Jul
24

PBC Di Negeri Kelahiran HPA, Putra Brasmana

By HPA Online Network

Perlis Indera Kayangan, negeri kelahiran HPA tidak ketingggalan dalam menggempur dan menerajui arus perjuangan mempromosi produk halal lagi baik. Dengan barisan pemimpin yang komited dan semangat juang yang tinggi, beberapa program PBC dan Kelas Mingguan berjaya diadakan dan dihidupkan.

Pemimpin HPA dan Fasilitator PBC Kuala Perlis

Barisan Pemimpin HPA dan Fasilitator PBC Kuala Perlis

Terbaru ialah Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang diadakan pada 18 dan 19 JULAI di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis. Seramai 58 peserta hadir. Program yang diadakan pada setiap bulan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan sentiasa dinanti-nantikan oleh pengedar.

Peserta Lelaki PBC Kuala Perlis

Peserta Wanita PBC Kuala Perlis

Peserta PBC yang menunjukkan semangat yang tinggi

Pengarah PBC pada kali ini ialah PJS Amiruddin. Beliau adalah tonggak kejayaan dan kecemerlangan PBC dan program-program lain di Perlis. Turut membantu ialah PJ Ustaz Mohd Zuhaimi. Gandingan mantap dua pemimpin ini berjaya meneruskan kesinambungan perjuangan memperkenalkan produk HPA di setiap inci bumi Perlis.

PJS Syed Ageel

PJS Syed Ageel

PJS Syed Ageel sedang menikmati kelazatan laksa Kuala Perlis

Menurut PJS Amiruddin, PBC pada kali ini menampilkan beberapa PJS hebat dari KPU. Antaranya PJS Azizan Ahmad (Presiden KPU), PJS Syed Ageel dan PJS Zaharah Mat Zain. Selain itu program ini juga dibantu oleh PJ Anisah Din, PJ Norardiana Ismail, PJ Yusanizar Azhar dan PJ Hasmawati Abd Rajab.

Sumber : KPU

Leave a Comment