Kelas Mingguan Komuniti Klang
ByAlhamdulillah Kelas Mingguan malam tadi masih mengekalkan kehadiran Rakan Niaga melebihi 50 orang. Pada awalnya nampak suram, sangkaan mungkin cuti sekolah tak ramai tapi kehadiran 56 orang walaupun hanya PJS setempat yang hadir.
Kelas M dipengerusikan oleh PJX Puan Norwati. Slot Pengenalan Syarikat di isi oleh PJX Mat Izam bin Sapiee. Slot testimoni oleh PR Kak Hamidah Aman, Slot Produk Knowledge oleh Herbalis PJ Haji Onn Ibrahim (Minyak Herba). Slot Plan Pemasaran dan Motivasi oleh PJE Sajaruddin Bin Tasiron.
Bermula pada pertengahan Mei lalu, Cabutan BERTUAH akan dibuat dengan hadiah produk HPA berdasarkan nombor catatan pada buku kehadiran. Walaupun hadiah, nilainya tak seberapa tetapi rakan niaga bangga menerima hadiah yang disampaikan oleh PJS yang hadir.
Kehadiran PJS dan kelainan penyampaian juga antara penarik kepada ahli untuk hadir. Walaupun slot sama, tetapi penyampaian berbeza dapat lebih memberi faham kepada rakan niaga yang hadir.
Gempur…!!!! HPA Boleh…!!! InsyaAllah….
Sumber : Blog Komiti HPA Klang
