May
15

Mesyuarat Agung Kowahida, Kursus Pra PIC dan Klinik Herblis

By HPA Online Network

Pendaftaran Untuk Hadir ke Mesyuarat Agung Kawasan

Bagi makluman semua anggota Koperasi Wahida HPA Berhad, pendaftaran untuk hadir ke Mesyuarat Agung Kawasan 2009 Koperasi Wahida HPA Berhad boleh dilakukan di semua cawangan Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. selewat-lewatnya sebelum tarikh 22 Mei 2009. Pendaftaran yang dibuat selepas pada tarikh tersebut tidak akan dilayan. Anggota yang layak untuk hadir ke mesyuarat tersebut adalah anggota berdaftar.

Kursus Pra-PIC

Perhatian! Kursus Pra-PIC yang akan diadakan pada 18hb Mei 2009 hari Sabtu bertempat di HPA Cawangan KlangĀ  DIBATALKAN.

Klinik Herbalis Unit PJ KPA

Unit Perubatan JAWI KPA akan mengadakan satu klinik herbalis.

Tarikh : 21 Mei 2009 (KHAMIS)

Masa : 8:00 malam hingga 11:00 malam

Tempat : HPA cawangan Kajang Bangi.

Di Harap semua HERBALIS dapat menghadirkan diri.

Leave a Comment