Archive for Usahawan HPA
Keusahawanan Bersama HPA Dengan RFC, RCH, ROC Dan RBH
Posted by: | Comments
Rangkaian Restoren HPA
Mereka yang berminat untuk membuka Radix Fried Chicken (RFC), Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC) dan Radix Bakery House (RBH), boleh menghubungi saya sendiri melalui SMS (0124059717). Semua contuh perniagaan ini terdapat di HPA City Sungai Petani dan Alor Setar. Boleh menjadi “prototaip” untuk dipindahkan ke mana sahaja lokasi pilihan anda.
Keinginan anda untuk bersama HPA mengembangkan produk halal kami di dahului dengan ucapan terima kasih. Kos projek adalah seperti berikut :-
- RFC - 1.5 juta
- RCH - 500 - 600k
- ROC - 300 - 400k
- RBH - 100 - 200k
Kesemua bergantung kepada lokasi dan keluasan tempat pembinaan. Apapun jumpa saya dulu sebelum membuat apa-apa keputusan.
Sumber : Jawiherbshop
Tazkirah Usahawan Herbalis
Posted by: | CommentsRamai yang tahu tetapi sedikit yang mengambil pengajaran dari pengetahuanya itu. Bahawa semua rezeki itu datang dari Allah dalam apa jua bentuk dan apa jua cara.
Maksud firman Allah swt
“ setiap kali Zakaria masuk menemuinya di mihrab (kamar khusus ibadat),dia mendapati makanan di sisinya(Maryam),Dia berkata “Wahai Maryam!dari mana ini engkau peroleh?” Dia (Maryam) menjawab “itu dari Allah.”Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan. (Ali Imran : 37)
Kefahaman 1
“Jagalah Allah nanti Allah akan menjagamu”.
Sebagai seorang ahli peniagaan yang mencari untung dua dunia maka seluruh aktiviti ekonomi itu perlu melepasi hambatan-hambatan walaupun ia menjanjikan keuntungan yang lebih. Andaikata di longgokan bukit emas dihadapan mata namun hati sama sekali tidak akan menerimanya jika ia diberi dengan jalan pendurhakaan kepada Allah swt.
Kefahaman 2
“jika pintu rezeki yang terbuka dihadapan kita selama ini tidak halal maka tutuplah segera dan carilah dari pintu yang lain.”
Jika kita berniaga pastikan peniagaan itu halal dan membawa kepada pengampunan Allah. Jalan peniagaan yang tiada khianat dan barang peniagaan yang halal lagi baik. Dari sinilah bermulanya keberkatan dan keuntungan .Jika kita tidak yakin dengan jalan ini bererti imannya selama ini mengalami kecacatan kerana ia menafikan sifat “kaya” Allah swt dan dalam iktiqadnya ujudnya was-was tentang ketuhanan.
Kefahaman 3
“Tauhid itu mengakui keesaan Allah dalam semua perkara.”
Tauhid wajib bersifat jazam iaitu 100% dan tauhid 99.99% itu batal dan tertolak.Ini bermakna boleh jadi dunia kini dipenuhi dengan jutaan muslim pada nama tetapi tauhidnya tertolak. Mereka menjadi penentang kepada ugama mereka sendiri lantaran kejahilan tentang tauhid yang sebenarnya. Rezeki itu dari Allah dan kembalikan haq Allah tanpa sebarang keraguan.
Sumber : Jawimedherb
Bihun Dan Laksa Dekat Kandang Babi
Posted by: | CommentsSudah sekian lama kita mendengar hal-hal begini. Bertapa kesucian produk yang mendapat kelulusan “Halal” diragukan. Apa penyelesaiannya? Selagi kita tidak berani menjadi pengeluar, selagi itulah masalah ini tidak akan berakhir. Hendak jadi pengeluar pun bukannya mudah, bukan soal modal sahaja tetapi bekalan bahan mentah, mesin dan pasaran cukup akan menyebabkan kita berada pada tahap lama. Jadi bagaimana jalan penyelesaianya?
Kena berjuang bersungguh-sungguh, tidak boleh main-main supaya HPA benar-benar menjadi pintu keluar pada permasalahan ini. Syukur, kita telah mula memasarkan mee kuning tapi tak banyak, masih baru, kena bersabar seperti pemulaan pengeluaran ayam dan ais krim dahulu. Lama-lama akan memenuhi pasaran.
Begitu juga Kilang Kola radix dah mula beroperasi di Johor sebagai kilang ke-2 HPA bagi keperluan hari raya. InsyaAllah. Kilang ais Krim di Ipoh juga sedang dalam pembesaran di mana penambahan mesin sedang dilakukan. Kilang ais krim mendapat kelulusan “penal Syariah” sepenuhnya dan penal berpuas hati dengan bahan-bahan yang digunakan.
Sumber : JawiHerbShop
Perjuangan HPA Dalam Jihad Ekonomi
Posted by: | Comments
Setiap detik dan masa umat manusia khususnya umat islam selalu diperlihatkan dan dikhabarkan dengan disaksikan oleh dua mata dan dua telinga bagaimana penindasan mereka ke atas saudara seagama kita yang di perlakukan dengan kejam, dan penipuan atas nama “halal” dengan tujuan untuk melariskan barangan mereka dan entah mana datangnya barangan yang dihasilkan, hari-hari dibongkarkan oleh media elektronik mahupun suratkhabar.
Tetapi masih ramai umat islam yang pekakakan telinga, butakan dua mata mereka dan menutup mata hati untuk melakukan sekecil-kecil jihad ke jalan Allah swt. Sebagai umat yang bertakwa kepada Allah, ayuh gerakkan dengan selemah-lemah jihad iaitu jihad ekonomi (memboikot) produk-produk yang menyokong serta bersekutu dengannya yang merosakkan serta memerangi umat Islam dan bangunlah memperjuangkan halal sebenarnya. HPA dengan segala kekuranganya bangun dari kelekaan merapatkan saf untuk mewujudkan muamalah sesama muslim yang terdaya seperti yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.
PANDANGLAH DENGAN MATA HATI, PASTI KAMU AKAN DAPAT MELIHAT YANG TERSIRAT DISEBALIK YANG TERSURAT.
Sumber : myhalalbiz
PJS Shafei Hj Tasiron Pemimpin Cemerlang Dari Negeri Johor
Posted by: | CommentsPJS Shafei Hj Tasiron yang kini berpangkat Pengarah Jati Intan merupakan Upline aras ke-4 dalam hiraki PJS Jamaluddin Yeop Majlis. Antara PJS Jamaluddin Yeop Majlis dan PJS Shafei Hj Tasiron ada 3 orang lagi upline PJS Jamaluddin Yeop Majlis yang masih berpangkat Pengurus Melati (PLX).
Dalam majlis KONVEK yang diadakan di dewan MAEP Serdang baru-baru ini, beliau merupakan satu-satunya leader dari Negeri Johor yang mendapat anugerah Insentif HAJI dan Pelancungan Asia Oceania. Manakala isterinya PJS Puan Rosjulila pula mendapat anugerah insentif UMRAH dan pemenang anugerah Pusat Jualan Terbaik disamping menerima cabutan bertuah 500NM iaitu satu unit Laptop dan seunit kamera digital.

PJS Shafei Hj Tasiron sedang menerima hadiah insentif Haji dari Pengarah Urusan 2 HPA Tn. Hj Fisal Ahmad Tajuddin di majlis KONVEK yang diadakan di dewan MAEP Serdang baru-baru ini.
Pada mulanya PJS Jamaluddin Yeop Majlis tidak tahu beliau adalah uplinenya, sehinggalah pada pertengahan tahun 2006 ketika PJS Shafei Hj Tasiron membawa beberapa rakan baru niaganya ke program PBC yang diadakan di Hotel Putra KL, mereka berkenalan. Dalam statement bonosnya terdapat nama PJS Jamaluddin Yeop Majlis dalam bonus generasi pangkatnya. Ketika itu beliau masih PLX sedangkan PJS Jamaluddin Yeop Majlis sudah berpangkat PJS dan menjadi pemantau dalam program PBC yang dihadirinya disitu.
Beliau nampak bersemangat ketika itu sehinggalah sekarang semangatnya tak luntur walaupun berbagai mehnah dan ujian yang beliau hadapi dalam mengejar cita-citanya. Dari seorang pemandu lori sayur kini beliau bergaya dengan MPV TOYOTA ALPHARD dengan pendapatan melebihi RM20ribu sebulan bersama isterinya. Tahniah diucapkan kepada beliau semoga bertambah IMAN terutamanya selepas pulang dari mengerjakan Haji dan Umrah kelak. Selamat berjaya dan bergaya didunia dan akhirat. AMIN.
Sumber : Blog Jamalmajlis
