Satu lagi pengkhianatan terhadap umat Islam dilakukan. Ayam yang kononnya ada logo JAKIM di serbu oleh pihak JAKIM dan beberapa NGO di Lembah Kelang. Amat kotor, menjijik dan termuntah bila ayam tidak disembelih secara hukum syarie. Disembelih oleh mereka yang tidak tahu menegenai agama. Paling jijik sebelah pusat sembelih ayam adalah pusat sembelihan BABI dan pusat proses kerang yang di miliki oleh satu taukeh. Sungguh amat BIADAP mereka ini. Tapi apa nak kata dengan sikap orang kita. Mencari semua nak murah. Tak percaya diri sendiri. Kerana nak ayam murah maka itulah hasilnya. Semua nak tuding jari ke JAKIM bila hal ini terbongkar. Mungkin ada yang kata “saya tak tau” atau ada yang main senang cakap “JAKIM yang tanggung dosa..”!!!!
Namun apakah kita rela mulut kita di masuki najis BABI, ayam HARAM dan kerang dan ikan keli yang makan TAHI dan BANGKAI BABI?????? Bagi ahli HPA sudah tentunya tidak. Namun berjuta lagi umat Islam yang tidak terkecuali para alim Ulamak masih lagi bersifat lidah petah berhujah, namun MEMBUJUR LALU MELINTANG SAPU.
Sudah sekian lama, ramai yang menjamah Minyak Sapi QBB(Beratur Babi)dan sewajarnya semua umat Islam amat wajib/mandatori memulaukan terus walaupun QBB mohon maaf kerana sebagai suatu pengajaran kepada pengusaha lain agar tidak main mudah dengan umat Islam. Maka hari ini kita wajib mandatori untuk terus memulau ayam yang tidak tahu asal usul dan tidak di pantau oleh mereka yang ahli dalam Halal dan Haram.

-GM-

Categories : Artikel
Comments (0)

Categories : Berita HPA
Comments (1)

Dimaklumkan bahawa MEGA PBC KPU yang sepatutnya diadakan pada 20 dan 21 OGOS ditunda pada 24 dan 25 SEPTEMBER 2010 di Hotel Sungai Petani Inn. Semua KOMUNITI dilarang mengadakan sebarang aktiviti pada tarikh tersebut. Pastikan semua KOMUNITI menghantar peserta ke MEGA PBC bagi mencapai sasaran 200 peserta. Yuran penyertaan RM160.00 seorang.

Pengarah MEGA PBC : PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali. Pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang kepada KOMUNITI dan semua PJS KPU. Antara yang akan hadir mengisi slot ialah Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad, GM HPA, Mohd Faisol Abd Rahman, Pengerusi Panel Syariah, Ustaz Ahmad Ali dan PJS Puan Sharifah Sulaiman (Saraf Tapak Tangan)…

Pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang…Tarikh akhir penyertaan ialah pada atau sebelum 15 SEPTEMBER 2010. Sila berikan nama peserta bersama DEPOSIT RM100 kepada Pengarah MEGA PBC. Hanya 200 peserta terdahulu sahaja akan diterima..PJS yang bercadang hadir ke MEGA PBC, sila daftar dengan PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali untuk pengesahan..

Peserta tidak boleh diganti dan tidak dibenarkan ada proksi….Sekiranya ada peserta gantian, maka statusnya sebagai peserta akan dibatalkan….

Comments (0)
Aug
06

Suplemen Beracun

By Ridzuan · Comments (0)

Kementerian Kesihatan isytihar perang

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan lebih 50 produk makanan dan minuman kesihatan tambahan serta ubat-ubatan tradisional mengandungi racun berjadual, termasuk bahan aktif perangsang seks yang turut menggunakan selebriti terkenal untuk mempromosikan produk berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang amat bimbang dengan keadaan ini berkata, setakat ini amaran dan tindakan tegas pihak berkuasa termasuk merampas ubat-ubatan dan makanan kesihatan itu tidak langsung memberi kesan.
Berikutan itu, kementerian akan memerangi habis-habisan penjualan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan serta kosmetik tidak berdaftar yang berselindung di sebalik nama herba atau bahan asli.

“Saya berasa sudah tiba masa kita menghentikan semua perkara mengarut dan penyalahgunaan (ubat) ini yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti minuman kopi dan ‘teh ais limau’.

“Saya memandang serius perkara ini. Jangan suka membeli produk sedemikian dan kementerian akan perangi habis-habisan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan dan kosmetik yang tidak berdaftar,” katanya pada sidang media selepas melawat Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Biro Pengawalan Farmaseutikal kementerian di Petaling Jaya di sini, semalam.

Katanya, bahan aktif perangsang seks seperti sildenafil, tadalafil dan verdanafil yang digunakan untuk rawatan ‘erectile dysfunction’ (mati pucuk) hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh seorang doktor atau ahli farmasi berlesen.
Ubat yang tidak berdaftar dengan kementerian ini selalunya dicampur dengan racun berjadual yang boleh memberi kesan berbahaya termasuk serangan jantung, strok, pendarahan otak dan kehilangan daya penglihatan dan pendengaran.

“Saya ingatkan orang ramai, tidak berbaloi mengambil ubat kuat kerana ia merosakkan badan dan kesihatan serta mendatangkan kemudaratan yang besar kepada tubuh badan,” katanya.

Liow berkata, apa yang membimbangkan ada pengilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) terbabit sama melakukan jenayah farmaseutikal melalui pembabitan kilang mereka atau bersekongkol dengan kilang yang diwujudkan secara haram mengeluarkan bahan makanan kesihatan atau kosmetik tidak berdaftar.

Kegiatan itu, katanya, walaupun dibuat secara bersembunyi namun dapat dikesan pegawai penguat kuasa farmasi dan sejak 2008 hingga kini terdapat 19 syarikat yang digantung lesen.

“Jumlah dan nilai rampasan produk ubat-ubatan tradisional, bahan makanan atau minuman kesihatan dan kosmetik setiap tahun juga tinggi membabitkan 4,617 produk bernilai RM5.7 juta pada 2007; 9,679 produk bernilai RM13.6 juta (2008); 10,458 produk bernilai RM6.7 juta (2009) dan dari Januari sehingga Jun tahun ini sebanyak 6,632 produk bernilai RM4.5 juta dirampas.

“Produk yang turut dieksport dengan penyamaran sebagai ubat tradisional, makanan kesihatan dan kosmetik ini juga akan menjejaskan hasrat negara untuk menjadi hub produk tradisional berasas herba,” katanya.

Sehubungan itu, Liow berkata, pihaknya kini menyemak lima akta sedia ada untuk digabungkan menjadi satu akta baru yang akan diperkenalkan tahun depan dengan hukuman lebih berat kepada individu dan syarikat terbabit.

Akta yang disemak itu ialah Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Ubat 1956 (Iklan dan Penjualan).

Ini perlu dilakukan kerana hukuman dalam akta sedia ada, misalnya denda RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu dan denda RM50,000 bagi syarikat mengikut Akta Jualan Dadah, adalah tidak mencukupi.

Liow menasihatkan orang ramai supaya melaporkan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi jika ada produk yang disyaki mengandungi bahan-bahan racun.

Mereka juga boleh melayari www.pharmacy.gov.my atau di laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my untuk mendapatkan kepastian status produk.

Categories : Artikel
Comments (0)
Aug
06

Mega PBC KPU

By Ridzuan · Comments (1)

Kelab Pemimpin Utara (KPU) akan menganjurkan MEGA PBC pada 20 dan 21 OGOS 2010 (Jumaat dan Sabtu) di Hotel Sungai Petani Inn, Sg Petani.

Mega PBC akan disi slotnya oleh Pengarah Urusan HPA, Hj Ismail Ahmad dan Pengurus Besar HPA, Mohd Faisol Abd Rahman. Semua PJS dan Pengarah PBC perlu menghimpunkan seramai mungkin peserta untuk hadir ke MEGA PBC tersebut. Sasaran KPU adalah seramai 200 orang. Yuran sebanyak RM180 seorang.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi Presiden KPU (019-4715917) dan Setiausaha Tribunal KPU (019-4752134). Pendaftaran juga boleh dibuat melalui Pengerusi KOMUNITI masing-masing atau mana-mana PJS berdekatan. Tarikh akhir penyertaan adalah pada atau sebelum 15 OGOS 2010. Pendaftaran awal dialu-alukan bagi memudahkan urusan tempahan hotel dan makan minum. Kerjasama semua PJS dan KOMUNITI amatlah dihargai…

Comments (1)