkin akan dapat menyelamatkan anda daripada bahaya penyakit yang makin pelik saban hari. Anda juga dapat menyelamatkan insan yang anda sayangi atau masyarakat setempat di tempat anda.

Categories : Tips Keusahawanan
Comments (1)
  1. Diagnos Saraf Tapak Tangan
  2. Diagnos Anak Mata (Iridology)
  3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi
Categories : Tips Keusahawanan
Comments (0)