Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 520

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 535

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 542

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 578

Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 18
Kesan Pengambilan Air Reverse Osmosis (Air RO)
Apr
19

Kesan Pengambilan Air Reverse Osmosis (Air RO)

By HPA Online Network

Air RO digunakan pada pesakit buah pinggang ketika melakukan proses dilisis. Air ini telah dikosongkan mineralnya bagi membolehkan berlakunya proses keterbalikan di mana racun seperti logam berat boleh dikeluarkan.

Adakah air ini lebih baik daripada air mineral. Ia menjadi baik apabila ginjal gagal berfungsi tetapi dalam keadaan biasa air mineral yang patut diutamakan. Ginjal mampu membuang keluar semua mineral yang tidak perlu daripada tubuh. Jika keadaan ginjal menjadi lemah dengan sebab-sebab kelebihan mineral tertentu, ahli-ahli herba akan memberikan herba yang bersifat diuretik pada pesakit bukannya air RO.

Kalau kita membuat perbandingan dari sunnah maka kita akan menemui beberapa hadis Rasullulah saw menyatakan bahawa air yang terbaik itu ialah air zam-zam. Air zam-zam ialah mineral bukan RO dan saya percaya pengambilan RO berpanjangan akan mengakibatkan kesan sampingan pada tubuh.

Air mineral HPA (walaupun ditulis air minuman) mengandungi mineral yang tinggi serta melalui tapisan dari logam berat merupakan cadangan kita untuk dijadikan ubat. Testimoni yang saya terima dari seorang tua, katanya penyakit gatal badanya hilang dengan hanya minum air mineral HPA sehari 2 liter. Inilah kelebihan air mineral daripada air reverse osmosis.

Sumber :  jawimedherb

Categories : Perubatan Jawi

33 Comments

1

Untuk mendapatkan maklumat yang betul mengenai air RO, sila kunjungi blog ini, msyahz.blogspot.com

2

Salam..
Selalunya orang yang jual dan dakwa penapis air beralkali adalah sama kealkaliannya dengan air zamzam.

Tetapi, tuan sedarkah “Siapakah yang mencipta air zamzam?” Masakan air zamzam ciptaan Allah SWT sama seperti ciptaan manusia. Maka renung-renunglah pernyataan ni.

Saya hanya komen untuk perkara dan fakta yang benar.

3

Ya betul…manusia yang mencipta penapis air tapi hanya dengan keizinan Allah. Manusia hanya perantara utk penapis air itu diadakan. Sama sifat kealkalian tidak semestinya sama khasiatnya. Buat apa kita nak pertikaikan benda yang memang tak salah disisi Islam utk dihujahkan. Yang penting..marilah bersama2 kita mengguna produk halal lagi baik.

4

Salam semua, sebenarnya siapalah kita hendak membandingkan air meniral atau air RO dengan air Zam Zam. Tiada air yang direka cipta sekarang ini setanding dengan Air Zam Zam.

Tetapi kita perlu fikir kualiti air yang kita minum sekarang berpunca dari mana? Ada telaga air mineral yang digali berhampiran dengan kubur cina dan ada yang berdekatan dengan kandang khinzir. Pernah kita terfikr punca - punca air tersebut? Nah..kalau dah dekat itu dan ini sudah pasti banyak mineral. Dan adakah semua mineral yang ada di dalam air itu diperlukan oleh badan kita? Tanya lah doktor.

So, pada pandangan saya, Air RO menjadi penyelamat untuk badan kita sebab ianya kosong dan mineral kita ambil dari sumber-sumber lain. contohnya buah-buahan.

5

Kenapa air mineral HPA ditulis air minuman??
kenapa tidak ditulis air mineral???

6

tapi air ro proses filterisasi nya sangat bagus…bisa menghambat zat-zat di atas pori-pori 0,00001 micron.
kalo di bilang ga halal,itu dilihat dari sudut mana?

7

sy sngt sokong dgn pendapat Hj.Kamal.mmg diakui antara byk2 jenis air dlm dunia ni air zamzam la yg paling mujarab bcoz itu satu2 nya air yg mengandungi mineral SEMULAJADI dan bukannya mineral BUKAN SEMULAJADI yg dimasukkn tgn manusia itu sndiri.tahukah anda semua jika kita ingin mendapatkn mineral, sumber yg terbaik adalah drpd makanan especially buah2 and sayur2.mineral dlm air seperti klorin, florin, sulphur etc. itu hanya digunakn utk merawat air, mksudnye ingin menyahkan bau,membunuh mikroorganisma dan bakteria dan menyedapkn rase air.tetapi dlm mse yg sama mineral bukan semulajadi yg ditmbh didlm air itu memberi side effect pd bdn manusia especially pd buah pinggang.ramai yg kata buah pinggang kita ni mampu utk buang sgala jenis toksin air tp sedarkah anda semua punca rmi org menghadapi mslh buah pinggang especially batu karang berpunca dr minum air mineral yg berlebihan,selain dr penjagaan pemakanan yg kurang memuaskn? rmi yg kata air RO ni tak bagus tp jika difikirkn secara logik air RO inilah alternatif dan penyelamat kpd kesihatan manusia sume especially pd buah pinggang kita.ini disebabkn air RO ini hanya mempunyai unsur gabungan Oksigen dan Hidrogen shj yg membentuk molekul air dan penggunaan air RO inilah satu2nya cara yg jimat n murah utk menyelamatkn buah pinggang dr penyakit batu karang/kanser pundi hempedu coz ia bertindak sbgi pencuci yg membawa skali kotoran2/toksin dlm ginjal keluar melalui salur kencing.tmbhn lg air RO juga slalu digunakan dlm rwtn perubatan alternatif di sebahagian besar pusat rawatan Islam sbgi contoh di pusat rawatan Darussyifa.ini kerana kandungan air tu yg kosong tanpa sebarang logam berat dan mineral bukan semulajadi(mineral bukan organik)amat membantu dlm proses rawatan tubuh pesakit.Jadi apa yg sy ingin tekankn disini sy bertindak sbgi seorg yg prihatin ingin skali berkongsi dgn anda semua tentang peranan air terutamanya air RO dlm kehidupan kita.walaupun apa yg sy sampaikn ini adalah serba sedikit kefahaman sy yg sy dapat dr pembacaan dan perkongsian pengalaman2 dari mereka2 yg prnh menghadapi mslh kesihatn berpunca drpd pengambilan air yg kurg bersih, sy harap ia dpt memberi 1001 manfaat pd anda semua.sediakn payung sblm hujan dan jgn diusia muda seperti sy sendiri diawal 20an sudah disyaki menghidap batu karang hasil dari pengambilan air mineral selama hampir 20tahun sy hidup. selamatkn la buah pinggang kita kerana ianya adalah organ kedua yg terpenting dlm tubuh kite selepas jantung.once rosak buah pinggang kita, ia akn melarat pd organ2 yg lain. smoga Allah akn melindungi kesihatan kita semua.

p/s: jika sdara/sdari ingin mendapatkn lagi perkongsian ttg peranan air RO ini sukacitanya sy sedia utk berkongsi. boleh hubungi 0139015324 / 0104280526 (Hanif)
sekian terima kasih.Slmt menyambut Ramadan Al-mubarak. =)

8

En. Hanif,
Saya sangat setuju dengan pandangan anda, tetapi ada perkara yang anda harus perhatikan dimana perkara tersebut selepas dikaji keputusan sebenar bukan semestinya kita mengambil air ro…

1. Air Zam-Zam ber pH Alkali sedangkan air RO ber pH acidic..
(Badan kita acidic based. Haruskah kita meminum air RO?)

2. Kalau di dalam sistem penapisan ada tambahan mineral tidak semula jadi kita masih ada pilihan sistem water filter yang menyahkan klorin serta bahan-bahan yang tak perlu tetapi masih mengekalkan mineral yang sedia ada dalam air hasil dari ciptaan Allah swt.

3. Mungkin pandangan anda benar batukarang terbentuk dari bahan mineral yang berlebihan tetapi boleh mengelirukan orang yang tidak berpengetahuan tentang air sebab air zam-zam itu terlalu banyak kandungan mineralnya. Dan mineral yang telah Allah jadikan dalam air adalah suatu makanan yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan kita. Jadi kenapa kita harus membuangnya?

4. Oleh itu pada pandangan saya yang bodoh ini, mungkin batu karang itu terbentuk dari hasil tabiat pemakanan kita yang buruk dan tak seimbang seperti mengkonsumsi acidic food dan meminum acidic water secara berlebihan..

5. Rasulullah saw adalah orang yang pertama yang menjaga tabiat pemakanan seimbang.. dan menu pemakanan Rasulullah saw adalah lebih kepada alkaline food (more alkalinity) seperti : air zam-zam, kurma, buah zaitun, minyak zaitun, habbatussauda’, buah tin, madu, freshmilk, anggur, delima, labu, kismis (raisin), oat, barli, tembikai dan ada lagi..semuanya bersifat alkali.. Sedangkan acidic food kalau tak silap saya hanya tiga sahaja yaitu : Daging, Cuka, dan ikan (tapi rasulullah saw jarang memakan ikan).

6. Berdasarkan menu pemakanan Rasulullah saw, makanan dan minuman Rasulullah saw adalah sangat banyak kandungan mineralnya tetapi lebih kepada bersifat alkali yang boleh meneutralizedkan acid yang berlebihan dari dalam badan kita… Maknanya disini jelas bahawa batu karang itu timbul bukan dikarenakan oleh mineral yang anda maksudkan akan tetapi sepakat jumhur pakar kesihatan sedunia bahawa penyakit yang timbul pada tubuh badan kita baik batukarang, kanser, athritis, gout, dan lain lainnya hampir 100% disebabkan oleh kita telah mengkonsumsi makanan dan minuman yang more acidity secara berlebihan.

7. Oleh itu pemecahan masalah kesihatan dengan jalan mengkonsumsi air RO adalah satu jalan yang keliru kerana masih ada jalan yang lebih baik daripada jalan memilih RO. The RO is the cleanest but not the healthies.

fikir-fikirkanlah…
Ustaz Iskandar bin Ahmad
(Imam Masjid Hospital Besar Kuala Lumpur).

9

Salam, saya nak bertanya. Sesuaikah air RO untuk bayi, kerana kebimbangan timbul dalam diri disebabkan RO adalam terlalu bersih, yang mana tiada mineral di dalamnya. Sekiranya ada, apakah mineral yang tinggal dan sesuaikah dengan penggunaan bayi mahupun kanak-kanak yang memerlukan banyak mineral untuk tumbesaran. Sebab setakat ini, semua komen atau penerangan mengatakan air RO bersih, mineral boleh ambil dari sumber lain. Bagaimana dengan bayi atau kanak-kanak (terutamanya yang tidak menyusu ibu)..perlukah makan supliment2? takkan umur 9bulan dah nak kena makan sayur bayam dan sebagainya..nak kena makan pil2 seperti spirulina.
Seawal umur berapakah sesuai menggunakan air RO? kenapa tak dijelaskan.
Sangat ini tahu, minta penjelasan bukan pandangan perniagaan.

10

Saya pun dah keliru dan pening tentang percanggahan pendapat mengenai air ni, kesimpulan yang saya dapat, jadi saya fikir kesimpulannya baik guna walter filter yang menapis klorin dan bahan logam berat dari air paip dan adakah air paip itu mengandungi mineral sebb sumber dari empangan semulajadi?

11

salam semua,sy amat brsetuju skli dgn pndapat hj kamal dan en hanif,badan kta mmg tdak dpt mnyerap mineral di dlm air,krna mineral di dlm air ialah an organik,badan kta mmrlukn organik bkn an organik,skiranya kta minum air yg mgandungi mineral,maka air itu tlah trcmar dan mgandungi logam berat,logam brat ini lah yg myebabkan buah pinggang kta rsak,sbeknya kta hndak lah mminum air ro krna air ro btl2 brsih,tiada sbarang mineral d dalamnya dan dpat membuang smua toksin d dlm tbuh bdan kta,

kpda en iskandar,mmg bnr kta2 anda mineral ini ciptaan allah,ttpi mineral d dlm air tdak dpt dtrma oleh bdn kta dan blh mndatangkn ksn smpingan sperti slur darah trsmbat,pngejangan sendi.ini tlah dbktikan oleh para saintis yg tlah mmbuat kajian dlm kajian shingga k hari ini
tidak dinafikan bhwa air zamzam2 adlah yang tbek,itu adlah ciptaan than,ttpi slain air zamzam yg mgandungi mineral tdak elok utk dminum n air ro adlah bsifat neutral iaitu 7.4pH,klu btl air ro bsifat asid,sla nyatak bkti2 yg kukuh mnyakan air ro brasid,saya sndri tlah mgju pH air ro dan trnya air ro bsfat neutral

kpda suka tanya,air ro ssuai utk smua glongan trmasuk bayi,pgambilan susu utk bayi sdah ckup,krna susu mmpunyai banyak mineral sperti kalsium,magnesium,sulfate unk pmbsaran bayi.

12

Kita perlu mempunyai ilmu dan penyelidikan sendiri berdasarkan kepada pendapat,pemerhatian,keyakinan,produk dari barat atau islam..entahlah..saya sendiri mula menyelidik sendiri antara air ro dan bukan ro..

13

usah penin2..senang citer kalo dh jual produk tu dh tentu la ckp perkara yang baik2 utk menjual produk tersebut…xkanla nk cakp yg xbaik plak..nnti saper yg nk beli produk tersebut tul x..

14

setiap air ro yg dihasilkan melalui R&D melalui kajian kebaikan dan keburukan dalam badan manusia..kita selidik dulu jika bukan beza-membezakan kita bukan pakar air nak buat hujahan….
air zam-zam tu nyata kebaikannya..boleh ker kita bawa air zam-zam tu untuk kegunaan seluruh malaysia….kos bro…
dah ader orang mati ke minum air r.o.
bagaimana jiran kita minum air r.o. sepanjang masa yg xder sumber ..hanya melalui air laut sihat gak…

15

Buat semua sahabat-sahabat di seberang,
Sebenarnya semua pendapat yang saya baca tidak ada yang salah, karena itu merupakan pendapat pribadi bukan derdasarkan keilmuan atau analisis.

Saya sangat setuju bila air zam-zam merupakan ciptaan kebesran Allah yang tidak ada bandinganya dan tidak dapat dibanding-bandingkan dengan ciptaan manusia.

Bila kita baca literatur batas toleransi TDS (Total Dissolved Solid)atau jumlah zat padat terlarut dalam air yang boleh diminum oleh manuasia adalah 500 ppm namun ada juga yang berpendapat 100 ppm.

Masa sekarang tentu pencemaran terhadap air dah banyak apa lagi pabrik-pabrik yang membuang limbah sembarangan. Kalau masa dulu orang tua kite atau atok kite minum air dari perigi tak ada masalah.

Tapi zaman dah berubah para ahli untuk menciptakan minuman yang sehat dah banyak tinggal kita lagi yang memilih, namun beberapa ahli mengatakan bahwa kita tidak butuh mineral an organik dari air yang dapat menyebabkan ginjal kita letih untuk menyaring air yang kita minum, namun tubuh kita hanya membutuhkan menieral organik dari buah, sayur, ikan, daging, susu yang penting makanan dan minuman tersebut didapatkan dengan jalan yang halal.

16

Assalam…
Air RO bukanlah asidik seperti dakwaan sesetengah orang. Dakwaan itu silap. Mineral dari air mineral adalah sangat-sangat sedikit dan tidak mencukupi untuk badan kita. Kita digalakkan untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran bagi menampung keperluan mineral dalam badan. Samada ia air ro atau mineral, air diperlukan dalam badan.

17

camnilah stakat sy tau skrg cmpny Coway telah brjaya mnakhluki pasaran dunia dlm mmbekal produk penulenan air di rumah n Pejabat (sistem RO), BUKAN d M’sia shj tau..

Tp kt M’sia pn stakat sy dah servey (johor) kt UTM, mpjbt, mpjb, hospital Pakar Johor, hospital Pakar puteri, stadium larkin, kbyakan msjid n surau, majlis agama Islam, sbilangan kedai mamak, skolah n byk lg.. Luar Johor plak, Jakim, Sirim, kbyakan korporat, msjid shah alam, Tabung Haji, KLIA, n mcm2 la semua dah psg Coway.. Padahal skrg baru tahun ke6 kot kt M’sia.

Produk lain2 yg popular ni Singapore pn xlepas nk msuk. Sbb yg jual kwn2 je, yg bli pn kwn2 la. Ajen nk habiskn stok la katekn. N fyi, Only Coway have the R&D Centre kt Korea. Yg len ni kilang2 ntah pape je. Ada modal letaklah Dr. LUSUKA ke Dr. LUTAKSUKA ke.. NAMPAK?

Ketahuilah fungsi air dlm bdn hnyalah (3) utk mengurangkn suhu bdn, mengalirkan nutrien n membuang toksin.

Juga kperluan mineral apa yg dperlukan n utk apa klw yg dprlukn tu. Mineral organik n inorganik tu juga apa.

Jd klw anda dah tau, nnt barula anda sedar elektrolit la hydrogen la dlm air tu utk bdn sume adalah MENGARUT.. ISH2

18

pada pendapat saya..semua ciptaan filter untuk air adalah bagus..cuma tempat dan dimana ia digunakan..tapi bagi saya..air zamzam adalah sebaik2 ciptaan air..dan tiada tandingannya..dan sedia maklum..tiada sebarang air or penapis boleh dibandingkan dengan air zamzam..berniaga adalah sunnah..tetapi memberi fakta yg tidak sepatutnye atau menjatuhkan sperti memburuk burukkan jenama lain adalah tidak bagus sekali..fikir2kan..terima kasih

19

Sekadar penambahan, kpd sesiapa yg ada memiliki mesin air brand Coway sy juz ingin memaklumkan bhw company Woongjin Group dari Korea yg menghasilkan penapis tersebut telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah pd 26hb September 2012 akibat daripada menanggung bebanan hutang yg banyak. Jika siapa2 yg masih belum tahu ttg berita ini bolehlah membuat carian sendiri di internet atau lihat artikel dalam link yg sy sediakan.

http://www.koreatimes.co.kr/www/news/biz/2012/09/123_120935.html

Niat sy hanya ingin membantu org ramai utk amik tahu apa yg berlaku dipasaran pd waktu sekarang and membantu mereka2 yang ingin mencari mesin air yang terbaik. Tq.

20

Salam,

Saya akui dengan segala yang dibahaskan ada kebenaran dan ada kelemahan.

Bagi saya kita tidak perlu membahaskan lagi tentang air zam-zam baik atau tidak. Namun adakah kita semua akan mempraktikkan minum air zam-zam pada setiap hari? Bagi saya ia bagus namun kurang serasi jika diamalkan setiap hari kerana rasanya. Namun ini bergantung kepada individu. Air RO juga ada kelemahannya. Di mana ia menghilangkan mineral yang diperlukan dalam badan. Selain itu ia tidak meneutralkan asidik dalam badan kerana semua mineral telah ditapis. Air mempunyai alkali untuk meneutralkan. Cadangan saya juga sama sepeti di atas, mungkin kita boleh menggantikan dengan mengambil multivatamin (cadangan sahaja).

Berkenaan dengan Coway pula apa kena mengena dengan bankrup. Isu ini seperti tidak relevan. Bankrup kerana likuiditi tetapi bukan kerana produknya tidak baik? saya juga tidak tahu.

21

apa yg sy kongsikan ttg artikel syarikat woongjin bangkrap bukannya saja2 tetapi nak beri maklumat pada org diluar sana supaya tahu apa yg berlaku pada syarikat2 yg mengeluarkan produk mesin air. kita semua tahu ada banyak syarikat dlm dan luar negara yg mempromosikn mesin air jadi apabila kita dah tahu yg ada sebuah syarikat jadi hampir muflis disebabkan hutang yang melampau adakah kita masih nak beli produk keluaran syarikat yg hampir nak muflis? kita kena ingat nak beli mesin air ni bukannya utk business tapi lebih kepada kesihatan utk jangka masa panjang. jd dari segi kos kite kena ambil tahu syarikat mana yg kukuh dan produk mesin air mana yg bagus dgn servis yg berterusan. dan bukannya dari syarikat yg dah nak muflis. sekadar perkongsian dan pendapat sy sendiri.

22
Kementerian Kewangan SERVENT
November 5th, 2012 at 12:55 pm

Ye Memang Betul Ape yang encik hanif cakap. Dakwaan Woongjin Group bankrup adalah benar. kerana menanggung kos anak syarikat Woongjin iaitu Kukdong Engineering and Construction yang menghadapi masalah kewwangan, isunya adakah ia terkesan pada COWAY? sama sekali tidak. Kerana COWAY berdiri diatas namanya sendiri. Selama ni pon mengikut peratusan jualan dalam Woongjin Group separuhnya dari COWAY. jadi ia tidak ada sedikit menjejaskan imej COWAY, sbb tu ceo Woongjin Group sanggup jual COWAY pada company lain. Sbb COWAY da boleh stand sendiri. COWAY akan beroperasi seperti biasa. Di malaysia, coway xpernah terjejas, malah makin meningkat dengan purata yang sangat mendadak. Walaupon Woongjin group bankrup, tp coway x bankrup kerana brand ni sudah kuasai market di ASIA. bayangkan kalau nestle bankrup, adakah syarikat milo, nescafe dan sepupu sepapatnya juga bankrup? tidak kerana jenama@brand itu da tepu dalam market, macamtu la COWAY, kerana marketnya suda tepu.

23

assalamualaikum,
Mcm berminat melihat pelbagai pndpt dr saudara/ri mngenai penapis air. Saya merupakan org yg particular dgn penapis air..sehinggakn didtgi org dr elken..coway..sya beli sbb pecaya akn kuasa mencuba..setelah sekian lama upgrade dr elken ke coway.baru sya sedar bahawa kedua penapis air tersebut adlh RO. Apabila google rgrds RO..mmg takut coz kesannya jngka pjg. Fakta bertmbh kuat apabila anak2 terkena lelah setlh berumur 2thn ke ats hgga pernah admit hospital kerana jgkitn kuman yg faktor utama sbnrnya brpunca dr air. Sdgkn dirumah mmpunyai penapis air. Alhamdulillah, dgn IzinNya, sya brjumpa dgn mesin perawat air yg selama ini sya tidak tahu iannya keluaran syarikat tempatan. Produk yg bg saya ianya bkn penapis air tp adlh perawat air. yg sbbkn sya teruja adlh produk mmpunyai liabiliti insuran 1 000,000 USD serta halal JAKIM. selenggara pn senang n sndri bole buat. jgka hayat 10-15thn..n bole tukar sndri stiap kebuknya yg jgkahyt pjg..sekecik spare part ada jual di suma agensi berdaftar dgn hrga brpatutan..kita tdk boleh menidakkn bhwa kerajaan tlh mmpruntukan air bersih kerumah dgn mgunakn kaedah tawas, klorin. tp tgjwb kita utk mnghindari kesan klorin, tawas yg akn sebbkn kanser, nyanyok & strok. kita cuba tgok zmn skang mmg popular pnyakit ni selain kaedah amalan pemakann x sihat adlh air yg mmpunyai bhn2 ni. Saya nk share pngalaman sndri dgn rasa ditipu kerana pmbelian pnapis air coway. pd thn pertama mmg free servis tiap bln. tp pd thn ni sya kena byr rm500 sethn n servisnya bkn tiap bln. sya trpksa peruntukkn rm1000 sthn utk caj servis (500 air & 500 pnpis udara). knapa swktu promo tak diberitahu..jaga2 la yg amik skim byrn blann tu. sya yg bli cash pn jd gitu.bila dtg servis cucinya sgt la snang, xpdn dgn hrga.

24

Salam,
saya ada cadangan, sebenarnya kita kena kembali pada fitrah yg telah di tetapkan oleh Allah dan Nabi s.a.w.Nabi kita telah berpesan supaya ikut sunnahnya. Jadi sebagai contohnya kalau nak kencing kena duduk,nak makan doa, duduk semasa makan dan lutut kanan ke dada,makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang, pernah anda tengok zarah air yang dibaca doa dengan yg didengarkan muzik? ini adalah pemerhatian saya terhadap atok saya yang mengamalkan sunnah yang bebas penyakit,ingantan kuat,tak nyanyuk, dan masih panjang umur mencecah 104 tahun hingga kini..

25

salam semua,pd pendapat sayalah and hasil info dari pakar air sendiri..tdk di nafikan badan kita perlukan mineral,tapi mineral yg badan kita perlukan adalah berbentuk organik and bkn x organik.cthnya”kita perlu dapatkan zat besi daripada sayur bayam dan bukannya daripada paku besi”.lagi pula,sekarang ini tiada lagi mesin penapis yang boleh mengenalpasti mineral yang baik dan mineral yang buruk.jadi kita kena singkirkan sekali semua mineral yang ada.sb bnyk mineral2 yg bahaya spt arsenik,plumbum,logam berat amat2 merbahaya kepada kesihatan.Dan jika badan kita perlukan mineral daripada air minuman kita,kita x makan pn x apalah,sb dalam air pun ada mineral.Apa yg perlu saya kongsikan untuk mendapat mineral daripada segelas susu,kita perlu minum 75 botol air minuman X 500ml setiap hari..jd mana anda nak pilih?Dan untuk mendapat produk yang yg terbaik utk diri sendiri, bkn sekadar kita pandang apa kelebihan produk itu sendiri,kita perlu pandang juga jaminan pihak ketiga…sebagai contoh,jaminan penganugerahaan.TQ

26

ro atau mineral tetap bahaya,sebb dua2 mengubah ciptaan Allah. ro kata bagus,sbb dia ada kepentingan dia,mineral pun gitu. yg mengiktiraf pun “aboh” dia,its about biz, anda tengok,anda pilih. bakpe doktor guna ro just cuci buah pinggang[google r sendri],then mari mana mineral hok lekat kat buah pinggang tu(ke tabung mineral sintetik) dah korang dok kondem tu ini tak bagus,kitorang gk yg keluar duit tangung bil spital,xde pulak mai tanya,kawan ni muntah teruk,paling benci,pasal ape yg korang tak tangkap makhluk durjana yg gi klon penapis korang ni,siap ade sevis yg mengakumkan keluarkan filter recycle. dahtu,pinggang kawan yg rosak ni,terpaksa pulak recycle darah,paroh2 hok niaga air ni.eh,ada pulak en yg kata ada alat bagus,kenapa malu nak kata,bukankh benda yg baik patut di kongsi,inilah bangsa yg untung ke-diri,biar kawan “kehausan”,untuk penutup,mind on you head,setiap kejadian manusia terbatas,manusia boleh cipta benda yg sangar hebat,tapi yg cipta manusia lagi hebat boleh cipta benda yg mustahil.

27

SAYA SETUJU SEMUA PENDAPAT MENGENAI KEBAIKAN AIR RO.. TERLALU SIKIT KANDUNGAN MINERAL DLM AIR.. BAIK KITA AMBIL MINERAL MENGGUNAKAN KAEDAH PENGAMBILAN MAKANAN SEPERTI SAYURAN DAN BUAHAN.. MENGENAI BABY.. CUKUP LA DIA PERLUKAN KANDUNGAN TU SEMUA DARI SUSU TEPONG UTK BABY.. TAK TAHU LA KALAU ADA ANTARA KAMU SEMUA YANG SUKA MINUM AIR YANG PENUH DENGAN KOTORAN DAN KARAT.. FIKIR LA GUNA OTAK.. MANA TAK KITA NI BYK DPAT PENYAKIT KALAU AIR MINUMAN KITA PENUH DGN KEKOTORAN.. SANGGUP YE KAMU BAGI ANAK ISTERI DAN KELUARGA MINUM AIR YANG SEDEMIKIAN.. PELIK LA.

28

hek eleh… apa nak bertekak… meh makcik nk bg cadangan ni..
gini lah.. umum dh tahu air ro air tulen, bersih walaupun tak dek mineral… ianya bagus utk detox badan..so, minum ro utk bersih kan badan@detox.. contoh pagi minum air ro.. dah kencing berak bagai.. tengahari/petang/mlm ambik lah supplement mineral.. minum air zam zam ke.. atau trace mineral drops.. yg ni bukan mineral biasa, tp “trace” i.e. mineral surih bersifat ionic, (KALAU TAK TAHU, GOOGLE LAH.. “WHAT IS TRACE MINERAL” ye.. :D ) mineral surih, micro mineral, spt selenium, iron, cobalt, iodin, etc etc yg sedikit tp amat diperlukan badan,utk fungsi organ2 badan.. dan sukar didapati pd buahan2 atau makanan, cth … apabila badan bersih, trace mineral yg di ambil akan lebih mudah di serap utk keperluan badan.. .. trace mineral ni juga akan buang mineral yg tak diperlukan badan melalui perkumuhan.. dia akan merangsang organ2 utk menyerap mineral2 yg diperlukan sahaja..overdose mineral, mineral tak diperlukan badan akan di buang… itu kelebihan trace mineral ionic…

makcik tak pro mana mana brand ye… korang google lah sendiri.. heheh

amacam? so tak perlu bertekak bagai lah kata sape punyer hebat…

jgn mare ha… cadangan je dr makcik yg tak berapa pandai ni… kot sapa nak pakai pakai lah..tak nak pakai sudahhhh… tak yah nak bertekak bagai….

29

Adakah syarikat penapis air selain RO mendakwa mineral yang terhasil dari penapis mereka menyamai atau hampir serupa dengan kandungan mineral dalam Air Zam Zam sehinggakan air tersebut mampu bertindak balas seperti Air Zam Zam yang mampu menyembuhkan penyakit??? Persoalan timbul adakah mineral yang terhasil selepas ditapis dengan penapis selain RO sama dengan mineral yang terkandung dalam Air Zam Zam. Air Zam Zam bukan sekadar air biasa tetapi merupakan cecair yang mengandungi zat-zat mineral asli ciptaan Allah dan menjadi ubat kepada pelbagai penyakit. Air RO tidak mengubah ciptaan Tuhan, ia masih air biasa cuma ia dimurnikan dengan tapisan melalui membran RO yang kehalusan membrannya sehalus 0.0001 micron. Yang mana secara ilmuannya zarah2 seperti logam berat atau kuman mempunyai nilai besarnya yang boleh diukur dan boleh ditapis menggunakan membran RO. Sebagai manusia, kita hanya mampu mengawal kualiti air tetapi tidak mungkin kita mampu mencipta air itu. Manusia diberi akal dan fikiran untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan bukan mencipta sesuatu untuk disamakan dengan ciptaan Allah. Saya merupakan salah seorang penjual penapis air RO yang semenjak dulu menggunakan penapis air RO cuma sekarang bertukar syarikat yg berbeza kerana masalah servis. Apabila persoalan ditimbulkan mengenai perbandingan dengan Air Zam Zam, Sy jadi kelu lidah tak terkata. Tetapi bila dikaji semula… Air Zam Zam bukan air biasa, ia adalah air anugerah Allah yang tiada tolok bandingnya dan

30

…Dan air RO adalah air yang sangat bersih untuk dijadikan minuman harian bagi memenuhi keperluan tubuh badan yang mana 70% daripada tubuh badan kita adalah terdiri daripada air. Manakala mineral ciptaan Allah tidak ada tolok bandingnya dan boleh didapati di dalam air Zam Zam dan buah-buahan. Ada yang mengatakan terkesan dengan air RO hingga mendatangkan kesan gastrik dan lelah dsbgnya, ini adalah kemungkinan dari kesan alat penapis RO yang tidak diservis. Penapis air RO mempunyai beberapa lapisan dan setiap lapisan mempunyai jangka hayatnya yang tertentu. Penapis air yang dibeli dari syarikat MLM biasanya tidak mempunyai syarikat servisnya sendiri, akibatnya ketika servis biasanya syarikat MLM ini akan memberi mandat aktiviti servis ini kpd syarikat penapis air tertentu utk memberi servis kpd pelanggannya. Kadar servis setiap syarikat tersebut adalah berbeza, ada yg mahal, ada yg murah… Pelanggan yg cuba mengelak untuk keluar wang servis, biasanya akan delay servis, iaitu servis dalam selang masa yang lama contoh, servis sepatutnya 3 bukan sekali tapi jadi 1 tahun sekali mengakibatkan air yg keluar dr penapis bukan lg air yg betul2 bersih….

31

…Dan air RO adalah air yang sangat bersih untuk dijadikan minuman harian bagi memenuhi keperluan tubuh badan yang mana 70% daripada tubuh badan kita adalah terdiri daripada air. Manakala mineral ciptaan Allah tidak ada tolok bandingnya dan boleh didapati di dalam air Zam Zam dan buah-buahan. Ada yang mengatakan terkesan dengan air RO hingga mendatangkan kesan gastrik dan lelah dsbgnya, ini adalah kemungkinan dari kesan alat penapis RO yang tidak diservis. Penapis air RO mempunyai beberapa lapisan dan setiap lapisan mempunyai jangka hayatnya yang tertentu. Penapis air yang dibeli dari syarikat MLM biasanya tidak mempunyai syarikat servisnya sendiri, akibatnya ketika servis biasanya syarikat MLM ini akan memberi mandat aktiviti servis ini kpd syarikat penapis air tertentu utk memberi servis kpd pelanggannya. Kadar bayaran servis setiap syarikat tersebut adalah berbeza, ada yg mahal, ada yg murah… Pelanggan yg cuba mengelak untuk keluar wang servis, biasanya akan delay servis, iaitu servis dalam selang masa yang lama contoh, servis sepatutnya 3 bukan sekali tapi jadi 1 tahun sekali mengakibatkan air yg keluar dr penapis bukan lg air yg betul2 bersih…. Jadi bila nak beli penapis air tak kira apa jua jenama atau jenis airnya…sila pastikan tempoh servis yang sepatutnya diambil peduli… Jika tidak.. Air yang ditapis akan lebih berbahaya daripada air yang belum ditapis… Harap penjelasan ini dapat membantu dalam pemilihan jenis penapis yang baik untuk diri sendiri dan keluarga… Maklumat mengenai air RO atau nasihat mengenai air boleh hubungi saya di talian 019-9141828.

32

Assalamualaikum…saya rasa terpanggil untk menyelesaikan masaalah yg berbangkit.sebenarnya…air zam2 di akui air yg suci.walau apa skali pun keadaannya- kita x mmpu menafikan.dan, saya sebagai pengguna air di sebuah syarikat MlM, setakat ini alhamdulillah..suami saya yg mengalami tonsil kini sudah pulih sepenuhnya..tidak lg sering demam2 dan melalui keadaan tekak yg bengkak dan merah.begitu juga dengan ank2 saudara- semput dan lelah dapat di atasi melalui penapisan air Ro ini.malah kulit yg gatal2 semakin hilang.sudah jumpa rasa nya penapis air yg terbaik buat keluarga saya…minum saja air RO tanpa ragu.kerana ia bersifat memulihkan…dan jgn sesekali meminum air yg di pasaran(mineral) yg hanya menambahkn penyakit..saya yakin dgn syarikat ini yg betul2 memuaskan hati dgn segala produk yg ada…UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI EMAIL SAYA( suesuraiya@ yahoo.com) 100% RO terbaik…

33

Saya kurang bersetuju dengan pendapat yang ada di dalam blog ini,..
1. boleh saya tahu apakah kesan sampingan yang berlaku jika kita mengambil air RO seperti yang dinyatakan dalam artikel ini?
2. mineral yang diperlukan oleh badan kebanyakannya diperolehi daripada makanan dan bukanya air minuman,.
3. Air zamzam adalah air ubat kerana mengandungi mineral organik sedangkan air minum yang biasa kebanyakanya garam mineral tersebut adalah bukan organik,.Maka jika bahan tersebut diserap ke dalam sistem peredaran darah, ianya boleh menganggu sel2 kita berfungsi serta membebankan tugas ginjal kita dari segi biologi.
4. ditambah dengan air yang ada mineral bercampur dengan klorin dan logam berat,.ianya lebih merbahaya dan boleh merosakan buah pinggang,..sebab tu kenapa hospital semakin besar dan kaya, sebab hampir setiap tahun, puluhan ribu orang akan ke hospital untuk menyucikan aliran darah dalam buah pinggan,.satu kali cuci rm400.Dalam satu minggu 3 kali perlu dicuci,..berapa kos yang perlu ditanggung?
5. ada komen yang saya baca bercakap soal bayi..sebenarnya bayi hanya memerlukan susu ibu kerana susu ibu sudah mengandungi bakteria baik iaitu bifidus.

Leave a Comment