Sep
06

Tahniah kepada KOOP Wahida

By HPA Online Network

KowahidaTahniah kepada koperasi yang boleh membayar dividen sebanyak 14% pada tahun kewangan yang lepas. Semoga ia akan menyemarakkan lagi pergerakan koperasi-koperasi di Malaysia. Bagi pihak HPA, kita mengharapkan koperasi akan membangun menjadi sebuah wadah peniagaan yang berjaya mengembalikan ekonomi negara ke tahap yang boleh dibanggakan.

Banyak koperasi yang wujud di negara ini masih belum dapat menjadi perintis untuk mewujudkan peniagaan yang berdaya saing. Walaupun kadangkala koperasi itu mempunyai simpanan wang berjuta-juta ringgit tetapi hanya menjadi tempat simpanan semata-masa. Objektif koperasi bukan hanya untuk menyimpan kutipan wang ahli, tetapi koperasi boleh meneroka bidang peniagaan yang terbuka luas buat masa kini.

Sayugialah diharapkan semua koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia menjadi lebih aktif terutama dengan wujudnya kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta. Tahniah sekali lagi pada koperasi Wahida.

2 Comments

1

keuntungan 2010 punya keuntungan ker? ok ler tu….

2

cadangan saya untuk tahun2 akan datang pihak koperasi dapat melancarkan skim pembiayaan peribadi untuk2 ahli2nya…
pandangan saya…. klu koWAHIDA upgrade jadi bank koperasi ok tak? BANK AL-WAHIDA

sekadar pandangan….

Leave a Comment