Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 520

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 535

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 542

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 578

Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 18
Usahawan MLM

Archive for Usahawan MLM

Jul
28

Memahami Makna Sebuah Konvek

Posted by: HPA Online Network | Comments (0)

KONVEK 2009 yang berlangsung baru-baru ini di MAEPS, Serdang, Selangor meninggalkan nostalgianya tersendiri. Kepada mereka yang berjaya menerima anugerah sekalung tahniah diucapkan, dan kepada mereka yang kurang bernasib baik, jangan putus asa, InsyaAllah KONVEK yang diadakan saban tahun akan menjanjikan yang terbaik pula untuk anda.

Anugerah yang disampaikan bukanlah merupakan matlamat pertama dan utama dalam perjuangan HPA. Ia hanya secebis kenangan dan penghargaan daripada pihak syarikat kepada pengedar dan pemimpin yang berjaya memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan. Kejayaan sebagai pemimpin dan pejuang dalam HPA bukan terletak kepada berapa nilai BONUS BULANAN yang diterima. Tetapi yang lebih jauh dan penting ialah sejauh manakah keikhlasan dan kejujuran hati dalam melayari dan mengharungi bahtera HPA memperjuangkan produk HALAL LAGI BAIK bagi menyelamatkan umat Islam dari terus kecundang memamah produk keluaran kafirun dan Yahudi Laknatullah.

HPA adalah sebuah syarikat milik umat Islam. Dalam usia baru 12 tahun mengharungi MLM (Syariah), sudah tentu cabaran dan dugaan yang ditempuhi semakin banyak dan mencabar. Namun cabaran diperingkat awal ketika memulakan perniagaan yang penuh jerih payah tidaklah sehebat cabaran dan dugaan ketika berada dipuncak kejayaan. HPA sentiasa melayani dan cuba untuk memenuhi karenah sekelumit pengedar dan pemimpin yang masih lagi terawang dan kabur di dalam bahtera HPA.

KONVEK yang berlalu sudah pasti tidak dapat memuaskan hati dan memenuhi naluri semua pihak. Oleh yang demikian muhasabah dan cermin diri daripada semua pihak yang terlibat amat perlu dengan niat dan nawaitu yang satu, iaitu mencari redha Allah SWT. Buangkan sifat dan sikap pentingkan diri sendiri. Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa kerana HPA adalah milik kita, dan kita jugalah yang wajib mempertahankannya. Allah SWT memberikan pelbagai sifat kepada setiap insan yang dilahirkan dan diciptakanNya. Sifat sayang, cinta, kasih, mesra, jujur, ikhlas, amanah, marah, suka, gembira, sedih, merajuk, iri hati, dengki, khianat, baik hati, pemaaf dan macam-macam lagi sifat yang ada. Oleh itu, sebagai insan yang serba lemah dan serba kekurangan, kita patut berasa syukur jika terpilih menerima anugerah yang disampaikan, dan jangan mudah putus asa dan ‘hangat hati’ serta merajuk sekiranya pada KONVEK kali ini nama kita tidak tersenarai untuk menerima anugerah yang disediakan. Mungkin KONVEK kali ini bukan rezeki kita. Rezeki dan habuan kita Allah SWT sudah tentukan untuk KONVEk yang akan datang.

Syabas dan tahniah kepada team pengurusan HPA yang sentiasa sabar dan cemerlang dalam meneruskan perjuangan dan mengharungi karenah setengah juta pengedar dan pemimpin HPA seluruh negara. Pengorbanan yang ditunjukkan merupakan satu jihad yang tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan ganjaran yang diberikan di atas muka bumi ini. Tahniah HPA.

PJM Haji Ismail Othman

Categories : Usahawan MLM
Comments (0)

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan daripada HPA Online kepada PJ Ridzuan Abd Razak, salah seorang dari 605 Pengarah Jati (PJ) yang akan naik ke pentas Konvek 2009.

PJ Ridzuan Abd Razak

GEMPUR RADIX!!!…

Categories : Usahawan MLM
Comments (1)

Sedikit info apa yang berlaku dalam MLM pada masa ini. Ini berlaku dalam semua syarikat MLM, tidak terkecuali juga HPA yg berteraskan syariah. Kepentingan diri sendiri dlm industri MLM, ramai yg ditemui lebih mementingkan diri sendiri dari kepentingan org lain. Akibatnya ramai yang gagal berbanding yang berjaya di dalam industri MLM. Ramai juga yang hanya berlakon sebagai usahawan MLM yang berjaya, hakikatnya jauh sekali dari kejayaan.

Ini kerana mementingkan diri sendiri adalah dilarang sama sekali dalam Industri MLM. Bahagian kita, kejayaan kita memang telah tersedia dan tak perlu dirisaukan selagi kita mengutamakan kepentingan orang lain.

Bantu tajaan-tajaan di dalam kumpulan anda menikmati kejayaan terlebih dahulu, kejayaan anda akan terjamin, datang secara natural dan berpanjangan. Sebaliknya, jika hanya memikirkan kejayaan diri sendiri tanpa mempedulikan kejayaan mereka yang berada di dalam kumpulan anda pasti sekali anda akan hanya beroleh kegagalan dan berada di dalam dunia lakonan MLM.

Akhir sekali orang yang mementingkan diri sendiri tempatnya di pulau terpencil bukan di dalam industri MLM. Jika ada undang-undang yang menghalang mereka ini mesti dihalang dari menyertai Industri MLM selama-lamanya kerana mereka adalah sebahagian dari makhluk PEROSAK Industri MLM.

Umumnya perniagaan MLM adalah suatu sistem pemasaran yg lebih menekankan kepada ‘PENGKADERAN’ daripada penjualan produk. Ia lebih banyak menjual ‘HARAPAN’ dan menjanjikan kekayaan dan kebebasan kewangan. Jangan mengikut sistem kapitalis yg menindas. Ekonomi islam benteng penyelamat kpd ekonomi kapitalis.

Pengguna Dan Usahawan Islam HPA Harus Bijak jangan sekadar DIKADERKAN oleh PENAJA YG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.

PJ EN MAHARUDIN B.NORDINUsahawan Muda HPA PERAK MENJUAL KOPI RADIX DAN BERJAYA BELI LORI. Tahniah pada PJ EN MAHARUDIN B.NORDIN.

‘PRODUK DAN USAHAWAN HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA’ WAKE UP MALAYSIAN.

Sumber : Blog Radix Crew

Categories : Usahawan MLM
Comments (1)

Ramai yang bertanyakan mengenai soalan penajaan/sponsoring MALAYSIA/INDONESIA. Berikut adalah jawapan dari saya :-

SOALAN : Bolehkah saya melakukan penjaan ke Indonesia dan bagaimana caranya?

JAWABAN : Boleh. Penajaan antara Indonesia dan Malaysia boleh dilakukan secara timbal balik. Caranya adalah anda perlu menggunakan kit niaga yang dikeluarkan samada dari Malaysia ataupun Indonesia. Tetapi sebaiknya distributor yang hendak di sponsor disarankan menggunakan kit niaga di negara setempat kerana lebih sesuai pada aspek bahasa, marketing plan dan produk.

SOALAN : Berapa harga keanggotaan di Indonesia dan Malaysia?

JAWABAN : Menjadi keanggotaan di Malaysia adalah RM 30 manakala di Indonesia Rp 60ribu. (Nilai tukaran adalah kurang lebih RM 1 = Rp 2000-2500).

SOALAN : Sekiranya saya distributor Malaysia ke Indonesia dan melakukan pembelian di mana-mana cawangan di Indonesia apakah akan di masukan sebagai nilai mata (NM/PV)?

JAWABAN : Keanggotaan Malaysia dan Indonesia adalah satu kad satu pasaran. Kad/Kartu keanggotaan/keahlian HPA sah diperlakukan di Malaysia dan Indonesia. Namun kita perlu tahu kadar tukaran nilai mata adalah 1NM Malaysia bersamaan dengan 2000NM Indonesia.

SOALAN : Apakah yang membezakan keanggotaan antara 2 negara?

JAWABAN : Tidak ada apa-apa perbezaan. Cumanya sekiranya anda memiliki keanggotaan Malaysia dan anda membeli/belanja di Indonesia sila pastikan nombor keanggotaan anda di catatkan lengkap. Sebagai contoh 123456.MY01 (Id Malaysia). Begitu juga sebaliknya sekiranya anda memiliki keanggotaan Indonesia dan melakukan pembelian/ belanja di Malaysia pastikan juga nombor keanggotaan anda di catatkan lengkap. Sebagai contoh 123456.ID01 (id Indonesia).

SOALAN : Apakah jenis produk di Malaysia sama dengan di Indonesia?

JAWABAN : Tidak. Terdapat perbezaan kadar harga dan penjenisan produk antara dua negara ini.

SOALAN : Bolehkah stokis membuat pembelian melintasi negara?

JAWABAN : Tidak boleh. Ini disebabkan oleh akan berlaku kode konflik disebabkan oleh perbezaan produk dan Nilai Mata. Hanya distributor/pengedar sahaja yang boleh melakukan pembelian melintasi negara. Agen Stok tidak dibenarkan melakukan. Sebagai contoh stokis Indonesia tidak boleh membuat pembelian di Agen stok Malaysia dan begitu juga sebaliknya. Sekiranya mereka melakukan, maka nilai mata tersebut tidak akan di proses di dalam sistem.
Sekiranya mereka melakukan, maka nilai mata tersebut akan dijadikan nilai mata peribadi.

SOALAN : Bagaimanakah sekiranya saya mempunyai 2 ID iaitu satu id di Malaysia dan satu ID di Indonesia?

JAWABAN : Keanggotaan yang melebihi 2 keanggotaan mestilah ditamatkan salah satu daripadanya..

SOALAN :Adakah nilaimata yang dibeli di Malaysia akan dicampur dengan nilaimta di Indonesia ?

JAWABAN : Ya, kerana satu kad/kartu satu pasaran.

SOALAN : Bagaimanakan sekiranya saya ingin menaja semula anggota yang telah mempunyai no id ?

JAWABAN : Boleh dengan syarat
1. Tidak aktif sejak tahun 2003 dan sebelumnya
2. Mesti membuat permohonan terlebih dahulu

Sekiranya anda ada soalan tambahan sila emailkan pada saya di cwahidagm@yahoo.com

Sumber : Blog gmalwahida

Categories : Usahawan MLM
Comments (0)