Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 520

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 535

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 542

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 578

Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 18
Usahawan HPA

Archive for Usahawan HPA

Dec
16

Sifat Kepimpinan HPA

Posted by: HPA Online Network | Comments (0)

PJS Muslim

Kita semua pernah mengalami situasi yang memerlukan keberanian dan keyakinan diri. Adakah anda masih ingat semasa mula-mula belajar membawa basikal? Kita berasa takut kerana tidak pernah mencubanya tetapi kita beranikan diri dan setelah banyak kali terjatuh, akhirnya kita berjaya membawa basikal. Kita semua mesti dan akan mengalami perkara-perkara baru begini dalam hidup dan melaluinya kita akan mendapat pengalaman yang sangat berharga sebagai panduan hidup.

PJS Muslimat

Kenapa kita berjaya melaluinya?
Sebab kita berani untuk melakukan dan kadangkala kita akan berhadapan dengan situasi yang menyebabkan kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali menghadapi dengan penuh keberanian dan keyakinan. Cuba lihat waktu kita mengambil peperiksaan SPM dahulu, kita berasa takut, gemuruh dan cemas namun kita tetap menduduki peperiksaan tersebut sebab kita tidak mahu usaha kita membaca buku, menyiapkan tugasan guru, menghadiri kelas tuisyen dan kelas tambahan menjadi sia-sia sahajakan. Oleh itu kita tetap menghadapinya dengan berani.

Jadi di dalam hidup ini, kita tetap akan menempuhi pelbagai halangan walaupun terpaksa berhadapan dengan seratus, seribu ataupun sejuta halangan. Kita harus “MENEMPUHINYA DENGAN BERANI”.

“Kepuasan sebenar dalam hidup ini ialah melakukan sesuatu yang ramai orang fikir Mustahil untuk kita lakukan”

Categories : Usahawan HPA
Comments (0)
Nov
23

Rahsia Lima Jari Anda

Posted by: HPA Online Network | Comments (0)

Lima Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu, janganlah sesekali anda abaikan.

Saraf Tapak Tangan

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan pula dari anda yang kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini kita akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa sahajalah yang akan membantu kita menunjukkan jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakan anda akan pada waktu itu?

Tangan Anda - Rahsia Lima Jari

Nah, sekarang anda naikkanlah pula jari ketiga, jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja telah pun meninggalkan kita tanpa dipinta. Namun begitu alam dewasa pula kian menjegah kehidupan kita. Pada peringkat umur 30-an ini seorang itu telahpun mempunyai status dan identiti dengan ekonomi diri yang bolehlah dikatakan kukuh serta mempunyai sebuah kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini begitu banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam diri sendiri, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi yang boleh wujud dalam diri anda jika anda gagal mengawal emosi ini dengan baik lantas anda terus masuk ke jerangkap NAFSU dan SYAITAN. Justeru itu amal dan ibadat haruslah dilipatgandakan!

Kita beralih pula pada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap SATU dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea bernas sambil tampil dengan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari anda. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya adalah membenarkan sesuatu mentafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Pada generasi palapis HPA bertanya pada yang lebih pengalaman… Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya mereka akan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan akan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhir kalam dari sini, cubalah anda perhatikan kembali akan kelima-lima jari jemari anda itu. Renung dan fikirkanlah dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang?

Dengan HPA ini nyatakan ‘PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA’

Comments (0)

Nak tahu caranya?

MLM Syariah HPA

Kata orang, tiada kecemerlangan dicipta tanpa berasa seronok. Lagi kata orang, sesiapa seronok berniaga dia tak berniaga seumur hidupnya. Jom kita cari tip-tip untuk seronok buat perniagaan MLM Syariah HPA.

  1. Niat untuk seronok. “Program”kan dalam hati untuk seronok buat perniagaan. Kalau selalu niat seronok ini disebut pada hati maknanya setiap hari “program” seronok ditanamkan ke dalam hati. InsyaAllah niat yang baik akan hasil tindakan yang baik.
  2. Berkawan dengan orang yang seronok untuk berniaga. Hasilnya anda akan berkawan dengan perniagaan MLM syariah yang seronok. Seperti PU HPA Tuan Hj Ismail selalu nampak hebat dan seronok bila buat perniagaan untuk ummah. Jadilah idola.
  3. Berdoa untuk seronok. Doa adalah permintaan kepada tuhan yang kaya dengan rasa gembira. Berdoalah kepada Allah, nescaya Allah perkenankan.
  4. Bagi orang seronok. Ceritalah kebaikan produk HPA, kehebatan pelan pemasaran HPA dan keuntungan dunia dan akhirat yang diperolehi dengan menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA.
  5. Berlakon diri sendiri untuk merasa seronok. Lama kelamaan anda akan menjiwai keseronokan berniaga HPA.
  6. Jadikan hari ini lebih seronok dari kelmarin. Jangan ada dendam, jangan ada sakit hati, maafkan orang lain dan rasai keseronokan menaja orang lain.
  7. Jadikan perniagaan ini seronok. Jadikan perniagaan sebagai main-main. Tapi jangan main-main dengan perniagaan. Rileks-rileks dengan cabaran perniagaan. Seronok, Redha, Syukur.

Sumber : gen6kpu

Categories : Usahawan HPA
Comments (0)

Perjuangan HPAPergilah sahabat semua, teruskan perjuangan kita, agar Islam dapat bangun dan bangkit semula. Sahabat , dalam menyusuri jalan perjuangan, jangan lupa memandang di belakang sejarah yang sering mengingatkan kita jerih perit para pejuang terdahulu, untuk kita jadikan pedoman dan pengajaran, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak mudah, jalan menuju syurga itu penuh kepahitan yang tidak kita impi-impikan untuk melaluinya.

Jalan perjuangan yang kita akan selusuri itu banyak benar denai duri yang tajamnya tidak terkata, sakitnya menusuk jiwa, air mata akan selalu mengalir, peluh keringat dan pengorbanan akan sentiasa membaluti tubuh. Sebab itu sahabat, sudah aku nyatakan berkali-kali, hidup ini perlukan dorongan seorang teman, teman di jiwa adalah iman, teman sepanjang perjalanan adalah Tuhan, teman suka duka adalah kawan-kawan kita iaitu manusia yang faham apa erti kehidupan. Sahabat, perjuangan yang kau tempuhi sebentar lagi akan menyebabkan engkau rasa putus asa, kecewa, sebak dan sedih yang tidak terkata.

Maka kuatkanlah semangatmu, selalulah panjatkan doa kepadaNya, kita jadikan malam-malam sebagai taman munajat kepada Tuhan. Dia tidak akan melupakan kita, Dia akan selalu mendengar rintihan kita dikala manusia kelu untuk berkata-kata. Dari situ kita suburkan kasih sayang dan cinta kepada Tuhan.

Perjuangan Itu Pengorbanan

Sahabat, perjuangan dalam jalan dakwah menuntut pengorbanan jiwa yang bukan sedikit, ingatlah setiap antara kita sememangnya berkewajipan untuk meneruskan tugas warisan para anbiya’ ini. Kerana cahaya Islam semakin suram di mata hati umat Islam sendiri. Cuba engkau lihat ada negara Islam yang bersekongkol dengan negara kafir untuk menyerang negara Islam sendiri, atas nama tujuan ekonomi. Mereka tidak meletakkan agama sebagai keutamaan. Cuba engkau lihat di negara Afghanistan pula, angkatan tentera yang kononya Islam bertakbir Allahu Akbar apabila berjaya membunuh saudaranya sendiri , umat Islam juga tetapi mereka sendiri dibantu oleh orang kafir. Islam apa ini namanya?

Cuba pula engkau lihat kebejatan akhlak di negara kita sendiri, tidak mustahil jika suatu hari nanti yang engkau nampak adalah adik, abang dan keluargamu sendiri yang melakukannya. Itukah yang engkau mahu sahabat? Sedangkan kita telah dibekalkan dengan ilmu oleh para guru yang tidak kenal erti penat lelah untuk memastikan para pelajarnya keluar sebagai bukan sahaja orang yang berjaya bahkan juga sebagai da’ie di alam ini. Inginkah engkau lihat saudara-saudara kita terpekik, terlolong di dalam neraka ? sanggupkah engkau lihat ibu ayah kita menangis sepanjang masa di dalam kuburan melihat anak-anaknya tidak menjadi ‘manusia’ yang diinginkan oleh Allah ? dan kemudiannya mereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama sebab engkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur dan menasihati mereka.

Sebab itu sahabat, sudah aku katakan tadi, cahaya Islam itu semakin suram, api pelitanya yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman kebesarannya. Para ulama’ dibisukan dengan dunia oleh umara’. Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang masa untuk menyuarakan yang haq. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka sahaja.

Warisan Tugas Dakwah

Sahabat, tugas dakwah ini tugas kita, sebab kita telah belajar apa erti kesusahan Rasulullah dalam menyebarkan agama, kita telah merasai kemuliaan para sahabat yang mengalirkan air mata pengorbanan hingga dapat membangunkan Islam di seluruh pelosok dunia. Mereka bangun dengan semangat jihad yang dibentuk oleh al Quran dan sunnah Rasulullah, di hati-hati mereka tiada perasaan gentar atau takut selain dari Allah.

Mereka faham benar apa yang dimaksudkan di dalam ayat “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya” Surah As Saff ayat 2-3. Sebab itu sahabat, dengan nasihat yang lahir dari lubuk hati ini, dengan ikhlas aku menyatakannya kerana aku ingin melihat cahaya Islam itu semakin gemilang, agar Rasulullah mampu tersenyum andainya melihat sinarnya Islam selepasnya tidak kunjung padam. Moga-moga dengan amal ikhlasmu dalam juang HPA ini akan dipandang oleh Allah dan diredhaiNya di dunia dan di akhirat sana. Insya Allah…

ANAK WATAN HPA 02 NOV 09

Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermulanya daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang.

(Assyahid Imam Hassan al Banna)

Sumber : Sobhishpa

Categories : Usahawan HPA
Comments (0)

Penghijrahan ke lautan hindi adalah aktiviti tahunan (mei hingga julai) kumpulan ikan sardin untuk mencari kawasan yang lebih panas dan selesa. Fenomena ini amat menarik perhatian pelancong ke Afrika Selatan kerana apabila berbilion bilion jumlah ikan ini berenang bersama-sama membentuk satu pandangan yang cantik.

Ikan Sardin Berhijrah

Contohi semangat ikan sardin, saya mengajak kita semua berhijrah kepada produk halal dan toyyiba HPA. Untuk kesihatan dan pembinaan hati yang efektif.

Bila dunia dipenuhi dengan segala macam makanan yang telah diracuni dan tidak jelas halalnya, berhijrahlah kepada perniagaan halal HPA adalah alternatifnya. Kenalilah HPA dan keistimewaan produknya. Anda akan jatuh cinta. Mencari yang halal adalah kewajipan. Mulakanlah hari ini.

Sumber : gen6kpu

Categories : Usahawan HPA
Comments (1)