Pertandingan Futsal Piala Pengarah Urusan
ByKPU akan menganjurkan kejohanan Futsal Piala Pengarah Urusan pada tarikh 6 hb Disember 2009 bertempat di Gelanggang Futsal Gemilang, Sungai Tukang, Sungai Petani (bersebelahan kilang muslimah). Penyertaan hanya dibuka kepada lokasi komuniti PBC KPU. Bagi setiap komuniti PBC di minta menghantar sekurangnya satu pasukan yang terdiri dari 8 orang pemain. Penyertaan adalah percuma dan hadiah menarik menanti pemenang.
Bagi komuniti PBC yang telah mempunyai pasukan untuk menyahut cabaran ini di minta menghantar nama-nama pemain ke HPA Lagenda Heights, (saudara Fitri-04-4259003). Pemain-pemain yang didaftarkan hendaklah hanya di kalangan pemimpin dan pengedar-pengedar HPA yang aktif.
Komuniti PBC yang dijemput :-
- Langkawi
- Kangar
- Jitra
- Padang Terap
- Alor Setar
- Yan
- Gurun
- Sik
- Baling
- Sungai Petani
- Kulim
- Kepala Batas
- Juru (Nashmir)
- Naza Tanjong Tokong
- Komplek Tabung Haji Balik Pulau
- Parit Buntar/Jawi

Piala Pengarah Urusan Anjuran Kelab Pemimpin Utara (KPU)

Top Tropy Futsal KPU
