Nov
06

Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) KPU November 2009

By HPA Online Network

PBC DI HOTEL HPA AZ-ZAHRA INN

PBC di Hotel HPA Az Zahra Inn akan berlangsung pada 13 dan 14 November 2009. Menurut Pengarah PBC, PJS Abdul Razak Ibrahim, pada peringkat awal ia sepatutnya berlangsung di Naza Hotel Gurun, namun terpaksa dipindah pada saat-saat akhir kerana masalah teknikal di hotel tersebut.

Antara barisan PJS yang akan mengisi slot PBC tersebut ialah :-

  1. Kenali HPA : PJS Syed Salahuddin
  2. Plan pemasaran : PJS Mohd Aseri Hanapiah
  3. Gerak Kerja 6M : PJS Ustaz Mohd Zahir
  4. Saraf Tapak Tangan : PJS Sharifah Sulaiman
  5. Halal dan Haram : PJS Ustaz Zaidon
  6. Produk Pilihan : PJS Ustaz Zaidi Abu Hassan

Sesisapa yang berminat hadir, bolehlah menghubungi PJS Abdul Razak (Polis) di talian 019-5720102. Yuran Kursus RM160.

PBC DI RESORT PANTAI TELUK TEMPOYAK

PBC Teluk Tempoyak Penang anjuran Komuniti Balik Pulau & Bayan Baru, bakal berlangsung dgn penampilan PJS Sabri Ahmad, PJS Ustaz Zaidon, PJS Pn Suhaiza Rosli, PJS Abdul Jalil Zainol, PJS Shohimi Ahmad, PJS Aasim Khalid (Kuala Kangsar) dan PJS Pn Rohani Mat Noor. Ianya akan di bantu oleh pemimpin-pemimpin KPU antaranya PJ Ustaz Shamizan (Kulim) dan PJ Cikgu Shaik Mohd Noor.

PBC Teluk Tempoyak akan berlangsung pada 21 dan 22hb November 2009. Peserta yang mengikuti PBC kali ini bakal terpesona dengan keindahan pemandangan laut yg terbentang luas dan juga akan dihidangkan dengan makanan laut termasuk ikan bakar.

Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran : hubungi PJS Abdul Jalil Zainol 019-5417794. Yuran kursus RM160.

07 - 08 NOVEMBER 2009
HSM Kepala Batas, SPU (RM180 ; Pengarah PJS Zanbli 019-4014013)

Kulim Inn, Kulim Kedah (RM180; Pengarah PJ Puan Fatimah)

14 - 15 NOVEMBER 2009
HSM Taiping PERAK (RM160; Pengarah PJ Sazali)

20 - 21 NOVEMBER 2009
Pantai Merdeka Resort (RM160; Pengarah PJS Nor Hyzad 019-4101737)

Leave a Comment