Aug
16

PBC BALING Dapat Sambutan Hangat Selepas Konvek HPA 2009

By HPA Online Network

Bertempat di Hotel Bayu, Baling, Kedah, Kelab Pemimpin Utara (KPU) berjaya mengadakan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) pada 14 dan 15 OGOS yang lalu. Seramai 50 peserta hadir dengan penuh minat dan semangat juang yang tinggi.

Lokasi PBC Baling Ogos 2009

Peserta PBC Baling 2009

Slot PBC Baling Ogos 2009

Menurut Pengarah PBC, PJS Cikgu Razak Hussain, PBC pada kali ini nampak lebih baik kerana peserta yang hadir mendapat semangat baru selepas KONVEK HPA 2009. Walaupun daerah BALING merupakan kawasan yang agak pedalaman, namun semangat perjuangan untuk memartabatkan produk HALAL lagi BAIK amat tinggi. Kempen kesedaran terhadap penggunaan produk HPA diteruskan dari semasa ke semasa tanpa henti.

PBC Baling Ogos 2009

PBC Baling Ogos 2009

PBC Baling Ogos 2009

Pada PBC kali ini beberapa pemimpin dari KPU hadir menyampaikan slot. Mereka ialah PJS Ustaz Zaidon (Pengenalan Syarikat), PJS Ustaz Zamri (Plan Pemasaran HPA), PJS Cikgu Razak Hussain (Gerak Kerja 6M), PJS Muzafar Aliyasak (Produk Pilihan), PJS Roshadah Razak (Diagnos Tapak Tangan), PJS Ustaz Asri Hussain (Halal dan Haram) dan Malam Bintang-Bintang bersama PJ Rahimi Razak.

Malam Bintang-Bintang

Johan Pembentangan PBC Baling Ogos 2009

Pemimpin KPU PBC Baling Ogos 2009

Hadir sama membantu dan menjadi fasilitator ialah PJ Rahimi Razak, PJS Md Khatib Hussain, PJ Ridzuan Razak, PJ Azhar Hashim, PJE Umi Kalsom, PJ Cikgu Ishak, PJ Ustazah Salmah, PJ Norhayati, PJ Ustaz Che Me dan PJ Azli.

Peserta Lelaki PBC Baling Ogos 2009

Peserta Wanita PBC Baling Ogos 2009

Leave a Comment