HPA Auto Services (Bengkel Kereta HPA)
By
Alhamdulillah, baru-baru ini HPA telah pun mewujudkan satu lagi cabang perniagaan yang baru iaitu pembukaan sebuah bengkel kereta yang dinamakan HPA Auto Services. Bengkel ini bertujuan memberi kemudahan kepada ahli-ahli HPA untuk membaiki kereta mereka di sini. Perkhidmatan yang diberikan adalah amat berpatutan.
Terletak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah sememangnya lokasi yang strategik. Selain itu HPA Auto Services ini membuka peluang kepada anak-anak ahli HPA untuk bekerja atau membuat praktikal mereka selepas tamat pengajian di dalam bidang kemahiran automotif. Tidak mustahil jugak suatu hari nanti HPA Auto Services ini menjadi one stop center dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam membaiki kereta.
Insyallah, marilah kita mendoakan agar cita-cita Pengarah Urusan kita ini dapat direallisasikan bersama. Akhir kalam dari penulis, bersama memajukan ekonomi ummah seantero dunia.

1 Comments
October 21st, 2010 at 9:53 pm
assalammualaikum ..
buleh sy tahu di mana tempat ada cawangan HPA AUTO SERVIS ini?
dan ada tak HPA membuka perluang untuk ahli yg berpengalaman membuka peluang perniagaan bg HPA AUTO SERVIS di setiap cawangan negeri?