Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 520

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 535

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 542

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 578

Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 18
Daun Stevia Di Dalam Produk HPA
Aug
03

Daun Stevia Di Dalam Produk HPA

By HPA Online Network

Daun SteviaDaun stevia digunakan di dalam produk Kopi Radix Diet. Daun stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Daun stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah di bawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.

Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid dan ia tidak bertoksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. Steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Sumber : Mahkota Herba

Categories : Perubatan Jawi

34 Comments

1

Kami membekal Extract Gula Stevia - RM 190 perKg.
Minat; hubungi : 012-6425106
http://www.stevico-gec.blogspot.com

2

Nak tahu lebih lanjut tentang stevia..ada kah kilang pemerosesan stevia di malaysia.

3

Kalau RM190 per kg, lebih baik saya beli gula saja untuk memaniskan masakan atau minuman. Wang yang dapat saya jimatkan tu akan saya gunakan untuk beli ubat untuk diabetes.

4

190sekilo
mungkin ada yg tak faham
stevi dinisbahkan kemanisan 200 ke 400 kali lebih manis dari gula
jd jika dinisbahkan 1 kilo gula tevia adalah persamaan 200 ke 400 kilo gula biasa
jd 200 gula biasa adalah rm320
jd mn lebih untung
rm320 dapat 200 kilo gula biasa dan dapat tak tau berapa byk penyakit
rm190 dapat sekilo gula stevia tanpa penyakit dan banyak manafat
bg yg tk biasa rasa stevia mungkin agak ganjil kerana lidah kita org malaysia dh terlalu lama menelan gula tebu
begitu juga org lama2 dulu makan gula melaka jd lidah meeka rasa ganjil bila makan gula tebu

5

benarkah produk radix cola mengunakan stevia sebagai pemanis? buat masa ni radix cola mempunyai jumlah gula dan kalori di dalam fakta nutrisi produk tersebut…ini berbeza dari minuman seperti coke light atau pepsi max yang hampir tiada nilai kalori yang mengunakan permanis aspartame.Jika pengunaan stevia digunakan di dalam sebarang minuman sepatutnya minuman tersebut tidak mempunyai kalori sama seperti mengunakan pemanis gantian seperti aspartame.

6

salam,
saya rasa tertarik dengan pengunaan daun stevia ini,jadi jikalau saya berminat untuk mendapatkan benih untuk produk ini dimana saya perlu rujuk dan dapatkan khidmat nasihat yang lebih lanjut.

7

salam…
sy nk tau lebih lg psl stevia n ade x ladang n kilang pemprosesan stevia dekat malaysia….

8

Sesiapa yang berminat mendapatkan pokok stevia boleh hubungi saya Farhan 0126475858 atau layari ke web kami : steviahealthcare.blogspot.com

9

aspartame merupakan gula tiruan yang merbahaya.
terdapat 92 kesan sampingan (side effect)terhadap penggunaannya
banyak produk pelangsingan mengunakannya.

jadi aspartame tidak sama dengan stevia yang tergolong dalam kategori herba dan spesis pokok bunga matahari.

10

pembetulan
Farhan
0129475858
steviahealthcare.blogspot.com

11

bape ringgit sepokok en farhan jual? sebab baru2 ni saya ada bercuti di cameron highland dekat sana ada jugak jual pokok dengan harga RM25.00 sepokok.

12

Kami menjual pokok dengan harga rm15 sepokok tetapi harga juga bergantung kepada saiz dan kualiti pokok
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya

13

saya ada menjual benih dan daun stevia segar dari ladang.sila hubungi saya karim 012-7257607

14

Untuk bekalan di Sabah,saya Ada menjual pokok Stevia,hubungi saya melalui no 0168903775.

15

di mana kite boleh dptkn daun stevia ni??? cara mengekstrak nye pula bagaimana???

16

assalammualaikum…
> kami ada membekalkan anak pokok stevia bg yg berminat dengan harga yg istimewa.
>juga boleh dapati stevia yg telah diproses dlm bentuk uncang teh
> tunjuk ajak bg yg brminat tanaman stevia secara komersial
> jika berminat sila hubungi
014-6609545

17

tanam boleh saja tetapi susah sangat mencari pembeli daun stavia secara borong atau mana kilang nya untuk membeli. kalau sawit kita sedia maklum tapui stavia masih abstrak.

18

Saya dikawasan Perak, kat mana boleh saya dapat benih stevia ini. Hrp sapa2 dpt bantu. Tq.

19

SILA HUBUNGGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN BENIH STEVIA DIDALAM NEGERI PERAK 0142528009

20
ahmad raj abdullah
February 15th, 2012 at 1:18 am

assalam’mualaikum, saya mempunyai 5.4 ekar tanah. mmg sungguh cadang untuk menanam pokok stevia. adakah sesiapa yang boleh guide saya sila hubunggi saya 0178887981- ahmad raj abdullah

21

Assalamualaikum, harap dapat bantu saya dimana nak dapatkan pokok stevia diMelaka

juga dimana nak dapatkan daun yang dah boleh guna untuk minuman atau ekstrak daun stevia mana nak iperolehi

terima kasih

22

sye ingin dptkan daun stevia yg sudah dkeringkn atau yg msih segar untuk kajian sye….dimane sye bleh dpt d terengganu…sila hbungi sye 0199306430

23

siapa dr sarawak terutamanya area mukah berminat nk beli anak pokok stevia or yg sudah dikeringkan.. boleh hubungi saya..0138950994

24

Anak pokok stevia,,,Rm2 sepokok..trus dari ladang…
(kedah)

25

Salam, mana sy bole dpt bekalan daun stevia kering dalam kuantiti yg sederhana untuk kegunaan harian. Sy tinggal di Telok Panglima Garang, Selangor.

26

En. Firdaus.
Saya ingin mendapatkan anakpokok stevia .Saya tinggal di Batu Gajah Perak..adakah dekat dengan tempat anda.Boleh kah saya melawat tempat/kebun anda.

27

kalau dah tanam macam mana pulak nk jual daun stevia?
berapa pula kadar belian oleh pemborong?

28

Saya ada membekal anak benih pokok stevia.kepada sesiapa yang berminat boleh lah hubungi saya di talian 0133408490.lokasi saya di changkat tin,tanjung tualang,perak

29

Saya dari Brunei, dan saya Pengurus syarikat membekal makanan organic di Supermarket/Hypermarket di Brunei. Sy berminat untuk membeli secara borong daun stevia hanya jenis Stevia rebaudiana atau yang dipanggil honey leaf plant, sweet chrysanthemum, sweetleaf stevia, sugarleaf…dll dengan harga borong.

Mana-mana yang berhasrat untuk menjual secara borong sila emailkan harga borong termasuk caj penghantaran melalui email gmzainal@gmail.com.

Sekian terima kasih.

30

Saya dari Brunei, dan saya Pengurus syarikat membekal makanan organic di Supermarket/Hypermarket di Brunei. Sy berminat untuk membeli secara borong daun stevia hanya jenis Stevia rebaudiana atau yang dipanggil honey leaf plant, sweet chrysanthemum, sweetleaf stevia, sugarleaf…dll dengan harga borong. Mana-mana yang berhasrat untuk menjual secara borong sila emailkan harga borong termasuk caj penghantaran melalui email gmzainal@gmail.com.

Sekian terima kasih.

31

Saya dari Brunei, dan saya Pengurus syarikat membekal makanan organic di Supermarket/Hypermarket di Brunei. Sy berminat untuk membeli secara borong daun stevia hanya jenis Stevia rebaudiana atau yang dipanggil honey leaf plant, sweet chrysanthemum, sweetleaf stevia, sugarleaf…dll dengan harga borong. Mana-mana yang berhasrat untuk menjual secara borong sila emailkan harga borong termasuk caj penghantaran melalui email gmzainal@gmail.com.

32

Saya dari Brunei, dan saya Pengurus syarikat membekal makanan organic di Brunei. Sy berminat untuk membeli secara borong hanya jenis Stevia rebaudiana. Mana-mana yang berhasrat untuk menjual secara borong sila emailkan ke email gmzainal@gmail.com.

33

Salam, saya mencari pembekal stevia liquid..jika berminat sila email saya no hp kpd saya yan31vy@gmail.com

34

Sya ada menjual anak benih dan daun kering Stevia.Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian 0133408490.lokasi saya di Changkat Tin Tanjung Tualang Perak

Leave a Comment